Wednesday, November 9, 2016

santai di padang pasir klebang






Selepas bermusafir hampir seluruh negeri melaka Dari sungai udang terus ke klebang
Hari tu tak sempat ke padang pasir pantai klebang sebab bekejar ke pengkalan balak
Sampai kat sini dalam tengahari macam biasa cuaca panas menyinari tetapi angin agak kuat
Boleh aku katakan longgokan pasir yang di sedut Dari laut Dan di letakan di sini tak ubah

Seperti lombong pasir yang ada di persisiran sungai semantan cuma kawasanya besar
Dan tak ubah Kelihatan seperti padang pasir mungkin pasir ini bakal digunakan bagi tujuan
Membesarkan kawasan pantai klebang atau digunakan untuk pembangunan yang lain
Aku perhatikan pintu masuk kawasan ini seperti kawasan larangan yang di ceroboh




Walau bagaimana pun ia tetap menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar
Aku tak pasti adakah kawasan ini dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa atau tidak
Sebab jalan ke sini agak teruk silap silap kenderaan boleh sangkut kalau tak kena gaya
pasal keselamatan pulak adalah tanggungjawab sendiri masa aku pergi sini takde tanda jerlus


Kalau hujan aku tak tahu cuma ada satu lopak biru di sebalik timbunan pasir berbukit ni
Agak tinggi menarik Dan indah berhadapan pulak Dengan laut tiupan angin yang kencang
Ada jugak rasa cuak pada mulanya kerana nak meneroka aku fikir positif je Bila aku berjalan di 
pertengahan rasa macam dalam filem starwars sebab pasirnya  yang putih





Dengan tiupan angin yang kencang di selangi dengan perarakan awan ia sungguh
Mengujakan aku lalu aku terus mendaki ternampak satu lopak biru yang menarik
Aku terus mendaki lagi ke puncak tertinggi timbunan pasir untuk melihat pemandangan
Bila sampai ke puncak dah rasa macam sampai ke puncak everest sungguh terpesona dibuatnya

Itulah misi aku yang sebenar nak melihat pemandangan indah Dari padang pasir klebang
Walaupun panas puas hati santai kat sini kebanyakan pengunjung akan buat aktiviti fotografi kat
kawasan ini tipulah Kalau kata tak cantik jadi tak pelik kawasan ni jadi lokasi pengambaran jika
lokasi ini di tutup seperti bustel klebang bermakna makin hilang seri lah tarikan ke pantai klebang

Monday, November 7, 2016

santai di pantai pengkalan balak




Sampai je pantai pangkalan balak Dari pantai klebang hari telah pun senja walau bagaimana pun Sempat jugak pergi ke pantai ini melihat matahari terbenam suasana agak mendayu Pergi waktu cuti sekolah alamatnya memang ramai dan penuh jadi rancanglah perancangan itu  awal

Pantai pangkalan balak ni di huni kawasan perkampungan tradisional melayu Boleh lihat bot di persisir pantai antara pekerjaan mereka adalah nelayan satu kawasan yang unit Semoga perkampungan ini kekal Dari anasir luar sebab industri pelancongan sini kian naik

Aku masih ingat masa nak beli burger kat pantai ni aku terkejut bunyi hempasan ombak Nampak sangat dah lama tak tengok laut nasib masa tu dah waktu magrib Sambil tunggu burger masak di bawah cahaya neon dapat hadap langit jingga tenang je rasa Lepas tu meronda sikit



sampai balai polis  depan tu pastu patah balik keluar balik bilik sewa semalam je kat sini
sebab bilik ni dah ada orang lain tempah ini pun mujur dapat sewa semalam Kalau tak memang tak merasa aku ke pantai pangkalan balak lain Kali kalau  takde perancangan bawak je khemah

Korang boleh tidur berapa hari korang nak tidur kalau dah berkhemah kat tepi pantai ni jangan berkhemah kat tempat parking bot nelayan sudah marah pulak pak cik kat sini sebenarnya tempat aku tidur ni  Jauh sikit Dari pantai tapi boleh jalan kaki ke pantai sayangnya tak lama aku kat sini

Jadi tak dapat nak teroka sangat perkampungan nelayan ni walau bagaimana pun tempat ni best malam tu lepas solat makan burger tengok tv sikit pastu tidur sebab  esok kena  bangun awal Nak mandi laut  itulah yang dirancang sebab semalam lambat sampai ini semua klebang punya pasal




UNTUK PERKHIDMATAN TEMPAHAN GAMBAR UKURAN PASPORT TERMURAH KLIK SINI


Pagi tu siap ke pantai sebelum kena keluar bilik sewa cari tempat sarapan jumpa satu Warung Menu pun sedap harga pun ok nampak lah realiti kehidupan perkampungan nelayan Lepas sarapan aku jalan jalan di persisiran pantai pangkalan balak agak ramai pengunjung masa ni

Macam macam ragam dapat di lihat cuma aku nak jogging tak jadi sebab persisiran terhad
Pantainya tak besar di penuhi orang berkelah dan Kaki  pancing memang nampak meriah pantai pengkalan balak walaupun waktu masih lagi  pagi kalau petang mesti lagi meriah 

Aku agak cuak jugak dengan air bertambah ombak agak deras oleh kerana jarang jumpa laut
Aku mandi jugak sebab jarang dapat peluang jumpa pantai yang sesuai untuk mandi
Jadi lepas dah seronok mandi manda aku terus ke bilik sewa untuk siap nak keluar

Dari bilik Korang bayang masa siap nak keluar tertiba dah ada orang datang nak masuk yang ni klako
Laris bhai bilik sewa kat sini aku rasa pemilik pun tak siap kemas lagi masa aku baru je keluar
Puas hati santai kat sini cumanya tempoh terlampau singkat lepas tu berkelana ke sungai udang