Saturday, September 8, 2018

Jelajah selangor:Mempelopori ke klang part 1



Perjalanan aku ke klang kali ini agak mencabar kerana cuaca hujan dan berselisih dengan lori treler  keadaan kualiti jalanraya  yang kurang memuaskan menambahkan lagi  cabaran untuk sampai ke tanjung harapan atau lebih dikenali sebagai tanjung gila untuk pengetahuan ini adalah kali pertama aku jejakan kaki di sini dan gambar di atas adalah replika kapal layar bugis sebuah mercu tanda di kawasan tanjung harapan dan juga daerah klang mungkin juga simbolik pada kesultanan selangor kena pada gelaran klang  bandar di raja




Klang juga banyak kesan kesan sejarah yang masih boleh di lihat sehingga ke hari ini macam biasa tak semua aku dapat terokai penah menjadi pusat pentadbiran bagi negeri selangor selepas berpindah dari kuala langat di kawasan tanjung harapan ini terdapat juga pelabuhan utara untuk kapal kapal kargo menghantar muatan kontena jadi ia salah satu gerbang dunia dan juga pintu masuk bagi negara malaysia jadi macam macam baranglah yang ada kat sini yang berkaitan import dan export





Kawasan  tanjung harapan tempat terbaik  untuk di jadikan sebagai tempat bersantai terutamanya aktiviti memancing kerana keadaan pantainya yang berbatu kalau korang nak tahu inilah kawasan berakhirnya sungai klang dan sungai gombak jadi jangan peliklah mengapa air kat sini keruh bagi aku tempat ni ada satu keunikan dan aura tersendiri boleh nampak bertapa sibuknya kawasan perairan di sini jarang aku dapat tengok  situasi macam ni  jelas kelihatan  pulau indah dan pulau klang





Dikawasan port klang juga mempunyai  jeti yang menyediakan kemudahan perkhidmat feri pergi ke indonesia jika ingin ke kawasan berhampiran boleh naik feri ke  pulau ketam oleh kerana  pulau indah mempunyai jambatan untuk di lalui aku memilih untuk ke pulau indah dari tanjung harapan korang boleh tengok pulau indah terdapat kapal cruise berlabuh di kawasan ini selepas selesai meronda sekitar  tanjung harapan aku teruskan perjalanan ke pulau indah

Bersambung...

No comments: