Monday, January 16, 2017

Sepetang di pantai tanjung dawai




kali ni bermusafir di kedah jadual agak padat walaupun tak buat pun jadual perjalanan semua rancang saat akhir je walau bagaimana pun alhamdulilah semuanya berjalan lancar walaupun agak penat selepas ziarah singkat ke   tapak  arkeologi tamadun  sungai batu terpaksalah batalkan niat


ke muzium lembah bujang kerana hari nak senja sempat jugak lalu pekan merbok dan singgah di masjid merbok seketika sebelum sambung perjalanan ke tanjung dawai tak sangka perjalanan kali ini memang menyeronokan apabila kita dapat melihat suasana yang jarang aku dapat  di lihat







sampai je ke tanjung dawai boleh di lihat orang ramai memenuhi pantainya kelihatan pekan pekan lama yang masih hidup dengan aktiviti penduduk sempat jugak aku ke jeti tanjung dawai yang  mana di sini ada bot tambang untuk ke pantai merdeka yang di katakan perjalananya agak singkat


jika nak di bandingkan dengan pengangkutan darat dari tanjung dawai ke pantai merdeka mungkin mengambil masa yang panjang dan di situ sebabnya  pengangkutan air menjadi pilihan pendudukan tempatan dan para pelancong yang datang di sini





di pekan tanjung dawai juga menjadi tumpuan pengunjung yang ingin membeli hasil laut yang popular di sini adalah  ikan bilis mata biru selesai je singgah di pekan ni untuk tempat persingahan terakhir adalah restoran makanan laut yang terletak di tepi pantai tanjung dawai


makan makanan laut sambil dengar hempasan ombak dengan tiupan angin yang merdu sungguh menambah selera memang sedaplah masakan kat restoran ni pendek kata memang puas hati ini menyebabkan aku nak bermusafir  lagi ke tanjung dawai jika ada lagi rezeki


Sunday, January 15, 2017

Sepetang di tapak arkeologi sungai batu







Dalam perjalanan  dari gunung jerai ke tanjung dawai aku singgah ke  tapak arkeologi sungai batu antara tapak tamadun tertua di asia tenggara pada mulanya aku rancang nak ke muzium arkeologi lembah bujang bila aku buat kajian rupanya tempatnya berbeza jarak dan ketamadunan

Jadi aku pilihlah ke tapak arkelogi sungai batu kerana ini antara penemuan yang boleh di anggap terbaru jika nak di bandingkan dengan lembah bujang dan kerja kerja ekskavasi  masih giat di jalankan oleh pihak  usm sampai je aku kat sini agak terkejut jugak sebab tapak arkelogi ni besar


Kalau kita tengok dalam media tempat ni macam satu tempat yang kecik  je aku tak sangka tempat ni besar dan aku sendiri pun tak habis berjalan kawasan ekskavasi ini sampai belakang dan seberang jalan pun masih ada lagi tapak ekskavasi ini membuatkan aku lebih kagum dengan penemuan ini


Sayangnya aku tiba kat sini agak lewat petang para petugas yang boleh terangkan infomasi mengenai ketamaduanan sungai batu sudah pun pulang walau bagaimana pun pak cik yang di tugaskan menjaga kawasan arkelogi ini sudi memberi infomasi serba sedikit mengenai ketamadunan sungai batu


Dapatlah jugak aku informasi dan beberapa anggapan  teori mengenai ketamadunan sungai batu sempat jugak aku membuat rakaman serba sedikit  tapak tapak runtuhan untuk dokumentari jejak bongkar yang sebenarnya luas dengan kesan tapak jeti dan sungai purba






Ini membuatkan aku bertambah kagum tapi aku tak sempat ke satu tapak industri besi yang luas di panggil relung yang membuktikan ketamadunan industri besi ini  telah wujud 478 sebelum masihi memang dah lama tempat ni selain besi binaan batu bata atap di perbuat dari tanah jugak telah wujud


Selama ni kita di visualkan dengan tamadun terdahulu dengan binaan kayu dan atap rumbia tetapi tamadun sungai batu telah menafikan sama sekali visual itu sebagai peminat sejarah aku harap sungai batu di masukan dalam buku teks sekolah selama ni kita di tatap dengan sejarah tinggalan penjajah


Jadi tak salah kita jadikan sungai batu sebagai tatapan yang utama untuk generasi baru kerana aku tengok tempat ni macam hambar tidak seperti ramainya orang di  pintu gerbang de santiago di melaka patutnya kita perlu bangga dengan sungai batu sebab negara kita mempunyai


Satu kesan runtuhan sama seperti  runtuhan greek dan rom jika di turki pula ada kesan runtuhan kota empayar ottoman yang paling tak sangka sungai batu lebih tua dari angkor wat di kemboja dan candi borobudur di indonesia antara binaan dalam dunia yang di kagumi teknologinya


Insyallah jika ada rezeki aku akan sekali lagi ke sungai batu kalau korang nak sumbang dana pun boleh sambil tu korang boleh sertai program yang di anjur oleh usm korang nak sertai aktiviti ekskavasi  dan aktiviti yang lain bolehlah hubungi 04-6533357 untuk tempahan

Wednesday, January 11, 2017

Sepetang di gunung jerai







Aku tak sangka aku boleh sampai ke puncak  gunung jerai ni sebenar aku tak tau pun pemandangan kat gunung jerai ni memang indah sehingga pada  suatu hari  aku terjumpa satu gambar dari dokumen adik aku yang menunjukan gambaran di puncak gunung jerai sebelum ni aku dengar je pasal gunung jerai yang popular kat kedah ni sebab kedudukanya yang strategik

Gunung jerai juga mempunyai perbagai cerita dan sejarahnya tersendiri ada yang mendakwa ia dahulunya sebuah pulau kalau nak naik gunung jerai ni ada perbagai kaedah boleh jugak nak mendaki bawak naik kenderaan pun boleh tapi tak pasti lori boleh ke tak naik atas ni sebab jalanya kecik je dan bengkang bengkok setiap pusingan memang pusing habis silap silap






Boleh pening kepala ada jugak aku tengok kat kaki gunung jerai ada van di sediakan mana yang tak mahu bawak kenderaan sendiri naik atas boleh lah naik van dengan beberapa caj tambang kalau nak free pun boleh tapi kena jalan kaki best jugak rasanya kalau jalan kaki  entah berapa lama  nak sampai puncak kalau jalan kaki sebenarnya ada beberapa tempat kunjungan kat gunung jerai


Seperti padang tok sheikh,telaga tok sheikh,kapal batu,muzium perhutanan tapi tu aku tak singgah sebab masa mencemburi jadi target nak sampai atas nak tengok pemandangan dari puncak gunung jerai je jadi  dapatlah santai kat atas sekejap dekat kawasan resort tu  sampai je puncak gunung jerai
aku sempatlah singgah solat jamak kat masjid gunung jerai





Subanallah dari masjid ni punya pemandangan sungguh indah sekali dapat melihat sawah padi  dan kawasan kampung para  petani yang menghala di daerah yan dengan angin yang bertiup kencang kedinginan sampai panas membahang pun tak terasa seolah olah berada di alam kayangan pun ada korang boleh tengok langit berarak dekat dan di bawah korang

Kat situ korang boleh lihat  kita ni kerdil sebenarnya dan mengapa mengapa perlu kita berasa angkuh apa yang kita ada sekarang itulah peringatan apabila sampai ke gunung jerai aku pasti gunung jerai ni mempunyai sejarah yang belum terungkai jadi bukanlah pelik apakah kaitan gunung jerai dengan cerita tok sheikh yang sebelum ni aku tak ambik tahu pun

itu tak termasuk cerita cerita rakyat yang lain yang tak tahu kebenaranya jika di lihat kawasan gunung jerai ini sangat strategik  kerana kedudukanya  yang menghadap laut yang menjadikan gunung jerai boleh di lihat pemandangan tiga dimensi seperti mana gunung mat cincang yang berada di langkawi jika ada rezeki lagi mungkin aku akan singgah di sini lagi



Saturday, January 7, 2017

Sepetang di pantai merdeka














Dari kota kuala muda terus menyusur ke pantai merdeka perjalanan agak lancar tak sesak sangat jadi sempat jugaklah sampai ke pantai merdeka walaupun petang hampir melabuhkan tirainya boleh lah aku nampak matahari sudah jingga kemerahan  di penjuru laut di pantai merdeka





Sampai je aku kat pantai merdeka tiupan angin agak kuat laut bergelora melambai lambai sampai ke tebing dapatlah berehat sebentar kat tembok batu sambil melihat alam ciptaan allah s.w.t seperti tanjung dawai dan gunung jerai  aku rasa agak lewat tiba kat pantai merdeka






Sebab dapat rasa sekejap je sepetang di sini tak mengapalah mungkin rezeki aku nak bermusafir di sini  hanya seketika infrastruktur di sini  ok  boleh jugak lah nak berkhemah nak tidur pun ada resort kemudahan lain seperti gerai semua ada kat sini jadi pantai merdeka memang ada tarikan





Sunday, January 1, 2017

sepetang ke kuala gandah



kali ni aku ke kuala gandah sebab rindu nak usha gajah  tibanya di sini agak ramai jugak pengunjung dari luar negara pun ada nak kata  pusat konservasi gajah memang international punya tempat tak payah nak pergi thailand sebab kat malaysia pun ada tempat  manusia boleh bermesra gan gajah 


nak masuk sini percuma je kalau nak mandi gan gajah tu tak pasti pulak kena bayar ke tak yang pasti kena daftar masuklah nak bagi sumbangan pun boleh mereka alu alukan sumbangan pengunjung gajah kat sini jinak memang mesra dengan pengunjung 





tengok dua ekor tok guru fumakila ni makin dekat makin rapat nak bermesra kat sini pengunjung di benarkan memberi makanan kepada gajah patutlah dua ekor tok guru fumakila ni  mesra rupanya nak mengepow makanan aku tengok je pengunjung lain bagi kacang


elok korang kalau nak datang sini datang sekitar 1:30 petang ke atas  boleh tengok gajah mandi sekali yang tu paling menarik bukan main suka lagi gajah kat sini main air tak rugi bermusafir kat sini kita akan dapat rasa keterapian mahkluk bernama gajah ni kepada manusia






sepetang menaiki mrt





akhirnya projek mass rapid transit (mrt) jajaran sungai buloh ke kajang di buka kepada umum walaupun projek ini belum lagi siap 100% dikatakan laluan terowong  bawah tanah di sekitar kuala lumpur belum siap dan laluan hanya di buka sehingga station semantan


sampai je aku kat  station sungai buloh aku boleh nampak tempat ni tak sehambar semasa kawasan ini hanya ada station ktm sungai buloh dulu kira tempat ni semakin meriah sebab station mrt sungai buloh transit kepada ktm sungai buloh yang boleh berhubung sehingga ke tanjung malim






apa yang  aku tengok sistem mrt ni lebih kehadapan teknologinya  kemudahan dan keselamatan ruang dalam gerabak pun luas sesuai lah untuk jadi tin sadin boleh tampung penumpang yang ramai cuma satu je lah aku tengok ada beberapa station bila hujan kena tempias air


walau bagaimana pun mrt ni memberi kemudahan  kepada penduduk sekitar jajaran sbk  untuk ke pusat bandar kuala lumpur tanpa menghadapi kesesakan lalu lintas aku akan cuba lagi naik mrt apabila laluan terowong bawah tanah ke kajang siap nanti