Tuesday, January 9, 2018
Jelajah selangor: Perjalanan bermula ke hulu klang part 1
Alhamdulilah sudah pun menjangkau 2018 masihi persamaan 1439 hijrah akhirnya lengkap penjelajahan aku membawa kapcai merentasi seluruh pelusuk negeri selangor akhirnya rekod peribadi ini tercipta di awal 2018 selepas memecah rekod menunggang kapcai sehingga ke negeri perak, pada awalnya bermula tahun 2015 aku ingat nak pusing habis oleh kerana kekangan masa dan kewangan aku buat secara berperingkat sudahnya aku mengambil masa selama tiga tahun dalam misi jelajahan ini kekadang aku seorang kekadang aku berdua kekadang berkumpulan ikut jenis program dan situasi semasa yang pasti aku tidak penah berasa keseorangan setiap kali aku menjelajah itu yang seronok sebenarnya bermacam macam rasa dapat di rasai terutamanya semasa jelajah solo ke lumut baru baru ini, adalah beberapa tempat yang aku tak penah tahu aku baru tahu pada hari perjalanan terbabit cerita itu aku akan ceritakan dalam tajuk yang lain
Aku mulakan jelajah selangor bermula dari hulu klang oleh kerana hulu klang berhampiran mukim setapak di mana tempat aku menapak maka aku memilih untuk memulakan jelajah selangor di hulu klang di mana tempat yang aku biasa pergi adalah taman reakeasi klang gate di sini juga lokasi terletaknya kaki bukit tabur sama ada bukit tabur east ataupun bukit tabur west al kisahnya aku tak penah pun berkesempatan untuk mendaki ke puncak jika dizinkan nanti sampai lah ke puncak buat masa ni belum berkesempatan, di sini dikatakan juga terletaknya empangan pertama di tanah melayu dan di mana wujudnya sebuah terowong jalan raya yang pertama di tanah melayu yang berhubung sebuah kampung melayu yang juga penempatan awal dilembah klang kini kawasan kampung terbabit telah tenggelam menjadi sebuah tasik tadahan air yang membekal air di seluruh lembah klang panoramanya boleh di lihat dari atas puncak bukit tabur
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment