Friday, July 29, 2016
sepetang di pantai klebang
tiba je ke pantai klebang korang boleh tengok suasana kat sini menjadi tumpuan umum dikatakan pantai klebang yang asalnya dekat sebelah medan selera tepi jalan tu tetapi telah di tambak sehingga luas ke depan maka jadilah dataran satu malaysia muzium kapal selam,bustel melaka,padang pasir
kat kawasan bustel melaka ni ada medan selera, hotel semua dah ada yang unik hotelnya di bina di dalam bas tempat lain takde rasanya restoran pun ada di bina di dalam bas inilah uniknya pantai klebang dari pantai pantai yang lain inovatif paling baik aku penah tengok
yalah dari bas tu buang tak guna baik inovatifkan dengan corak pelancongan yang boleh menjana pendapatan,pantai ni kalau petang dan hujung minggu memang penuh dengan orang sampai jem lah kalau nak masuk ke kawasan bustel melaka ni
UNTUK PERKHIDMATAN FOTOSTAT DOKUMEN DAN SCAN KLIK SINI
pantai ni nampak macam tak sesuai nak mandi mungkin sebab pantai ni ditambak nampak macam curam tapi ada jugak yang main main air kat tepi tu untuk keselamatan elok tak payah cukuplah berkelah main pasir pantai dan layang layang hadap angin laut yang membayu sambil selfie
sekejap je kunjungan kat pantai ni lepas makan tengahari tu sempat singgah muzium kapal selam dan tengok tengok suasana bustel melaka ni nak pergi padang pasir pun tak sempat kalau ikutkan ini semua pasal sesat cari restoran dan coconut shake batu berendam masa terbuang kat situ
memandangkan hari semakin gelap jadi terpaksalah bergerak ke pengkalan balak sebab hari kian malam takut tersesat lagi masak kalau tersesat di waktu malam kadang kala waze gan gps ni tak boleh pakai sangat sebab tak semua tempat ada internet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment