Aku menyusur ke kuala langat dengan cuaca yang agak baik melalui kesibukan pekan banting sebelum aku terus melalui kawasan perkampungan dan ladang untuk menuju ke pantai morib kawasan kuala langat ni lebih kurang kawasan sepang di mana kat sini masih mempunyai banyak ladang yang luas kalau korang nak tahu daerah kuala langat ni penah menjadi pusat pentadbiran bagi negeri selangor selepas berpindah dari kuala selangor jadi kuala langat ni bukan tempat biasa
Banyak sejarah yang telah tercatat di kuala langat sama ada yang tersembunyi mahu pun tidak sebelum sampai ke pantai morib aku melalui kampung kanchong darat di mana terletaknya rumah bapa kepada lagenda badminton negara yang itu allahyarham haji sidek jelas kelihatan rumah dan gelanggang badminton tapi aku tak dapat nak ambik gambar kerana keadaan jalan yang agak sibuk aku melihat rumah itu pun secara spontan kerana inilah kali pertama aku sampai di sini
Dari pekan banting untuk ke pantai morib memang korang akan lalu kampung kanchong darat,sambil melihat panorama kawasan perkampungan yang indah setelah aku sampai ke pantai morib agak ramai jugak yang beriadah di sini tak sangka aku inilah pantai yang aku penah pergi masa kecik kecik dulu,kini dah maju dengan kemudahan ada bahagian untuk memancing,berkhemah, ruang beristirehat sambil melihat pandangan selat melaka yang jelas sibuk dengan kapal kapal dagang
Jadi tak peliklah kuala langat ni dulu antara tempat terpenting dalam hal perdagangan sebelum wujudnya pelabuhan klang,tiba je aku kat pantai morib terus aku cari medan selera agak mudah nak cari medan selera kat sini infastruktur tandas dan surau pun lengkap pantai morib ni ada dua bahagian satu kawasan bersimen dan satunya tidak yang kawasan tak bersimen tu jadi tempat mandi manda masa aku sampai sini aku tengok ramai jugak orang bermandi manda
Walaupun airnya kelihatan keruh lebih kurang macam di pantai bagan lalang ia tetap menjadi pilihan pengunjung untuk bermandi manda tapi seingat aku masa kecik dulu pantai morib ni airnya jernih masa tu jelas kelihatan pasir di dasar tapi masa aku pergi ni memang tak nampak lagilah, lepas aku berehat sambil minum aku layan dulu tengok orang memancing sambil ronda sekitar pantai morib sebenarnya tak puas tapi terpaksa beredar untuk ke pantai kelanang dan bukit jugra
Bersambung...
No comments:
Post a Comment