Perjalanan menuju ke sepang ini hanya persinggahan untuk melengkapkan jadual jelajah selangor tempat yang aku tuju ni tidak asing lagi bagi aku lokasi yang di maksudkan adalah bagan lalang oleh kerana di sini mempunyai sebuah pantai yang popular sering menjadi pilihan ramai dikala berhujung minggu, apa yang membuat aku tertarik untuk ke sini ia antara lokasi paling selatan di negeri selangor ia juga terletak di persempadan dengan negeri sembilan
Selain itu bagan lalang adalah sebuah gerbang bagi negara malaysia korang tidak akan putus putus melihat kapal terbang yang bersedia untuk mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur situasi ini jelas kelihatan jika korang ke bagan lalang melalui sungai pelek jadi jangan terkejut bila korang dengar bunyi yang kuat dan kapal terbang dekat je dengan korang itu bermakna kapal terbang sedia untuk mendarat,selain tu sepang terkenal dengan litar lumba antarabangsa
Bila sampai musim moto gp ramailah yang akan turun sic masa aku lalu depan sic nampak macam sunyi sepi je entahlah tak tertarik pulak aku nak singgah ke litar lumba antarabangsa sepang apa yang aku lihat kat sini ada beberapa perkampungan cina dan juga melayu india pun ada rasanya,sepanjang perjalanan aku ke sini aku melihat sepang ni masih mempunyai banyak ladang yang luas terutamanya ladang sawit jangan lupa juga ladang babi juga turut ada kat sepang ni
Jadi aku tak galakan korang mandi kat pantai bagan lalang ni korang nak tahu sebab apa ?selepas aku teliti pantai bagan lalang mempunyai pasir yang putih dan cantik aku sendiri penah bermain air rendam kaki sewaktu air surut jadi aku pelik mengapa air laut kat sini coklat berkeladak rupanya pantai ni di tengah antara dua muara sungai jadi faham faham jelah apa yang mengalir dari ladang berkenaan tak jauh dari itu juga ada stesen jana kuasa arang batu di sebelah negeri sembilan
Walau bagaimana pun pantai bagan lalang ni sesuai untuk bersantai makanan laut kat sini pun sedap memang banyak pilihan kat sini jadi tak perlu risau pasal makan minum kat sini pantai pun luas sesuai untuk aktiviti perkhemahan cuma ada waktu air laut kat sini surut jadi korang boleh berjalan sampai hujung dunia pantai bagan lalang ni sambil melayan anak ketam berjalan sebenarnya tak banyak maklumat yang aku dapat pasal sejarah di sepang ni kalau ada pun ia berunsul negatif
Yang aku tahu tempat yang indah selalu di rosakan oleh tangan tangan manusia dan akhirnya ia menjadi pudar jadi mohonlah jaga kebersihan sungai dan pantai mintak sangatlah natang haramjadah tu di proses dengan cara yang lebih tertib supaya kebersihan alam sekitar lebih terjamin,sebenarnya macam tak cukup masa tujuan aku kat sepang ni sedar tak sedar dah nak masuk magrib jadi sebelum hari mulai gelap gelita aku bergerak dari sepang dengan penuh persoalan
No comments:
Post a Comment