Wednesday, August 2, 2017

Sepetang di pantai bagan lalang


Assalamulaikum semua dah berabuk blog ni dah lama tak update nampak gayanya terbiar sejak bulan januari yang lalu apa boleh buat sibuk dengan komitmen semasa, ok kali ni aku nak cerita pasal gerak musafir melalui tiga buah negeri dari selangor,negeri sembilan dan melaka

Bermacam rasa bercampur bila melalui  tiga negeri ni  aku nak cukupkan pengembaraan sepanjang jalan pantai barat semenanjung jadi aku mulakan dari bagan lalang antara pantai yang terkenal di negeri selangor sampailah kuala linggi sebelum singgah port dickson tidur semalam di sana

Sepetang aku di bagan lalang dari kuala lumpur boleh tahan ramai jugak yang bersantai di sini ini kali ke 3 dan kali ke 2 untuk tahun 2017 aku pergi ke pantai ini aku singgah di sini sebagai syarat pemulaan pengembaraan dari negeri selangor sebab aku nak cuba lalu jalan lama






Jalan yang di maksudkan adalah jalan banting ke port dickson boleh tahan mencabar jugak jalan ni sambil melihat suasana ladang yang permai sebelum aku bergerak aku santai dulu kat pantai bagan lalang ni walaupun dah berkali pergi tapi kali ni  antara waktu paling sesuai untuk mandi

Tapi aku tak berniat nak mandi kat sini jadi aku tak mandi kira nak banding dengan hari sebelum ni aku rasa ini suasana pantai yang paling best sebab air tengah pasang tak surut mengila sebab pantai ni kalau surut mengila dia jadi tak best kalau mandi sebab berselut nak pergi hujung

Pantai bagan lalang ni memang best kalau bersantai kedai sepanjang pantai ni pun banyak sayangnya aku kena berkejar pulak ke port dickson sebelum matahari terbenam jadi sebelum bergerak aku sempat ambik gambar signboard  gergasi bagan lalang tak sangka pantai ni pesat membangun


Bersambung...

No comments: