Saturday, January 13, 2018
Jelajah selangor: Merentasi ke ampang part 1
Di sebalik pembangunan yang terlalu pesat di kawasan ampang masih ada lagi kawasan hijau yang kian rakus di tarah kawasan yang aku maksudkan adalah taman rimba ampang bukit belacan setibanya aku ke sini aku dapat lihat jalan masuk ke taman rimba ini penuh dengan rumah ada juga perkampungan melayu berhampiran pintu masuk ke sini sungai mengalir yang ada di sini pun di dipanggil sungai klang sama macam yang berada di klang gate ini bermakna ada dua penghulu
Yang berada di bukit belacan ini antara penghulu kedua sungai klang setibanya aku disini hujan agak renyai walau bagaimana pun masih lagi ada yang setia beriadah di kawasan ini apa yang aku nampak keadaan sekitar agak terbiar dan terabai tapi taman rimba ini masih mempunyai tetamu kunjungan aku disini agak singkat aku dapatkan rasakan bahawa kawasan ini sepatutnya di jaga rapi kerana kat kawasan ampang ni kawasan mana lagi kau nak beriadah ini jelah rasanya yang ada
Kalau ini pun tak dapat nak jaga maka tercemarlah alam semulajadi kalau korang nak tahu kat taman rimba ampang ni pun ada loji yang membekal air bersih dan sepanjang jalan boleh kelihatan anak anak sungai yang mengalir jernih tapi projek lebuhraya ekve yang sedang galak di bina ini agak mengecewakan jelas kelihatan alam sekitar sedang rakus di tarah dengan alasan pembangunan sayanglah kawasan kecil yang indah ini di ratah tanpa belas jangan suatu hari nanti ia hanya sekadar tinggal kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment