Wednesday, November 9, 2016

santai di padang pasir klebang






Selepas bermusafir hampir seluruh negeri melaka Dari sungai udang terus ke klebang
Hari tu tak sempat ke padang pasir pantai klebang sebab bekejar ke pengkalan balak
Sampai kat sini dalam tengahari macam biasa cuaca panas menyinari tetapi angin agak kuat
Boleh aku katakan longgokan pasir yang di sedut Dari laut Dan di letakan di sini tak ubah

Seperti lombong pasir yang ada di persisiran sungai semantan cuma kawasanya besar
Dan tak ubah Kelihatan seperti padang pasir mungkin pasir ini bakal digunakan bagi tujuan
Membesarkan kawasan pantai klebang atau digunakan untuk pembangunan yang lain
Aku perhatikan pintu masuk kawasan ini seperti kawasan larangan yang di ceroboh




Walau bagaimana pun ia tetap menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar
Aku tak pasti adakah kawasan ini dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa atau tidak
Sebab jalan ke sini agak teruk silap silap kenderaan boleh sangkut kalau tak kena gaya
pasal keselamatan pulak adalah tanggungjawab sendiri masa aku pergi sini takde tanda jerlus


Kalau hujan aku tak tahu cuma ada satu lopak biru di sebalik timbunan pasir berbukit ni
Agak tinggi menarik Dan indah berhadapan pulak Dengan laut tiupan angin yang kencang
Ada jugak rasa cuak pada mulanya kerana nak meneroka aku fikir positif je Bila aku berjalan di 
pertengahan rasa macam dalam filem starwars sebab pasirnya  yang putih





Dengan tiupan angin yang kencang di selangi dengan perarakan awan ia sungguh
Mengujakan aku lalu aku terus mendaki ternampak satu lopak biru yang menarik
Aku terus mendaki lagi ke puncak tertinggi timbunan pasir untuk melihat pemandangan
Bila sampai ke puncak dah rasa macam sampai ke puncak everest sungguh terpesona dibuatnya

Itulah misi aku yang sebenar nak melihat pemandangan indah Dari padang pasir klebang
Walaupun panas puas hati santai kat sini kebanyakan pengunjung akan buat aktiviti fotografi kat
kawasan ini tipulah Kalau kata tak cantik jadi tak pelik kawasan ni jadi lokasi pengambaran jika
lokasi ini di tutup seperti bustel klebang bermakna makin hilang seri lah tarikan ke pantai klebang

No comments: