Friday, January 26, 2018
Jelajah selangor: Melangkah ke hulu langat part 1
Hulu langat bukanlah tempat asing lagi bagi aku, ia antara tempat yang penah aku cari makan.tapi kali ni aku nak terokai di mana terletaknya hulu sungai langat yang berakhir di banting kuala langat, kalau korang nak tahu inilah hulu sungai langat yang penamatnya boleh korang lihat dari bukit jugra sebelum aku tiba ke pangsun aku sempat berjalan di kawasan persekitaran hulu langat ni di mana korang boleh lihat kampung tradisional melayu dan pekan lama yang masih wujud di sini
Boleh aku katakan kawasan hulu langat ni kawasan lembah di sebalik bukit bakau dan gunung ganang,banyak tempat yang menarik yang boleh di jadikan pilihan untuk beriadah. kawasan sungai yang jernih masih terpilihara dan juga tidak tercemar, boleh dikatakan sumber air yang bersih masih banyak lagi yang mengalir dari hulu langat, cuma beberapa pencemaran akibat penerokaan sedikit sebanyak menjejas ekosistem yang ada di kawasan hulu langat yang menandakan marabahaya
Bersambung...
Sunday, January 14, 2018
Jelajah selangor: Merentasi ke ampang part 2
Untuk melihat realiti kepadatan pembangunan di kawasan ampang dan sekitar aku naik ke bukit ampang atau bukit langat kalau korang nak tahu bukit ampang ni laluan pintas ke hulu langat jadi dari pada ampang tak payah pusing sampai ke cheras untuk ke hulu langat dari pada bukit ampang ini jelas kelihatan panorama bandaraya kuala lumpur setibanya aku disini aku dapat melihat kehijauan yang semakin terhakis kawasan hijau di sini ibarat pulau di antara ampang cheras dan hulu langat
Dari pada sini juga jelas kelihatan bukit bakau yang menuju ke bukit belacan dan perumahan sekitar suasana siang dan malam di sini agak berbeza kerana kalau pagi dan tengahari kat kawasan tepi jalan ini takde aktiviti peniagaan tetapi jika petang dan malam akan ada aktiviti peniagaan seperti gerai gerai pacak yang menjual bermacam macam menu makanan dan minuman jadi korang boleh pilih nak relex kat sini petang atau malam untuk aktiviti photografi bukit ampang adalah pilihan terbaik
Saturday, January 13, 2018
Jelajah selangor: Merentasi ke ampang part 1
Di sebalik pembangunan yang terlalu pesat di kawasan ampang masih ada lagi kawasan hijau yang kian rakus di tarah kawasan yang aku maksudkan adalah taman rimba ampang bukit belacan setibanya aku ke sini aku dapat lihat jalan masuk ke taman rimba ini penuh dengan rumah ada juga perkampungan melayu berhampiran pintu masuk ke sini sungai mengalir yang ada di sini pun di dipanggil sungai klang sama macam yang berada di klang gate ini bermakna ada dua penghulu
Yang berada di bukit belacan ini antara penghulu kedua sungai klang setibanya aku disini hujan agak renyai walau bagaimana pun masih lagi ada yang setia beriadah di kawasan ini apa yang aku nampak keadaan sekitar agak terbiar dan terabai tapi taman rimba ini masih mempunyai tetamu kunjungan aku disini agak singkat aku dapatkan rasakan bahawa kawasan ini sepatutnya di jaga rapi kerana kat kawasan ampang ni kawasan mana lagi kau nak beriadah ini jelah rasanya yang ada
Kalau ini pun tak dapat nak jaga maka tercemarlah alam semulajadi kalau korang nak tahu kat taman rimba ampang ni pun ada loji yang membekal air bersih dan sepanjang jalan boleh kelihatan anak anak sungai yang mengalir jernih tapi projek lebuhraya ekve yang sedang galak di bina ini agak mengecewakan jelas kelihatan alam sekitar sedang rakus di tarah dengan alasan pembangunan sayanglah kawasan kecil yang indah ini di ratah tanpa belas jangan suatu hari nanti ia hanya sekadar tinggal kenangan
Friday, January 12, 2018
Jelajah selangor: Perjalanan bermula ke hulu klang part 3
Sebenarnya penjelajahan aku di hulu klang belum habis lagi ada beberapa tempat lagi yang harus di terokai kedaraan hutan simpanya di sebalik kemajuan yang semakin rakus ada lagi kawasan yang masih terpelihara dan aku mengharapkan sangat kawasan ini terus terjaga rapi walaupun kemajuan semakin hampir merakusi kawasan ini tempat yang aku maksudkan adalah kemensah di sebalik bukit tabur ini sebenarnya ada lagi penempatan perkampungan melayu yang masih wujud dapat di lihat sepanjang sungai yang mengalir dari bukit bakau ini terbinanya pondok dan chalet
Kampung kemensah ini terletak bersebelahan dengan klang gate jalan utamanya jalan menghala ke zoo negara walaupun di kawasan zoo negara pesat membangun tetapi di kampung kemensah lain pulak lanskapnya setibanya di sini aku dapat merasakan kedinginan alam yang masih terpelihara walaupun misi mencari air terjun sofea jane tidak berjaya sedikit sebanyak apa yang ada di sebalik kampung kemensah cukup membuatkan aku puas hati
Untuk ke air terjun sofea jane korang kena jungle trekking atau sewa atv tapi tak mengapalah mungkin di hari yang lain jika di izinkan tapi aku tak kecewa aku jumpa jugak air terjun tapi tak tinggi manalah tapi cukuplah tenang melihatnya ianya terletak di kemesah chalet waterfall korang akan di kenakan bayaran untuk mandi di sini oleh kerana brader tu bagi izin masuk untuk ambik gambar aku tolong promote lagi satu chalet alang kat sini pun tempat baik
Banyak lagi chalet chalet yang ada sepanjang sungai yang jernih tu korang boleh pilih nak beriadah yang mana aku tak boleh singgah semua pasal kebanyakan tempat nak masuk berbayar jadi aku singgah yang mana boleh dan di beri izin untuk masuk dan ambik gambar bagi aku kampung kemensah memang tempat terbaik jika korang singgah ke lembah klang terutamanya bila melawat zoo negara jadi orang boleh singgah beriadah dan mandi di sini
Bersambung
Thursday, January 11, 2018
Jelajah selangor: Perjalanan bermula ke hulu klang part 2
Selain mempunyai sejarah tersendiri taman rekreasi klang gate ini juga mempunyai memori juga pada aku dulu masa zaman sekolah rendah aku penah ke sini menaiki basikal untuk mandi di kawasan ini monument paling kekal di sini adalah paip air yang besar yang menjadi punca utama pembekalan air di sekitar lembah klang walaupun lanskap kawasan ini sedikit berbeza berbanding dulu air yang turun mengalir dari empangan klang gate ni tetap jernih kalau korang nak tahu inilah hulu sungai klang yang baru permula sungai yang mengalir sehingga ke muara sungai klang di pelabuhan klang hulu sungai klang yang sebetulnya ada kawasan tadahan air di belakang klang gate
Melihat hulu sungai klang yang masih terpelihara ini aku rasa agak lega cuma aku bimbang ia di cemari oleh pihak yang tak bertanggungjawab lihatlah sungai klang tak jauh dari kawasan ini sudah mula di cemari kalau sampai ke pusat bandar lagi teruk di cemari kerana itu sebagai simbolik penjelajahan aku di pelusuk negeri selangor bermula dari hulu klang kerana ia bermula dengan kejernihan jadi aku berharap kejernihan itu kekal di mana mana oleh kerana air yang jernih inilah aku memperkenalkan tempat ini kepada sedara dan kawan agar diorang tahu bahawa di sebalik pencemaran yang berlaku masih wujud lagi kejernihan
Bersambung...
Tuesday, January 9, 2018
Jelajah selangor: Perjalanan bermula ke hulu klang part 1
Alhamdulilah sudah pun menjangkau 2018 masihi persamaan 1439 hijrah akhirnya lengkap penjelajahan aku membawa kapcai merentasi seluruh pelusuk negeri selangor akhirnya rekod peribadi ini tercipta di awal 2018 selepas memecah rekod menunggang kapcai sehingga ke negeri perak, pada awalnya bermula tahun 2015 aku ingat nak pusing habis oleh kerana kekangan masa dan kewangan aku buat secara berperingkat sudahnya aku mengambil masa selama tiga tahun dalam misi jelajahan ini kekadang aku seorang kekadang aku berdua kekadang berkumpulan ikut jenis program dan situasi semasa yang pasti aku tidak penah berasa keseorangan setiap kali aku menjelajah itu yang seronok sebenarnya bermacam macam rasa dapat di rasai terutamanya semasa jelajah solo ke lumut baru baru ini, adalah beberapa tempat yang aku tak penah tahu aku baru tahu pada hari perjalanan terbabit cerita itu aku akan ceritakan dalam tajuk yang lain
Aku mulakan jelajah selangor bermula dari hulu klang oleh kerana hulu klang berhampiran mukim setapak di mana tempat aku menapak maka aku memilih untuk memulakan jelajah selangor di hulu klang di mana tempat yang aku biasa pergi adalah taman reakeasi klang gate di sini juga lokasi terletaknya kaki bukit tabur sama ada bukit tabur east ataupun bukit tabur west al kisahnya aku tak penah pun berkesempatan untuk mendaki ke puncak jika dizinkan nanti sampai lah ke puncak buat masa ni belum berkesempatan, di sini dikatakan juga terletaknya empangan pertama di tanah melayu dan di mana wujudnya sebuah terowong jalan raya yang pertama di tanah melayu yang berhubung sebuah kampung melayu yang juga penempatan awal dilembah klang kini kawasan kampung terbabit telah tenggelam menjadi sebuah tasik tadahan air yang membekal air di seluruh lembah klang panoramanya boleh di lihat dari atas puncak bukit tabur
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)