Tuesday, March 1, 2016

santai di pantai teluk chempedak







pantai teluk chempedak bukanlah pantai asing lagi antara pantai yang dikenali ramai di kuantan pahang ni sampainya aku di sini pada hari pertama

petang pada ketika itu aku melihat suasana meriah dan ramai dengan pengunjung  parking jangan cakap memang penuh kalau setakat nak pusing pusing tu ok lagi

cuma bila nak masuk dalam tu kena hadap jem baru aku tahu kat sini lagi nak malam lagi ramai kot bertambah waktu cuti biasalah waktu ini  pasti sesak

dan selepas berbincang di utuskan akan bersantai di sini pada waktu esoknya jadi bermusafirlah aku pada esoknya di waktu tengahari sebelum pulang ke arah kuala lumpur

macam macam aku dengar cerita pasal pantai teluk chempedak ni pantainya agak cantik dengan pasirnya yang putih infrastruktur yang lengkap

terpukau seketika melihat kebesaran ciptaan allah s.w.t merasa angin pantai timur dengan sungguh damai sekali memang sangat sesuai untuk bersantai











cuma tak di galakan mandi sebab aku tengok faktor geografi pantai dan ombak yang besar ikut musim jugak lah tapi aku tengok ramai je mandi

kau tak kaji sangat faktor pantai ni cuma aku dapat info pantai ni banyak kes lemas kalau nak mandi jugak jangan mandi jauh sangat mandi kat tepi sudah

aku paling suka bila meniti kat kawasan titian yang ada batu bata granit ni sungguh terpesona melihat ombak melambai lambai dari titian ini

kalau jadi tempat memancing ok rasanya kat belah hujung pulak memang ada kawasan mandi manda  siap dengan infastruktur sekali jadi tak perlu risau pasal tu

selepas puas menerokai persisiran pantai teluk chempedak terus  ke arah  pantai teruntum terasa agak  penat tapi itulah adat mereka yang bermusafir


No comments: