Sunday, September 16, 2018

Jelajah selangor:Mengharung ke kuala selangor part 2







Bukit jeram terletak dipantai jeram berhampiran muara sungai buloh korang akan nampak bukit jeram jika korang melalui jalan ke pekan kuala selangor. tapi aku tak banyak infomasi yang jelas mengenai bukit jeram,mungkin keadaanya tidak terurus dan bersemak samun. sumber yang aku terbaca mengatakan bukit jeram penah menjadi pusat pentadbiran semasa dizaman empayar kesultanan melaka. di sebalik geografi yang mendatar di sekitar jeram membuatkan bukit jeram jelas kelihatan antara tempat yang tertinggi, jadi aku teruskan perjalanan ke bukit malawati.






Setibanya di bukit malawati aku memilih untuk naik sendiri ke atas. kalau korang sampai dikaki bukit malawati korang boleh pilih untuk naik keretapi dan bayaran akan di kenakan, bagi aku lebih banyak dapat di terokai jika mendaki sendiri cuma terasa penatlah. di atas bukit malawati masih jelas kelihatan kesan kesan sejarah sebuah kota yang bernama malawati. antara pusat pentadbiran pertama setelah wujudkan kesultanan selangor, jadi inilah kota pertama bagi kerajaan selangor. di atas bukit yang berbatuan ini terdapat perbagai binaan sejarah termasuk sebuah  rumah api.






Itulah istimewanya bukit malawati terdapat banyak kesan binaan bersejarah yang bercampur aduk termasuklah dari penjajah belanda dan british. mengikut catatan sejarah kota malawati antara kota yang menjadi perebutan ramai pihak, ada beberapa binaan lama yang masih boleh di lihat sehingga kini. antaranya adalah telaga tujuh, perigi beracun,rumah api dan bangunan binaan british yang kini dijadikan sebagai muzium daerah kuala selangor. ada juga beberapa pucuk meriam voc peninggalan  belanda, selain itu ada juga gerbang kota malawati dan tangga seratus.






Terdapat juga binaan baru seperti baituhilal yang dijadikan sebagai  balai cerap untuk melihat anak bulan, di atas puncak bukit malawati ini korang boleh melihat sebuah panorama muara sungai selangor menghala ke perairan selat melaka. terlihat juga  bentuk geografi tanah yang mendatar disekeliling  daerah kuala selangor, ini sebuah bukti yang kukuh mengapa bukit malawati di jadikan sebagai pusat pentadbiran bagi negeri selangor. di sini juga terdapat makam di raja bukit malawati yang boleh di lawati oleh pengunjung yang naik ke atas bukit ini.






Di sebalik serpihan kota ini dikatakan terdapat sebuah gua,tapi kunjungan aku di sini tidak menemuinya mungkin ia telah tersorok oleh semak samun. masih jelas beberapa kesan tangga binaan lama ke kubu kota dan ke busut malawati, walaupun ia hanya tinggal sejarah kota malawati masih menjadi tarikan ramai kerana mempunyai penghuni yang mesra dengan manusia.yang di maksudkan adalah monyet yang ada di sini  bila korang sampai di atas bukit ini monyet monyet inilah yang akan sambut kedatangan  korang  ia sebuah terapi minda bila manusia dapat berinteraksi dengan haiwan.

No comments: