Monday, September 17, 2018

Jelajah selangor:Sekilas ke sabak bernam





Siri penjelajahan aku ke sabak bernam hanya sekilas, kerana aku melalui sabak bernam untuk ke lumut. bagi melengkap siri jelajah selangor, aku lalui juga  daerah sabak bernam. untuk mengembara melihat suasana setempat yang jarang jarang aku jejaki. walaupun perjalanan mengambil masa yang agak panjang, aku rempuhi jua semata mata mahu menjelajah sehingga ke sempadan negeri perak. sepanjang jalan ke sabak bernam, bermula dari sekinchan korang akan melihat sawah padi dan suasana yang pesat membangun, giat di penuhi industri peniagaan.





Perjalanan aku kali ini agak mencabar apabila aku melalui jalan yang sedang di naiktaraf, melalui jalan yang mempunyai kampung kampung tradisional dan ladang kepala sawit di sekelilingnya. terasa kedinginan bayu desa, sebuah suasana baru yang dapat aku rasakan apabila melalui sepanjang jalan ini. aku tak sangka daerah sabak bernam ini agak besar, sebenarnya banyak tempat tarikan di daerah ini yang tak kesempatan untuk aku singgah. selepas melalui pekan sabak bernam aku terus melintasi jambatan sungai bernam sebagai penutup perjalanan aku didaerah ini.


No comments: