Thursday, January 7, 2016

sepetang di pantai bagan pinang



pantai bagan pinang yang terletak di pengkalan damai atau lebih di kenali sebagai port dickson ni cukup mendamaikan tambah tambah lagi tiba masa matahari terbenam itulah panorama yang di tunggu tunggu sebelum membuka tirai malam,selepas singgah di muzium tentera darat aku tengok dari pantai teluk kemang lagi dah penuh dengan pelancong memenuhi ruang sepanjang pantai di sekitar port dickson ini kebetulan cuti sekolah dan cuti am memang lah penuh

kalau hari biasa  aku ingat tak sesak dan jem macam ni kalau nak keadaan yang tenang dan tak sesak pergilah waktu biasa yang itu waktu bekerja dan persekolahan aku jamin keadaan mesti sunyi sepi dan lebih mendamaikan minda,cuma satulah korang tak boleh tengok gelagat orang kalau asyik tengok laut dengan kapal kat selat melaka aku ingat boring jugak ok masing masing ada pilihan macam aku datang sini bukan nak mandi manda hanya singgah dan relex


UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my


jadi aku tak kalut sangat nak cari  tempat sesuai untuk mandi sampaikan tempat yang ada kemudahan tandas penuh dengan orang ramai parking pun payah cari dengan jem lagi jadi aku nasihatkan elok datang awal kalau nak mandi kat sini,cerita sebenarnya aku pun tak tahu yang pantai aku snap dalam gambar ni adalah pantai bagan pinang sebab masa tu pakai redah je yang mana ada gerai makan dan senang parking pantai bagan pinang ni letak hujung sikit selepas sebuah masjid


kira orait jugaklah nak layan matahari terbenam sambil relex makan makan sementara nak tunggu solat magrib itu pun ada yang masih mandi lagi walaupun hari dah gelap mana taknya siap ada sportlight lagi kat sini bila malam,infrastrukturnya baik dengan nama tempatnya cuma satu jelah gerai kat sini tak berpatutan dan kureng mungkin salah pilih gerai,gerai pun gerai pacak dari lori itu pun tak berpatutan,aku sarankan kalau nak pergi sini bawalah makanan dan tikar sendiri


kalau rasa ada duit banyak ada  gerai gerai berlori yang boleh korang pilih untuk bersantap sambil menlihat panorama alam ciptaan allah s.w.t yang takde kat bandaraya kuala lumpur,aku rasa nak berkhemah pun boleh jimat sikit tak payah sewa hotel terutamanya kalau waktu cuti am memang hotel akan penuh kat sini kebanyakanya yang datang sini aku tengok pelancong dari kuala lumpur dan johor jadi jika nak sini aku sarankan buatlah perancangan awal

No comments: