Monday, September 10, 2018

Jelajah selangor:Mempelopori ke klang part 2






Perjalanan ke pulau indah  dari tanjung harapan melalui dua jambatan yang boleh dikatakan paling penting di daerah klang. sering kali korang akan berselisih dengan lori treler yang membawa kontena, ini perkara yang biasa, kerana di pulau indah juga mempunyai sebuah lagi pelabuhan yang di kenali sebagai  pelabuhan klang free zone (pkfz) dengan keadaan jalan yang kurang memuaskan. aku harungi jua untuk sampai ke pantai tanjung piai, selepas melalui lebuhraya pulau indah aku melalui beberapa perkampungan tradisional yang mempunyai tanaman kelapa sawit.





Sebelum itu aku menemui pelabuhan jeti nelayan, kemudian melalui sebuah  jalan raya yang agak kurang infastrukturnya.tapi tak mengapa itu bukan penghalang untuk aku sampai ke pantai tanjung piai,untuk sampai ke  sini korang akan melalui jalan tanah dan berpasir kerana  tidak ada turapan jalan raya yang lengkap sehinggalah ke persisiran pantai acheh, korang akan jumpa beberapa  kumpulan yang melakukan  aktiviti sukan udara paramotor. dipersisir pantai acheh ni agak cantik pemandanganya disebalik pokok paya bakau jelas kelihatan adalah  pulau carey.






Selain aktiviti sukan udara paramotor yang aktif di sekitar pantai acheh,terdapat juga tanah yang lapang  berhampiran pantai acheh.menjadikan sukan paramotor ini sesuai di lakukan di kawasan sekitar, sebelum ke pantai tanjung piai aku layan dulu aktiviti paramotor. kalau korang nak tahu di sekitar pantai acheh mempunyai pasir pantai yang putih dan pokok paya bakau, sesuai sangat untuk berkelah terutamanya yang suka pada privasi,boleh juga dijadikan sebagai pantai private cuma airnya agak berlumpur untuk mandi, dikawasan berdekatan ada juga sebuah  resort dan jeti.





Selepas meredah jalan berpasir yang berbukit, akhirnya sampai juga aku ke pantai tanjung piai. sebuah pantai yang kurang di kenali walaupun terletak di negeri selangor. tempat ni memang ada nilai sebab panorama kat sini cantik walaupun air lautnya berwarna coklat dan berlumpur, dari atas kawasan berbukit ni kelihatan ramai pengunjung yang beriadah kat sini, siap ada yang bermandi manda lagi.kemudahan awam memang takde kat sini jika nak banding dengan pantai lain di selangor, tapi terdapat juga penjual  menjual  makanan dan minuman ringan untuk pengunjung.





Jika nak  bawa anak anak main pasir atau berkelah melakukan aktiviti pantai.memang sini tempat terbaik, cuma infrastruktur memang langsung takde.yang hanya kelihatan beberapa pondok kemungkinan milik nelayan tempatan, jelas juga kelihatan pulau pintu gedong yang boleh di lihat  dari pantai tanjung piai.pendek kata  memang seronoklah jika bersantai disini.pantai tanjung piai betul betul menghadap selat melaka, kapal kapal laut pun memang banyak kelihatan. seperti mana yang dapat dilihat dari bukit jugra,kenalah pada nama pulau indah sebagai pusat lojistik.




Ada juga sebuah bot nelayan yang berlabuh berhampiran pantai tanjung piai ni, sekali sekala bila dah sampai ke pantai tunggu apa lagi kasi layan desiran ombak untuk melepas rindu, walaupun warna airnya coklat dan  berlumpur.aku dapat rasakan aktiviti laut memang aktif dikawasan ini.dari persisiran  pantai acheh ke pantai tanjung piai jelas kelihatan menjadi tempat pilihan kaki kaki pancing,tak syak lagi  mesti kawasan ni banyak ikan. walaupun kawasan sekitar agak hambar  dengan kemudahan, pantai ini tetap menjadi tarikan  pengunjung sesuai dengan suasananya yang strategik.




Kawasan yang tinggi dan berbatu itu adalah lokasi kaki pancing di sini pantai yang berpasir  lokasi untuk beriadah dan aktiviti fotografi kalau korang ke pantai ni dari jauh  jangan ingat itu jaring bola tampar itu sebenar adalah  jaring jala nelayan kemungkinan bila air pasang mesti memenuhi ruang pantai ini kesan kesan mendatar serapan air dapat di lihat di pantai ini oleh kerana hari dah nak malam aku terpaksa bergerak dari pulau indah secepat mungkin untuk elak dari melalui jalan yang gelap sebab di sini takde lampu jalan untuk menghindari  dari kesesatan malam aku terus beransur.

No comments: