Tuesday, September 4, 2018

Jelajah selangor:Menyusur ke kuala langat part 2




Oleh kerana hari semakin petang waktu asar pun sudah tiba aku terus  beredar dari pantai morib  untuk ke sebuah lagi pantai yang terletak di sebelahan yang itu pantai kelanang melalui jalan dalam yang dikelilingi  hutan paya bakau di sini aku dapat melihat sebuah panorama yang aku sendiri tak sangka mempunyai pemandangan yang indah memang sesuai sangat untuk melakukan aktiviti fotografi cuma ada beberapa lokasi jelas kelihatan musnahnya hutan paya bakau




Disebalik beberapa kemusnahan hutan paya bakau kelihatan banyak serpihan kain bermacam macam warna yang menghiasi kawasan pantai ini tak pastilah kain apa tapi ada yang mendakwa ia adalah serpihan kain dari aktiviti  pembuangan abu mayat adakah ini kawasan pembuangan abu mayat ?ini menjadi persoalan pada aku bagi aku apa jua aktiviti yang di lakukan hendaklah  menjaga kebersihan pantai kerana bukan kita sahaja yang mahu menikmati alam semulajadi



Kalau kita tak jaga siapa lagi yang nak jaga ? hargailah apa yang ada di sekeliling kita kerana ia akan dinikmati sepanjang zaman dari generasi ke generasi melihat kemusnahan paya bakau ini maka terhasilah beberapa seni yang untuk di alami sebagai pendoman pasir pantainya yang putih menambah lagi keindahan ada juga pasangan pengantin baru menjadikan kawasan ini sebagai kawasan untuk bergambar sebagai kenang kenangan




Walaupun air lautnya yang berlumpur ia sudah cukup menjadikan kawasan ini tenang dan damai dengan cuaca mendung yang menanti senja aku rasa berat nak tinggalkan kawasan ini  sebab ilham banyak kat kawasan ni tapi apakah daya masa terlalu singkat kawasan pantai paya bakau ni agak panjang dari pantai morib sampailah ke pantai kelanang ia juga menjadi kawasan tumpuan kaki pancing dan juga sesuai dijadikan sebagai tempat beriadah pada mereka yang suka pada privasi





Selepas puas melakukan aktiviti fotografi di persisiran pantai paya bakau aku teruskan perjalanan ke pantai kelanang jelas kelihatan sepanjang persisiran pantai ini mempunyai hakisan nampak tak apabila hutan paya bakau takde ? maka terjadilah hakisan walaupun dah letak batu bata di persisiran pantai hakisan masih berlaku maka nampaklah satu panorama buatan manusia membina benteng sebagai perisai pemecah ombak kemungkinan untuk mengelak hakisan lebih teruk



Pantai kelanang ni  tak jauh dengan muara sungai langat ia juga bersebelahan pulau carey  masa aku tiba kat pantai ni agak ramai jugak pengunjung kemudahan surau,tandas, medan selera sama yang ada di pantai morib kalau korang nak bawak kaum kerabat  mandi kat sini pun boleh cuma air keruhlah kawasan agak berlumpur tapi bolehlah untuk aktiviti pantai belum habis terokai pantai kelanang tak sedar hari dah semakin senja maka terus  aku berkejar ke bukit jugra

Bersambung...

No comments: