Friday, January 12, 2018

Jelajah selangor: Perjalanan bermula ke hulu klang part 3




Sebenarnya penjelajahan aku di hulu klang belum habis lagi ada beberapa tempat lagi yang harus di terokai kedaraan hutan simpanya di sebalik kemajuan yang semakin rakus ada lagi kawasan yang masih terpelihara dan aku mengharapkan sangat kawasan ini terus terjaga rapi walaupun kemajuan semakin hampir merakusi kawasan ini tempat yang aku maksudkan adalah kemensah di sebalik bukit tabur ini sebenarnya ada lagi penempatan perkampungan melayu yang masih wujud dapat di lihat sepanjang sungai yang mengalir dari bukit bakau ini terbinanya pondok dan chalet




Kampung kemensah ini terletak bersebelahan dengan klang gate jalan utamanya jalan menghala ke zoo negara walaupun di kawasan zoo negara pesat membangun tetapi di kampung kemensah lain pulak lanskapnya setibanya di sini aku dapat merasakan kedinginan alam yang masih terpelihara walaupun misi mencari air terjun sofea jane tidak berjaya sedikit sebanyak apa yang ada di sebalik kampung kemensah cukup membuatkan  aku puas hati







Untuk ke air terjun sofea jane korang kena jungle trekking atau sewa atv tapi tak mengapalah mungkin di hari yang lain jika di izinkan tapi aku tak kecewa aku jumpa jugak air terjun tapi tak tinggi manalah  tapi cukuplah tenang melihatnya ianya terletak di kemesah chalet waterfall korang akan di kenakan bayaran untuk mandi di sini oleh kerana brader tu bagi izin masuk untuk ambik gambar aku tolong promote lagi satu chalet alang kat sini pun tempat baik






Banyak lagi chalet chalet yang ada sepanjang sungai yang jernih tu korang boleh pilih nak beriadah yang mana aku tak boleh singgah semua pasal kebanyakan tempat nak masuk berbayar jadi aku singgah yang mana boleh dan di beri izin untuk masuk dan ambik gambar bagi aku kampung kemensah memang tempat terbaik jika korang singgah ke lembah klang terutamanya bila melawat zoo negara jadi orang boleh singgah beriadah dan mandi di sini


Bersambung




No comments: