Sunday, January 15, 2017

Sepetang di tapak arkeologi sungai batu







Dalam perjalanan  dari gunung jerai ke tanjung dawai aku singgah ke  tapak arkeologi sungai batu antara tapak tamadun tertua di asia tenggara pada mulanya aku rancang nak ke muzium arkeologi lembah bujang bila aku buat kajian rupanya tempatnya berbeza jarak dan ketamadunan

Jadi aku pilihlah ke tapak arkelogi sungai batu kerana ini antara penemuan yang boleh di anggap terbaru jika nak di bandingkan dengan lembah bujang dan kerja kerja ekskavasi  masih giat di jalankan oleh pihak  usm sampai je aku kat sini agak terkejut jugak sebab tapak arkelogi ni besar


Kalau kita tengok dalam media tempat ni macam satu tempat yang kecik  je aku tak sangka tempat ni besar dan aku sendiri pun tak habis berjalan kawasan ekskavasi ini sampai belakang dan seberang jalan pun masih ada lagi tapak ekskavasi ini membuatkan aku lebih kagum dengan penemuan ini


Sayangnya aku tiba kat sini agak lewat petang para petugas yang boleh terangkan infomasi mengenai ketamaduanan sungai batu sudah pun pulang walau bagaimana pun pak cik yang di tugaskan menjaga kawasan arkelogi ini sudi memberi infomasi serba sedikit mengenai ketamadunan sungai batu


Dapatlah jugak aku informasi dan beberapa anggapan  teori mengenai ketamadunan sungai batu sempat jugak aku membuat rakaman serba sedikit  tapak tapak runtuhan untuk dokumentari jejak bongkar yang sebenarnya luas dengan kesan tapak jeti dan sungai purba






Ini membuatkan aku bertambah kagum tapi aku tak sempat ke satu tapak industri besi yang luas di panggil relung yang membuktikan ketamadunan industri besi ini  telah wujud 478 sebelum masihi memang dah lama tempat ni selain besi binaan batu bata atap di perbuat dari tanah jugak telah wujud


Selama ni kita di visualkan dengan tamadun terdahulu dengan binaan kayu dan atap rumbia tetapi tamadun sungai batu telah menafikan sama sekali visual itu sebagai peminat sejarah aku harap sungai batu di masukan dalam buku teks sekolah selama ni kita di tatap dengan sejarah tinggalan penjajah


Jadi tak salah kita jadikan sungai batu sebagai tatapan yang utama untuk generasi baru kerana aku tengok tempat ni macam hambar tidak seperti ramainya orang di  pintu gerbang de santiago di melaka patutnya kita perlu bangga dengan sungai batu sebab negara kita mempunyai


Satu kesan runtuhan sama seperti  runtuhan greek dan rom jika di turki pula ada kesan runtuhan kota empayar ottoman yang paling tak sangka sungai batu lebih tua dari angkor wat di kemboja dan candi borobudur di indonesia antara binaan dalam dunia yang di kagumi teknologinya


Insyallah jika ada rezeki aku akan sekali lagi ke sungai batu kalau korang nak sumbang dana pun boleh sambil tu korang boleh sertai program yang di anjur oleh usm korang nak sertai aktiviti ekskavasi  dan aktiviti yang lain bolehlah hubungi 04-6533357 untuk tempahan

No comments: