Friday, August 4, 2017

Mendaki ke rumah api tanjung tuan



Pagi tu bangun tak buang masa terus gerak dari homestay di teluk kemang ke tanjung tuan misi aku adalah untuk mendaki ke bukit batu putih yang terletak di tanjung tuan masa mula nak gerak cuaca di dapati mendung dan selepas tu hujan  oleh kerana tak nak masa terbuang aku redah jugak hujan tu

Semangat nak ke tanjung tuan belum lagi terpadam bila tengok minyak motosikal dah nak habis aku mula rasa tak sedap tapi aku yakin ada station minyak dihadapan sambil mencari dimana lokasi bukit batu putih aku cari juga station minyak bagi aku ia satu keutamaan

Bila sampai simpang ke bukit batu putih memang sah takde station minyak aku tetap yakin aku teruskan perjalanan aku sampai satu jalan aku rasa memang takde station minyak kat sini jadi aku berenti tanya akak yang jual nasi lemak tepi jalan  tu katanya kena pergi ke pasir panjang

Katanya station minyak tu dekat pasir panjang lagi kalau nak patah balik ke teluk kemang masa tu aku ada rasa menyesal pasal tak isi minyak kat teluk kemang sebab tak nak buang masa patah balik akhirnya lagi banyak masa terbuang aku teruskan perjalanan ke pasir panjang








Aku tak tahu dan tak penah ambik tahu pasal pasir panjang masa dalam perjalanan ke pasir panjang hujan turun selebat lebatnya sambil guruh kilat menyambar di langit aku rasa tak sedap aku berenti di di bas stop walaupun keadaan dah basah kuyup dengan risau sempat ke station minyak

Jadi aku tanya lagi abang yang sekali berteduh kat mana station minyak dia kata kat pekan depan tu oh barulah aku tahu station minyak tu terletak di pekan pasir panjang aku bertambah yakin dengan doa minyak memang cukup untuk sampai  ke station minyak pasir panjang


Aku pun apa lagi pakai baju hujan walaupun dah basah terus gerak ke station minyak rupanya station minyak di pekan pasir panjang tu tak jauh dari bas stop yang aku berteduh syukur alhamdulilah akhirnya berjaya isi minyak dengan penuh jayanya jadi cerita dia banyak masa aku terbuang


Kira sampai ke kaki bukit batu putih lewat dari apa yang di jadualkan dengan keadaan basah orang pun dah mula ramai, tiba je kat situ siap  nak mendaki  kena bayar RM1 rupanya tanjung tuan ni di bawah negeri melaka kat sini ada banyak laluan dan  ada juga laluan pantai







Jadi aku ikut laluan biasa je  sebelum tu singgah mendaki ke rumah api tanjung tuan atau lebih dikenali sebagai cape rachado kat sini lebih selamat jika  nak bawa budak budak dan orang tua pemandangan  pun cantik dan terpukau di buatnya kalau cuaca baik boleh nampak kot pulau rupat


Pulau rupat tu kat indonesia inilah gambaran yang dapat di ambil antara laluan selat melaka yang di kira kecil untuk laluan kapal sebenarnya dari kaki bukit sampai puncak rumah api tanjung tuan ni memang tak hujan yang hujan hanya di pasir panjang ia melancarkan perjalanan untuk mendaki

Masa aku mendaki aku dapat tengok ramai yang dah turun sedikit sebanyak aku tahu laluan untuk ke bukit batu putih sambil tu tanya tanya walaupun rumah api ni tak boleh masuk kawasan sekelilingnya cukup puas hati bila agak dah puas hati sambung balik mendaki ke bukit batu putih

Bersambung...



No comments: