Wednesday, February 21, 2018

Jelajah selangor:Menyusur ke kuala langat part 1



Aku menyusur ke kuala langat dengan cuaca yang agak baik melalui kesibukan pekan banting sebelum aku terus melalui kawasan  perkampungan dan ladang untuk menuju ke pantai morib kawasan kuala  langat ni lebih kurang kawasan  sepang di mana kat sini masih mempunyai banyak ladang yang luas kalau korang nak tahu daerah kuala langat ni penah menjadi pusat pentadbiran bagi negeri selangor selepas berpindah dari kuala selangor jadi kuala langat ni bukan tempat biasa




Banyak sejarah yang telah tercatat  di kuala langat sama ada yang  tersembunyi mahu pun tidak sebelum sampai ke pantai morib aku melalui kampung kanchong darat di mana terletaknya rumah bapa kepada lagenda badminton negara yang itu allahyarham haji sidek jelas kelihatan rumah dan gelanggang badminton tapi aku tak dapat nak ambik gambar kerana keadaan jalan yang agak sibuk aku melihat rumah  itu pun secara spontan kerana inilah kali pertama aku sampai di sini





Dari pekan banting untuk ke  pantai morib memang korang akan lalu kampung kanchong darat,sambil melihat panorama kawasan perkampungan yang indah setelah aku sampai ke pantai morib agak ramai jugak yang beriadah di sini tak sangka aku inilah pantai yang aku penah pergi masa kecik kecik dulu,kini dah maju dengan kemudahan ada bahagian untuk memancing,berkhemah, ruang beristirehat sambil melihat pandangan selat melaka yang jelas sibuk dengan kapal kapal dagang



Jadi tak peliklah kuala langat ni dulu antara tempat terpenting dalam hal perdagangan sebelum wujudnya pelabuhan klang,tiba je aku kat pantai morib terus aku cari medan selera agak mudah nak cari medan selera kat sini infastruktur tandas dan surau pun lengkap pantai morib ni ada dua bahagian satu kawasan bersimen dan satunya tidak yang kawasan tak bersimen tu jadi tempat mandi manda masa aku sampai sini aku tengok  ramai jugak orang bermandi manda





Walaupun airnya kelihatan keruh lebih kurang macam di pantai  bagan lalang ia tetap menjadi pilihan pengunjung untuk bermandi manda  tapi seingat aku masa kecik dulu pantai morib ni airnya jernih masa tu jelas kelihatan pasir di dasar tapi masa aku pergi ni memang tak nampak lagilah, lepas aku  berehat sambil minum aku layan dulu tengok orang memancing sambil ronda sekitar pantai morib  sebenarnya tak puas tapi terpaksa beredar untuk ke pantai kelanang dan bukit jugra


Bersambung...

Thursday, February 15, 2018

Jelajah selangor:Menuju ke sepang




Perjalanan menuju ke sepang ini hanya persinggahan untuk melengkapkan jadual jelajah selangor tempat yang aku tuju ni tidak asing lagi bagi aku lokasi yang di maksudkan adalah bagan lalang oleh kerana di sini mempunyai sebuah  pantai yang popular sering menjadi pilihan ramai dikala berhujung minggu, apa yang membuat aku tertarik untuk ke sini  ia antara lokasi paling selatan di negeri selangor ia juga terletak di persempadan dengan negeri sembilan


Selain itu bagan lalang  adalah sebuah gerbang bagi negara malaysia korang tidak akan putus putus melihat kapal terbang yang bersedia untuk mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur  situasi  ini jelas kelihatan jika korang ke bagan lalang melalui sungai pelek jadi jangan terkejut bila korang dengar bunyi yang kuat dan kapal terbang dekat je dengan korang itu bermakna kapal terbang sedia untuk mendarat,selain tu sepang terkenal dengan  litar lumba antarabangsa



Bila sampai musim moto gp ramailah yang akan turun sic masa aku lalu depan sic nampak macam sunyi sepi je entahlah tak tertarik pulak aku nak singgah ke litar lumba antarabangsa sepang apa yang aku lihat kat sini ada beberapa perkampungan cina dan juga melayu india pun ada rasanya,sepanjang perjalanan aku ke sini aku melihat sepang ni masih mempunyai banyak ladang yang luas terutamanya ladang sawit jangan lupa juga ladang babi juga turut ada kat sepang ni


Jadi aku tak galakan korang mandi kat pantai bagan lalang ni korang nak tahu sebab apa ?selepas aku teliti pantai bagan lalang mempunyai pasir yang putih dan cantik aku sendiri penah bermain air rendam kaki sewaktu air surut jadi aku pelik mengapa air laut kat sini coklat  berkeladak rupanya pantai ni di tengah antara dua muara sungai jadi faham faham jelah apa yang mengalir dari ladang berkenaan tak jauh dari itu juga ada stesen jana kuasa arang batu di sebelah negeri sembilan




Walau bagaimana pun pantai bagan lalang ni sesuai untuk bersantai makanan laut kat sini pun sedap memang banyak pilihan kat sini jadi tak perlu risau pasal makan minum kat sini pantai pun luas sesuai untuk aktiviti perkhemahan cuma ada waktu air laut kat sini surut jadi korang boleh berjalan sampai hujung dunia pantai bagan lalang ni sambil melayan anak ketam berjalan sebenarnya tak banyak maklumat  yang aku dapat pasal sejarah di sepang ni kalau ada pun  ia berunsul negatif


Yang aku tahu tempat yang indah selalu di rosakan oleh tangan tangan manusia dan akhirnya ia menjadi pudar jadi mohonlah jaga kebersihan sungai dan pantai mintak sangatlah natang haramjadah tu di proses dengan cara yang lebih tertib supaya kebersihan alam sekitar lebih terjamin,sebenarnya macam tak cukup masa tujuan aku kat sepang ni sedar tak  sedar dah nak masuk magrib jadi sebelum hari mulai gelap gelita aku bergerak dari sepang dengan penuh persoalan





Wednesday, February 14, 2018

Jelajah selangor: Melangkah ke hulu langat part 2








Walaupun beberapa kawasan di hulu langat dalam keadaan marabahaya masih ada lagi beberapa tempat yang masih terpelihara terutamanya di pangsun jadi aku memilih berjalan sehingga  ke pangsun di mana terletaknya empangan sungai langat dan kaki gunung nuang, kalau korang nak tahu pangsun ni terletak di tengah antara tiga buah negeri antara selangor,pahang dan negeri sembilan keadaan di sini agak sejuk dan mendamaikan walaupun cuaca agak panas


Aku tak penah tahu pun kawasan kaki gunung nuang ni ada  taman rekreasi aku sampai je ke hulu pangsun aku nampak tempat ni, jadi aku singgah berehat selepas aku tinjau kaki gunung nuang yang terletak di atas bukit, aku tak naik pun gunung nuang saja jalan jalan melihat situasi boleh kata ramai jugak orang kat kaki gunung nuang berbanding kat taman rekreasi ni aku pun tak tahu mengapa kat sini tak ramai berbanding tempat bersantai yang lain di hulu langat padahal kat sini percuma je




Pelik ada rasa sedikit seram pun ada iyalah walaupun cuaca ketika itu  panas terik tapi di kawasan taman rekreasi ni gelap je mungkin sebab hutan kat kawasan ni agak tebal pokok pokok kat sini melindungi dari panas mentari sebenarnya  agak risau jugak tempat tak penah pergi tak tahu unsul sejarah aku pun tak berani nak mandi walaupun ada dua orang pasangan tengah berendam tak tahulah dalam ke tidak paras air kat sungai ni yang aku lihat air sungai ni mengalir deras


Kawasan berhampiran ada loji rawatan air jadi aku agak sungai ni mengalir dari empangan sungai langat jadi kawasan ni lebih kurang taman rekreasi klang gate jadi ini antara hulu sungai langat yang penah aku jejaki bermacam rasa di rasai bila berada di sini ada juga terserempak dengan anjing hitam kemungkinan penjaga di kawasan ini tak ganggu orang pun anjing tu elok je dia usha usha line, sedar tak tak sedar aku kat sini hari pun dah  petang aku ingat nak pergi ke air terjun sungai gabai




Bila aku sampai je masjid pangsun untuk solat asar aku terpegun di sebalik masjid ni ada maahad tahfiz, kolah ambik wudhu di ambil dari sungai langat tadi barulah aku tahu air sungai kat sini  benar benar bersih tidak di cemari oleh wabak kencing tikus yang sebelum itu  heboh di kawasan hulu langat selesai solat di sini langit mula  nampak mendung macam nak hujan jadi aku batalkan niat untuk ke air terjun sungai gabai pasal takut nanti tak sedar hari  dah malam

Jadi aku tamatkan perjalanan aku di hulu langat dengan penuh rasa puas yang belum memadai aku tahu sebenarnya hulu langat ni menyimpan banyak sejarah tersembunyi yang belum di ketahui umum kerana ada beberapa kesan peninggalan sejarah yang aku dapat lihat di sini selain daripada rekabentuk pembinaan rumah tradisional melayu yang masih wujud di beberapa tempat kawasan disini jadi aku tak pelik mengapa kawasan yang di katakan pendalaman ini padat dengan orang