Saturday, August 5, 2017
Mendaki ke bukit batu putih tanjung tuan
Selepas mendaki ke rumah api tanjung tuan aku terus turun dan ikut laluan ke bukit batu putih sebenarnya aku pun bukan tahu laluan ke bukit batu putih tanya orang dan nampak orang keluar masuk sebelum laluan ke rumah api bukit batu putih laluannya bercampur tanah dan batu
Ada masa laluan di lihat agak bahaya apa pun langkah haruslah berhati hati supaya tak terjatuh di kawasan yang curam panorama di laluan ini pun agak santai nampaklah orang keluar masuk ikut jalan itu ikut jalan ini tapi janganlah turun ikut pantai sebab resiko amatlah tinggi
Kalau naik ikut laluan pantai kemungkinan pun berisiko jugak pendek kata memang ada resiko kalau nak naik puncak pun sama juga walau bagaimana pun hendaklah berhati hati tunggu giliran dan kita pulak jangan lama sangat kat atas puncak tu bagi laluan kat orang lain pulak
Perjalanan ke puncak bukit batu putih di permudahkan dalam ramai ramai orang senang pulak dapat naik ke atas menggunakan tali kat sini pun aku rasa ada resiko tapi tulah kena banyak berhati hati sebab bentuk bumi di puncak ini adalah batu jadi kenalah dengan namanya
Selepas tiba je di atas terkejut melihat masih ramai orang kat atas puncak macam shoping mall dapatlah rehat di celah celah batu sambil menunggu giliran bergambar bolehlah melihat dulu pemandangan yang indah selat melaka dari bukit batu putih
Yang paling gila aku tak bawa bekalan air semasa mendaki ke bukit batu putih sampai je atas hari semakin panas tapi segala kehausan dan kepanasan itu di abaikan kerana keindahan yang berada di puncak bukit batu putih dengan adanya burung burung helang berterbangan
Subahanallah itu saja boleh di ucapkan ketika berada di puncak bukit batu putih melihat laut yang membiru kapal dan orang hanya kecil saja di bawah lihat bertapa kerdilnya kita sebenarnya itu lah yang aku hayati semasa berada di puncak bukit batu putih pemandangan yang takde kat tempat lain
Di tanjung tuan ni mempunyai perbagai sejarah tersembunyi ada juga dikatakan makam ulama pun ada di sini jadi kalau nak teroka habis memang kena betul betul satu hari berada di sini selepas selesai ambik gambar aku pun siap turun sekali lagi terkejut kat bawah orang dah beratur panjang
Hari semakin terang orang pun semakin ramai aku pun mula turun satu je aku nak cakap tak di galakan bawak budak kecil kecualilah berani tanggung resiko kalau nak tengok view laut boleh bawak anak anak ke rumah api tanjung tuan,lepas dah turun apa lagi pergi mandi laut lah
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment