Wednesday, February 14, 2018

Jelajah selangor: Melangkah ke hulu langat part 2








Walaupun beberapa kawasan di hulu langat dalam keadaan marabahaya masih ada lagi beberapa tempat yang masih terpelihara terutamanya di pangsun jadi aku memilih berjalan sehingga  ke pangsun di mana terletaknya empangan sungai langat dan kaki gunung nuang, kalau korang nak tahu pangsun ni terletak di tengah antara tiga buah negeri antara selangor,pahang dan negeri sembilan keadaan di sini agak sejuk dan mendamaikan walaupun cuaca agak panas


Aku tak penah tahu pun kawasan kaki gunung nuang ni ada  taman rekreasi aku sampai je ke hulu pangsun aku nampak tempat ni, jadi aku singgah berehat selepas aku tinjau kaki gunung nuang yang terletak di atas bukit, aku tak naik pun gunung nuang saja jalan jalan melihat situasi boleh kata ramai jugak orang kat kaki gunung nuang berbanding kat taman rekreasi ni aku pun tak tahu mengapa kat sini tak ramai berbanding tempat bersantai yang lain di hulu langat padahal kat sini percuma je




Pelik ada rasa sedikit seram pun ada iyalah walaupun cuaca ketika itu  panas terik tapi di kawasan taman rekreasi ni gelap je mungkin sebab hutan kat kawasan ni agak tebal pokok pokok kat sini melindungi dari panas mentari sebenarnya  agak risau jugak tempat tak penah pergi tak tahu unsul sejarah aku pun tak berani nak mandi walaupun ada dua orang pasangan tengah berendam tak tahulah dalam ke tidak paras air kat sungai ni yang aku lihat air sungai ni mengalir deras


Kawasan berhampiran ada loji rawatan air jadi aku agak sungai ni mengalir dari empangan sungai langat jadi kawasan ni lebih kurang taman rekreasi klang gate jadi ini antara hulu sungai langat yang penah aku jejaki bermacam rasa di rasai bila berada di sini ada juga terserempak dengan anjing hitam kemungkinan penjaga di kawasan ini tak ganggu orang pun anjing tu elok je dia usha usha line, sedar tak tak sedar aku kat sini hari pun dah  petang aku ingat nak pergi ke air terjun sungai gabai




Bila aku sampai je masjid pangsun untuk solat asar aku terpegun di sebalik masjid ni ada maahad tahfiz, kolah ambik wudhu di ambil dari sungai langat tadi barulah aku tahu air sungai kat sini  benar benar bersih tidak di cemari oleh wabak kencing tikus yang sebelum itu  heboh di kawasan hulu langat selesai solat di sini langit mula  nampak mendung macam nak hujan jadi aku batalkan niat untuk ke air terjun sungai gabai pasal takut nanti tak sedar hari  dah malam

Jadi aku tamatkan perjalanan aku di hulu langat dengan penuh rasa puas yang belum memadai aku tahu sebenarnya hulu langat ni menyimpan banyak sejarah tersembunyi yang belum di ketahui umum kerana ada beberapa kesan peninggalan sejarah yang aku dapat lihat di sini selain daripada rekabentuk pembinaan rumah tradisional melayu yang masih wujud di beberapa tempat kawasan disini jadi aku tak pelik mengapa kawasan yang di katakan pendalaman ini padat dengan orang







No comments: