kali ini agak awal tiba di pantai tanjung bidara melaka mungkin dalam pukul tiga petang dengan cuaca yang agak panas terik tetapi dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa menyebabkan keadaan menjadi sedikit damai apabila di tiup angin
bertambah dengan langskap pokok yang masih terjaga menyebabkan terasa keaslian pantai ini di waktu terik mentari aku lihat ramai yang ligat bermandi manda terutamanya kanak kanak sedia maklum diwaktu cuti umum ini memang ramai akan berkelah di sini
suasananya tak sesesak macam pantai port dickson kira tempat terbaiklah nak bermandi manda dengan kemudahan infrastruktur yang cukup dan lengkap di sini,aku tak mandi pun cuma bersantai melhat langskap semulajadi di pantai ini
sambil melihat selat melaka yang penuh dengan kapal,aku boleh tengok ada juga yang cuba memancing di sini di persisiran pantai yang mempunyai beberapa bentuk batu granit yang wujud di persisiran pantai ini mirip kawasan teluk chempedak di pahang
UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my
mungkin kawasan batu granit tempat memancing sebab aku tak nampak pun orang bermandi di sini cuma aku nak kata kawasan ni memang cantik untuk sesi fotografi sedang aku melakukan aktiviti fotografi dan videografi di tegur jugak dengan kaki pancing
di minta ambik gambar mereka kasi viral katanya,agak peramah kaki pancing di sini sambil bersantai di atas batu granit ini, korang bayangkan kali terakhir aku jejak ke pantai tanjung bidara semasa aku enam tahun aku hanya ingat pasir pantainya sahaja
yang lain lain memang aku tak ingat langsung cuma serba sedikit aku boleh imbas memori yang aku dah lupa lepas pada meronda di persisiran pantai ini sempat singgah ke medan selera yang terletak di atas bukit perkena abc sambil melihat laut
dari bersantai di atas batu granit dan di atas bukit ini aku tak rasa penat malah segala pemasalahan dan kekusutan itu hilang semuamya inilah kelebihan alam ciptaan allah s.w.t yang mampu dijadikan sebagai terapi minda,di sini memang menyeronokan
No comments:
Post a Comment