Selain mempunyai sejarah tersendiri taman rekreasi klang gate ini juga mempunyai memori juga pada aku dulu masa zaman sekolah rendah aku penah ke sini menaiki basikal untuk mandi di kawasan ini monument paling kekal di sini adalah paip air yang besar yang menjadi punca utama pembekalan air di sekitar lembah klang walaupun lanskap kawasan ini sedikit berbeza berbanding dulu air yang turun mengalir dari empangan klang gate ni tetap jernih kalau korang nak tahu inilah hulu sungai klang yang baru permula sungai yang mengalir sehingga ke muara sungai klang di pelabuhan klang hulu sungai klang yang sebetulnya ada kawasan tadahan air di belakang klang gate
Melihat hulu sungai klang yang masih terpelihara ini aku rasa agak lega cuma aku bimbang ia di cemari oleh pihak yang tak bertanggungjawab lihatlah sungai klang tak jauh dari kawasan ini sudah mula di cemari kalau sampai ke pusat bandar lagi teruk di cemari kerana itu sebagai simbolik penjelajahan aku di pelusuk negeri selangor bermula dari hulu klang kerana ia bermula dengan kejernihan jadi aku berharap kejernihan itu kekal di mana mana oleh kerana air yang jernih inilah aku memperkenalkan tempat ini kepada sedara dan kawan agar diorang tahu bahawa di sebalik pencemaran yang berlaku masih wujud lagi kejernihan
Bersambung...
No comments:
Post a Comment