Friday, January 22, 2016
santai di pantai bagan lalang
setibanya aku di sini pantai bagan lalang yang terletak di sepang selangor ini waktu telah pun malam tak sempat nak tengok matahari terbenam sebab lepas magrib baru sampai inilah bila perjalanan yang tidak di rancang bergeraklah secara spontan
pendek kata main langgar je,kekadang bila kita bermusafir dengan keadaan tanpa merancang atau main redah agak seronok dan mencabar walaupun keadaan agak sedikit kelam kabut kejap situ kejap sana dan bermacam macam transaksi yang terjadi
oleh kerana hari dah malam maka restoran makanan lautlah menjadi pilihan untuk makan malam aku cuba satu restoran makanan laut yang terletak kat tepi paling kanan pantai bagan lalang ni sambil menjamu selera boleh lah lihat laut malam macam mana
dapatlah aku tengok cahaya dari kapal dan resort avani yang terapung berbentuk palma tu itulah yang menjadi tarikan kat pantai bagan lalang ni ada juga beberapa tempat penginapan kat sini jadi untuk tengok pantai ni waktu siang kena jugak tidur sini
cuma aku nak bagi tau restoran makanan laut kat pantai bagan lalang ni memang terbaik ada jugak spesis makanan laut yang aku pertama kali makan ada kat sini berbaloi kalau datang dari kuala lumpur semata mata nak makan makanan laut dengan angin pantai
sepanjang pantai bagan lalang ni pada waktu malam aku tengok ramai jugak pelancong yang buat khemah dan bermalam di sini siap ada yang buat bbq lagi perh memang syok aku tengok diorang ni bersantai dengan sungguh ekonomi sekali
cuma pantai bagan lalang ni tak macam kat port dickson malam pun ada lampu kat sini malam gelap gelita bab aktiviti peniagaan tu memang hiduplah sepanjang pantai ni cuma aku tengok pantai ni kualiti airnya kurang warna coklat kehitaman tapi pasir cantik
pada keesokan harinya aku pergi balik pantai bagan lalang ni barulah nampak segala galanya aku nak cakap macam mana pantai ni tak berapa syok untuk mandi pada waktu pagi,petang aku tak tahu lah macam mana keadaanya sebab aku tengok
keadaan masa aku pergi tu air semakin surut dan keadaan air berwarna coklat dan berlumpur mungkin keadaan air ini berpunca dari aliran muara sungai berdekatan sedih aku tengok dengan keadaan sampah sarap sana sini hasil dari tangan manusia yang tak bertanggungjawab
walau bagaimana pun pemandangan cukup mempersonakan aku yang melihatnya ternyata alam ciptaan manusia dengan allah s.w.t sangatlah berbeza aku tak pasti adakah pantai bagan lalang ni satu satunya pantai di selangor yang boleh mandi manda
sebenarnya aku belum terokai habis negeri selangor ni jadi aku tak berani nak mengesahkanya kadangkala tak guna jugak ada pembangunan tetapi alam sekitar ditarah dengam penuh rakus aku nak pesan kat sini jagalah alam sekitar selok eloknya kesian sikit kat generasi mendatang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment