Monday, January 16, 2017

Sepetang di pantai tanjung dawai




kali ni bermusafir di kedah jadual agak padat walaupun tak buat pun jadual perjalanan semua rancang saat akhir je walau bagaimana pun alhamdulilah semuanya berjalan lancar walaupun agak penat selepas ziarah singkat ke   tapak  arkeologi tamadun  sungai batu terpaksalah batalkan niat


ke muzium lembah bujang kerana hari nak senja sempat jugak lalu pekan merbok dan singgah di masjid merbok seketika sebelum sambung perjalanan ke tanjung dawai tak sangka perjalanan kali ini memang menyeronokan apabila kita dapat melihat suasana yang jarang aku dapat  di lihat







sampai je ke tanjung dawai boleh di lihat orang ramai memenuhi pantainya kelihatan pekan pekan lama yang masih hidup dengan aktiviti penduduk sempat jugak aku ke jeti tanjung dawai yang  mana di sini ada bot tambang untuk ke pantai merdeka yang di katakan perjalananya agak singkat


jika nak di bandingkan dengan pengangkutan darat dari tanjung dawai ke pantai merdeka mungkin mengambil masa yang panjang dan di situ sebabnya  pengangkutan air menjadi pilihan pendudukan tempatan dan para pelancong yang datang di sini





di pekan tanjung dawai juga menjadi tumpuan pengunjung yang ingin membeli hasil laut yang popular di sini adalah  ikan bilis mata biru selesai je singgah di pekan ni untuk tempat persingahan terakhir adalah restoran makanan laut yang terletak di tepi pantai tanjung dawai


makan makanan laut sambil dengar hempasan ombak dengan tiupan angin yang merdu sungguh menambah selera memang sedaplah masakan kat restoran ni pendek kata memang puas hati ini menyebabkan aku nak bermusafir  lagi ke tanjung dawai jika ada lagi rezeki


No comments: