Thursday, August 3, 2017

Sepetang di pantai teluk kemang





Menyeberangi sungai sepang bermulannya kembali  pengembaraan aku ke negeri sembilan selepas aku melalui nilai untuk ke sepang dan sungai sepang juga menjadi petanda aras pesempadanan antara dua negeri selangor dan negeri sembilan untuk ke port dickson aku melalui jalan ke bukit pelanduk

Bukit pelanduk ni popular pada ketika dulu sebenarnya dari bagan lalang takde terus jalan ke port dickson jadi kena patah balik masuk pekan sepang dan terus ke jalan bukit pelanduk dan terus keluar ke pekan lukut satu benda aku terlajak kat lukut ni untuk singgah ke kota lukut 




Mungkin bukan rezeki untuk ke kota lama lukut yang sekarang dikenali sebagai muzium kota lukut,dari pekan lukut aku terus je ke bandar pork dickson memang aku tak penah pun pergi bandar port dickson bila nampak je laut aku dah rasa seronok sebab dah sampai port dickson walaupun sesat

Mula dari bandar port dickson barulah aku tahu bahawa kat port dickson ni banyak pantai yang dijadikan tempat bersantai jadi tak pelik port dickson menjadi pilihan ramai setiap kali hari cuti memang terpesona sepanjang perjalanan terutamanya di kawasan yang berbukit membiru je air




Hilang letih menunggang jauh bila dah sampai port dickson yang juga dikenali sebagai bandar tentera darat,sepanjang pantai masa tu penuh dengan orang almaklumlah hari cuti sebelum ke pantai teluk kemang aku singgah dulu masjid di bagan pinang untuk solat asar dan berehat sebentar di sana

Oleh kerana hari pun nak senja aku pun terus ke teluk kemang untuk cari lokasi untuk tidur selepas itu barulah aku ke pantai teluk kemang untuk melihat matahari terbenam agak luas juga pantainya ini pertama kalu aku pergi sebelum ni hanya lalu je jadi tak pelik mengapa kat sini ramai sangat orang




Masa aku sampai pantai teluk kemang ni satu aku tak boleh lupa dapat melihat  pandangan yang indah apabila matahari melabuhkan tirainya inilah alam ciptaan allah s.w.t untuk hamba hambanya melihat kebesaranya cuma satu je tak berapa indah pantai teluk kemang ni banyak sangat khemah


khemah khemah untuk di sewa biasalah orang cari duitkan tapi kawasan pantai ni memang sesak dengan orang ramai masa aku sampai pun orang dah mula nak balik sebab dah nak magrib ada beberapa kedai pun mula tutup jadi sebelum balik homestay aku ambik gambar yang indah ni  dulu


Bersambung...

No comments: