Friday, January 22, 2016

santai di pantai bagan lalang













setibanya aku di sini pantai bagan lalang yang terletak di sepang selangor ini  waktu telah pun malam tak sempat nak tengok matahari terbenam sebab lepas magrib baru sampai inilah bila perjalanan yang tidak di rancang bergeraklah secara spontan

pendek kata main langgar je,kekadang bila kita bermusafir dengan keadaan tanpa merancang atau main redah  agak seronok dan mencabar walaupun keadaan agak sedikit kelam kabut kejap situ kejap sana dan bermacam macam transaksi yang terjadi


oleh kerana hari dah malam maka restoran makanan lautlah menjadi pilihan untuk makan malam aku cuba satu restoran makanan laut yang terletak kat tepi paling kanan pantai bagan lalang ni sambil menjamu selera boleh lah lihat laut malam macam mana

dapatlah aku tengok cahaya dari kapal dan resort avani yang terapung  berbentuk palma tu itulah yang menjadi tarikan kat pantai bagan lalang ni ada juga beberapa tempat penginapan kat sini jadi untuk tengok pantai ni waktu siang kena jugak tidur sini

cuma aku nak bagi tau restoran makanan laut kat pantai bagan lalang ni memang terbaik ada jugak spesis makanan laut yang aku pertama kali makan ada kat sini berbaloi kalau datang dari kuala lumpur semata mata nak makan makanan laut dengan angin pantai

sepanjang pantai bagan lalang ni pada waktu malam aku tengok ramai jugak pelancong yang buat khemah dan bermalam di sini siap ada yang buat bbq lagi perh memang syok aku tengok diorang ni bersantai dengan sungguh ekonomi sekali









cuma pantai bagan lalang ni tak macam kat port dickson malam pun ada lampu kat sini malam gelap gelita bab aktiviti peniagaan tu memang hiduplah sepanjang pantai ni cuma aku tengok pantai ni kualiti airnya kurang warna coklat kehitaman tapi pasir cantik

pada keesokan harinya aku pergi balik pantai bagan lalang ni barulah nampak segala galanya aku nak cakap macam mana pantai ni tak berapa syok untuk mandi pada waktu pagi,petang aku tak tahu lah macam mana keadaanya sebab aku tengok


keadaan masa aku pergi tu air semakin surut dan keadaan air berwarna coklat dan berlumpur mungkin keadaan air ini berpunca dari aliran muara sungai berdekatan sedih aku tengok dengan keadaan sampah sarap sana sini  hasil dari tangan  manusia yang tak bertanggungjawab


walau bagaimana pun pemandangan cukup mempersonakan aku yang melihatnya ternyata alam ciptaan manusia dengan allah s.w.t sangatlah berbeza aku tak pasti adakah pantai bagan lalang ni satu satunya pantai di selangor yang boleh mandi manda


sebenarnya aku belum terokai habis negeri selangor ni jadi aku tak berani nak mengesahkanya kadangkala tak guna jugak ada pembangunan tetapi alam sekitar ditarah dengam penuh rakus  aku  nak pesan kat sini  jagalah alam sekitar selok eloknya kesian sikit kat generasi mendatang

Thursday, January 14, 2016

sepetang di tanjung bidara






kali ini agak awal tiba di pantai tanjung bidara melaka mungkin dalam pukul tiga petang dengan cuaca yang agak panas terik tetapi dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa menyebabkan keadaan menjadi sedikit damai apabila di tiup angin

bertambah dengan langskap pokok yang masih terjaga menyebabkan terasa keaslian pantai ini di waktu terik mentari aku lihat ramai yang ligat bermandi manda terutamanya kanak kanak sedia maklum diwaktu cuti umum  ini memang ramai akan berkelah di sini

suasananya tak sesesak macam pantai port dickson kira tempat terbaiklah nak bermandi manda dengan kemudahan infrastruktur yang cukup dan lengkap di sini,aku tak mandi pun cuma bersantai melhat langskap semulajadi di pantai ini


sambil melihat selat melaka yang penuh dengan kapal,aku boleh tengok ada juga yang cuba memancing di sini di persisiran pantai yang mempunyai beberapa bentuk batu granit yang wujud di persisiran pantai ini mirip kawasan teluk chempedak di pahang



UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my








mungkin kawasan batu granit tempat memancing sebab aku tak nampak pun orang bermandi di sini cuma aku nak kata kawasan ni memang cantik untuk sesi fotografi sedang aku melakukan aktiviti fotografi dan videografi di tegur jugak dengan kaki pancing


di minta ambik gambar mereka kasi viral katanya,agak peramah kaki pancing di sini sambil bersantai di atas batu granit ini, korang bayangkan kali terakhir aku jejak ke pantai tanjung bidara semasa aku enam tahun aku hanya ingat pasir pantainya sahaja

yang lain lain memang aku tak ingat langsung cuma serba sedikit aku boleh imbas memori yang aku dah lupa lepas pada meronda di persisiran pantai ini sempat singgah ke medan selera yang terletak di atas bukit perkena abc sambil melihat laut


dari bersantai di atas batu granit dan di atas bukit ini aku tak rasa penat malah segala pemasalahan dan kekusutan itu hilang semuamya inilah  kelebihan alam ciptaan allah s.w.t yang mampu dijadikan sebagai terapi minda,di sini  memang menyeronokan

Monday, January 11, 2016

sepetang di kuala sepetang


                                           sumber gambar midichlorianschef.wordpress.com




sepetang di kuala sepetang memang kenalah dengan ayat sepetang bagi aku kat sini boleh di kira salah satu tempat lagenda yang misteri yang terletak di taiping korang nak tahu sampai aku di kuala sepetang ni memang betul waktu petang senja dah nak magrib,datang sini semata mata nak merasa mee udang mak jah katanya mee udang kat sini lejen salah satu tarikan untuk orang datang kat sini aku pun tak tau apa sebenarnya hanya mengikut je selepas penat beriadah di bandar taiping


sinilah tempat singgah ,apa yang aku lihat masa perjalanan ke restoran mee udang mak jah aku nampak kilang arang kayu korang tahu arang kayu ???selama ni aku tengok kilang arang kayu  tu kat dalam tv je  ini baru aku nampak depan mata nak singgah memang tak dapat dah magrib manalah tahu boleh mintak keje part time cari pengelaman,barulah aku tahu selain nelayan kilang arang kayu salah satu sumber ekonomi kat kawasan ni  mungkin udang yang di masak oleh mak jah


bersama mee nya adalah udang yang segar sampainya di sini dapat tengok penuh dengan kereta orang yang makan kat sini agak ramai al maklumlah cuti umum aku memang dah lapar dapat makan yang sempoi pun takpa nak tunggu order sampai perh punyalah lama,sampai dah azan magrib tak sampai sampai jugak sampai aku rasa dah banyak buang masa lebih baik pergi cari surau dan solat magrib walaupun musafir macam aku boleh jamak,alang alang tu aku jamak sekali dengan


UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my


isyak kat sebuah surau ni aku rasa sayu je bila sampai kat surau ni suasana sangat berbeza dekat restoran mee udang mak jah aku nampaklah beberapa geng moto singgah solat kat surau ni nampak lah ramai sikit keadaan surau ni,tandas pun tak sesak infrastruktur surau ni berbeza bagi aku mungkin sebab kerana ini pertama kali aku singgah surau di perkampungan nelayan selesai semua hal di surau ini aku pun nak beredar keluar tiba tiba ada abang ni hulur plastik yang ada bungkusan



nasi dan air kotak aku tak dapat nak tolak sebab dia dah bagi jadi aku ambik dan ucap terima kasih, kira dia sedekah lah ni macam tahu tahu je aku tengah lapar pendek kata inilah rezeki allah s.w.t turunkan sedang aku bermusafir lepas pada tu jangan kata lah wei segala mee udang,abc semua sampai atas meja  kira aku bedal semua sekali termasuk nasi ayam yang abang tu sedekah
memang segala kenyang lah aku di kuala sepetang pendek kata misi kat kuala sepetang dah tercapai


dengan lengkap siap dapat bonus lagi moralnya sesuatu yang  kita minta pada manusia tak semesti dapat tapi kalau dengan allah s.w.t insyallah pasti di tunaikan yang penting kita jangan lupa dia di mana jua kita berada yang penting kita ucap syukur dan alhamdulilah

Thursday, January 7, 2016

sepetang di pantai bagan pinang



pantai bagan pinang yang terletak di pengkalan damai atau lebih di kenali sebagai port dickson ni cukup mendamaikan tambah tambah lagi tiba masa matahari terbenam itulah panorama yang di tunggu tunggu sebelum membuka tirai malam,selepas singgah di muzium tentera darat aku tengok dari pantai teluk kemang lagi dah penuh dengan pelancong memenuhi ruang sepanjang pantai di sekitar port dickson ini kebetulan cuti sekolah dan cuti am memang lah penuh

kalau hari biasa  aku ingat tak sesak dan jem macam ni kalau nak keadaan yang tenang dan tak sesak pergilah waktu biasa yang itu waktu bekerja dan persekolahan aku jamin keadaan mesti sunyi sepi dan lebih mendamaikan minda,cuma satulah korang tak boleh tengok gelagat orang kalau asyik tengok laut dengan kapal kat selat melaka aku ingat boring jugak ok masing masing ada pilihan macam aku datang sini bukan nak mandi manda hanya singgah dan relex


UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my


jadi aku tak kalut sangat nak cari  tempat sesuai untuk mandi sampaikan tempat yang ada kemudahan tandas penuh dengan orang ramai parking pun payah cari dengan jem lagi jadi aku nasihatkan elok datang awal kalau nak mandi kat sini,cerita sebenarnya aku pun tak tahu yang pantai aku snap dalam gambar ni adalah pantai bagan pinang sebab masa tu pakai redah je yang mana ada gerai makan dan senang parking pantai bagan pinang ni letak hujung sikit selepas sebuah masjid


kira orait jugaklah nak layan matahari terbenam sambil relex makan makan sementara nak tunggu solat magrib itu pun ada yang masih mandi lagi walaupun hari dah gelap mana taknya siap ada sportlight lagi kat sini bila malam,infrastrukturnya baik dengan nama tempatnya cuma satu jelah gerai kat sini tak berpatutan dan kureng mungkin salah pilih gerai,gerai pun gerai pacak dari lori itu pun tak berpatutan,aku sarankan kalau nak pergi sini bawalah makanan dan tikar sendiri


kalau rasa ada duit banyak ada  gerai gerai berlori yang boleh korang pilih untuk bersantap sambil menlihat panorama alam ciptaan allah s.w.t yang takde kat bandaraya kuala lumpur,aku rasa nak berkhemah pun boleh jimat sikit tak payah sewa hotel terutamanya kalau waktu cuti am memang hotel akan penuh kat sini kebanyakanya yang datang sini aku tengok pelancong dari kuala lumpur dan johor jadi jika nak sini aku sarankan buatlah perancangan awal

Tuesday, January 5, 2016

sepetang di taman rekreasi empangan klang gate










sepetang  di taman rekreasi klang gate tempat ni bukan asing lagi pada aku dari kecik lagi penah bermandi manda di sini  naik basikal bersama kawan kawan, walaupun tempat ini sedikit berubah jika nak di bandingkan dengan era 90an dulu tempat ni memang best

cuma kawasan ni tak terjaga sangat macam tumbuh tumbuhan yang tumbuh di tebing sungai tidak dibersihkan supaya lebih terang macam tahun 90an dulu  lagi pun tempat ni percuma je takde bayaran akan dikenakan jika nak mandi disini aku harap ia  di teruskan sampai bila bila


aku harap pihak majlis pembandaran ampang jaya  bersihkan tempat ini dan peliharakan tempat ini dari tercemar,kalau korang nak tahu inilah ulu sungai klang yang mengalir dari empangan buatan manusia yang membekal air  di seluruh kuala lumpur dan selangor

UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my



airnya kekal jernih walaupun tak sejernih pada tahun 90 an dulu mungkin sebab lumut di pemukaan air,walaubagaimana pun ia tetap indah pada padangan aku harap tempat ni terpelihara pencemaran dari manusia tak bertamadun



walau bagaimana pun korang di larang memancing kat kawasan sungai ini mungkin kerana nak memjaga kehidupan  semulaajadi di kawasan ini dari kepupusan,bagus jugak larangan ini di buat sebab seekor ikan pun aku tak nampak berbanding dulu


jika aku kelapangan di sini destinasi yang akan kunjungi untuk terapi jiwa sebab tempat macam ni agak RARE yang masih wujud di pinggir kota  kuala lumpur,tempat ni sesuai bawa keluarga dan kawan kawan untuk bersantai pada waktu petang

Monday, January 4, 2016

sepetang di terowong replika komunis





merentasi replika terowong komunis mirip terowong di thailand dan vietnam tapi tak setinggi terowong yang jumpa kat gombak sebab kat dalam terowong ni boleh berdiri boleh muat dua buah motosikal lalu lalang dah dan telah naik taraf bagi nampak suasana sebenar

aku tak pasti mengapa pihak tentera darat buat replika terowong komunis dalam muziumnya yang terletak di port dickson ada perbagai cerita mengenai parti komunis malaya di dalam terowong ini kira nak buat macam kat betong lah


UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my

sebelum ni aku banyak terdengar cerita mengenai banyak terowong rahsia di dot dot ni mungkin ini salah satunya tapi komunis jugak dapat nama tak tau lah kalau diorang iktiraf pkm ??? kira ini salah satu khazanahnya yang terbuka pada umum 

mungkin ada banyak lagi monument monument unik yang ada dalam bumi malaysia ini,yang aku tahulah  yang buat terowong ni selain komunis,british jugak buat terowong ini semua strategi dalam peperangan tidak kira british atau komunis 

persoalan aku adakah yang membina terowong ini dari asas nusantara ??? sebenarnya masa tak cukup kalau nak baca semuanya kena lah datang sekali pada masa akan datang pendek kata muzium tentera darat memang  lokasi wajib  untuk singgah sebelum ke pantai