Sunday, January 1, 2017
sepetang menaiki mrt
akhirnya projek mass rapid transit (mrt) jajaran sungai buloh ke kajang di buka kepada umum walaupun projek ini belum lagi siap 100% dikatakan laluan terowong bawah tanah di sekitar kuala lumpur belum siap dan laluan hanya di buka sehingga station semantan
sampai je aku kat station sungai buloh aku boleh nampak tempat ni tak sehambar semasa kawasan ini hanya ada station ktm sungai buloh dulu kira tempat ni semakin meriah sebab station mrt sungai buloh transit kepada ktm sungai buloh yang boleh berhubung sehingga ke tanjung malim
apa yang aku tengok sistem mrt ni lebih kehadapan teknologinya kemudahan dan keselamatan ruang dalam gerabak pun luas sesuai lah untuk jadi tin sadin boleh tampung penumpang yang ramai cuma satu je lah aku tengok ada beberapa station bila hujan kena tempias air
walau bagaimana pun mrt ni memberi kemudahan kepada penduduk sekitar jajaran sbk untuk ke pusat bandar kuala lumpur tanpa menghadapi kesesakan lalu lintas aku akan cuba lagi naik mrt apabila laluan terowong bawah tanah ke kajang siap nanti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment