Saturday, December 31, 2016

melangkah ke tahun 2017




Sebenarnya aku dah jarang aktif kat blog ni hanya aktif kat facebook je jadi untuk permudah cara aku gandingkan blog dengan facebook page, sekali masuk cerita, nak update satu satu banyak tangan dan masa yang di perlukan padahal konsep sama je

jadi aku nak ucapkan terima kasih pada walaweh yang sudi like facebook page yang tak seberapa tu aku buat macam ni untuk semua tatapan umum dan terima kasih juga yang sudi singgah di blog gerak musafir ni semoga tahun 2017 melangkah ke hari yang lebih baik

Friday, December 30, 2016

sepetang di kota kuala muda





14 tahun dahulu bot bot nelayan inilah yang dikatakan rosak akibat di badai ombak tsunami pada 26 disember 2004 kini bot bot nelayan ini di susun dan di jadikan tugu peringatan tsunami
dalam perjalanan ke kawasan perkampungan kota kuala muda keadaan seperti tiada apa apa sejarah yang berlaku di sini sama seperti perkampungan yang biasa




bila tiba sahaja di tugu peringatan tsunami boleh di lihat beberapa buah rumah yang musnah masih kekal sehingga kini menjadi tatapan dan ingatan yang bahawa perkampungan ini
dahulunya penah di landa satu musibah yang besar kini boleh di lihat semangat penduduk di sini sememangnya kuat dengan perkampungan ini pulih sepenuhnya




dengan terbinanya banyak rumah di persisiran pantai bagi aku tak semua mampu hadapi macam mana mereka semua hadapi tak sangka ombak mampu memecahkan binaan batu yang kukuh

terbit rasa keinsafan kat situ tiada yang lebih kuat selain dari ia kawasan pantai ni sebenarnya best nampak pulau pinang dari jauh tapi sayang kawasan pantai tidak di naik taraf

kalau naik taraf boleh jadi tempat pelancongan pendudukan tempatan boleh menambah penjanaan ekonomi buat chalet ke ??? rumah tumpangan ke ??? takde hambar

Wednesday, November 9, 2016

santai di padang pasir klebang






Selepas bermusafir hampir seluruh negeri melaka Dari sungai udang terus ke klebang
Hari tu tak sempat ke padang pasir pantai klebang sebab bekejar ke pengkalan balak
Sampai kat sini dalam tengahari macam biasa cuaca panas menyinari tetapi angin agak kuat
Boleh aku katakan longgokan pasir yang di sedut Dari laut Dan di letakan di sini tak ubah

Seperti lombong pasir yang ada di persisiran sungai semantan cuma kawasanya besar
Dan tak ubah Kelihatan seperti padang pasir mungkin pasir ini bakal digunakan bagi tujuan
Membesarkan kawasan pantai klebang atau digunakan untuk pembangunan yang lain
Aku perhatikan pintu masuk kawasan ini seperti kawasan larangan yang di ceroboh




Walau bagaimana pun ia tetap menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar
Aku tak pasti adakah kawasan ini dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa atau tidak
Sebab jalan ke sini agak teruk silap silap kenderaan boleh sangkut kalau tak kena gaya
pasal keselamatan pulak adalah tanggungjawab sendiri masa aku pergi sini takde tanda jerlus


Kalau hujan aku tak tahu cuma ada satu lopak biru di sebalik timbunan pasir berbukit ni
Agak tinggi menarik Dan indah berhadapan pulak Dengan laut tiupan angin yang kencang
Ada jugak rasa cuak pada mulanya kerana nak meneroka aku fikir positif je Bila aku berjalan di 
pertengahan rasa macam dalam filem starwars sebab pasirnya  yang putih





Dengan tiupan angin yang kencang di selangi dengan perarakan awan ia sungguh
Mengujakan aku lalu aku terus mendaki ternampak satu lopak biru yang menarik
Aku terus mendaki lagi ke puncak tertinggi timbunan pasir untuk melihat pemandangan
Bila sampai ke puncak dah rasa macam sampai ke puncak everest sungguh terpesona dibuatnya

Itulah misi aku yang sebenar nak melihat pemandangan indah Dari padang pasir klebang
Walaupun panas puas hati santai kat sini kebanyakan pengunjung akan buat aktiviti fotografi kat
kawasan ini tipulah Kalau kata tak cantik jadi tak pelik kawasan ni jadi lokasi pengambaran jika
lokasi ini di tutup seperti bustel klebang bermakna makin hilang seri lah tarikan ke pantai klebang

Monday, November 7, 2016

santai di pantai pengkalan balak




Sampai je pantai pangkalan balak Dari pantai klebang hari telah pun senja walau bagaimana pun Sempat jugak pergi ke pantai ini melihat matahari terbenam suasana agak mendayu Pergi waktu cuti sekolah alamatnya memang ramai dan penuh jadi rancanglah perancangan itu  awal

Pantai pangkalan balak ni di huni kawasan perkampungan tradisional melayu Boleh lihat bot di persisir pantai antara pekerjaan mereka adalah nelayan satu kawasan yang unit Semoga perkampungan ini kekal Dari anasir luar sebab industri pelancongan sini kian naik

Aku masih ingat masa nak beli burger kat pantai ni aku terkejut bunyi hempasan ombak Nampak sangat dah lama tak tengok laut nasib masa tu dah waktu magrib Sambil tunggu burger masak di bawah cahaya neon dapat hadap langit jingga tenang je rasa Lepas tu meronda sikit



sampai balai polis  depan tu pastu patah balik keluar balik bilik sewa semalam je kat sini
sebab bilik ni dah ada orang lain tempah ini pun mujur dapat sewa semalam Kalau tak memang tak merasa aku ke pantai pangkalan balak lain Kali kalau  takde perancangan bawak je khemah

Korang boleh tidur berapa hari korang nak tidur kalau dah berkhemah kat tepi pantai ni jangan berkhemah kat tempat parking bot nelayan sudah marah pulak pak cik kat sini sebenarnya tempat aku tidur ni  Jauh sikit Dari pantai tapi boleh jalan kaki ke pantai sayangnya tak lama aku kat sini

Jadi tak dapat nak teroka sangat perkampungan nelayan ni walau bagaimana pun tempat ni best malam tu lepas solat makan burger tengok tv sikit pastu tidur sebab  esok kena  bangun awal Nak mandi laut  itulah yang dirancang sebab semalam lambat sampai ini semua klebang punya pasal




UNTUK PERKHIDMATAN TEMPAHAN GAMBAR UKURAN PASPORT TERMURAH KLIK SINI


Pagi tu siap ke pantai sebelum kena keluar bilik sewa cari tempat sarapan jumpa satu Warung Menu pun sedap harga pun ok nampak lah realiti kehidupan perkampungan nelayan Lepas sarapan aku jalan jalan di persisiran pantai pangkalan balak agak ramai pengunjung masa ni

Macam macam ragam dapat di lihat cuma aku nak jogging tak jadi sebab persisiran terhad
Pantainya tak besar di penuhi orang berkelah dan Kaki  pancing memang nampak meriah pantai pengkalan balak walaupun waktu masih lagi  pagi kalau petang mesti lagi meriah 

Aku agak cuak jugak dengan air bertambah ombak agak deras oleh kerana jarang jumpa laut
Aku mandi jugak sebab jarang dapat peluang jumpa pantai yang sesuai untuk mandi
Jadi lepas dah seronok mandi manda aku terus ke bilik sewa untuk siap nak keluar

Dari bilik Korang bayang masa siap nak keluar tertiba dah ada orang datang nak masuk yang ni klako
Laris bhai bilik sewa kat sini aku rasa pemilik pun tak siap kemas lagi masa aku baru je keluar
Puas hati santai kat sini cumanya tempoh terlampau singkat lepas tu berkelana ke sungai udang







Friday, July 29, 2016

sepetang di pantai klebang


tiba je ke pantai klebang korang boleh tengok  suasana kat sini  menjadi tumpuan umum dikatakan pantai klebang yang asalnya dekat sebelah medan selera tepi jalan tu tetapi telah di tambak sehingga luas ke depan maka jadilah dataran satu malaysia muzium kapal selam,bustel melaka,padang pasir

kat kawasan bustel melaka ni ada medan selera, hotel semua dah ada  yang unik hotelnya di bina di dalam bas tempat lain takde rasanya restoran pun ada di bina di dalam bas inilah uniknya pantai klebang dari pantai pantai yang lain inovatif paling baik aku penah tengok

yalah dari bas tu buang tak guna baik inovatifkan dengan corak pelancongan yang boleh menjana pendapatan,pantai ni kalau petang dan hujung minggu memang penuh dengan orang sampai jem lah kalau nak masuk ke kawasan bustel melaka ni


UNTUK PERKHIDMATAN FOTOSTAT DOKUMEN DAN SCAN  KLIK SINI






pantai ni nampak macam tak sesuai nak mandi mungkin sebab pantai ni ditambak nampak macam curam tapi ada jugak yang main main air kat tepi tu untuk keselamatan elok tak payah cukuplah berkelah main pasir pantai dan layang layang hadap angin  laut yang membayu sambil selfie


sekejap je kunjungan kat pantai ni  lepas makan tengahari tu sempat singgah muzium kapal selam dan tengok tengok suasana bustel melaka ni nak pergi padang pasir pun tak sempat kalau ikutkan ini semua pasal sesat cari restoran dan coconut shake batu berendam masa terbuang kat situ


memandangkan hari semakin gelap jadi terpaksalah bergerak ke pengkalan balak sebab hari kian malam takut tersesat lagi masak kalau tersesat di waktu malam kadang kala waze gan gps ni tak boleh pakai sangat sebab tak semua tempat ada internet

Thursday, July 14, 2016

sepetang di pantai teruntum





nak ke pantai teruntum ada satu simpang berdekatan kelab golf di raja kalau dari teluk chempedak memang melalui kawasan ni  dan korang boleh masuk simpang ke kiri

kat sini boleh di lihat kelab golf di raja kawasan berdekatan siap ada taman zoo mini pun ada kat sini antara kawasan bersantai yang menjadi tarikan di kuantan








apa yang aku lihat masa ni air laut sangat membiru mungkin dari cuaca yang agak panas pada ketika itu dengan angin betiup penuh membayu sesuai sangatlah untuk tenangkan jiwa


pantai teruntum ni masa aku pergi air kelihatan surut kawasan macam selut takde pulak nampak orang mandi mungkin tak berapa sesuai jika nak di bandingkan dengan kawasan teluk chempedak


sekadar nak bersantai  berkelah makan tepi pantai agak sesuai sebab kawasan ni tak seramai teluk chempedak hari lain aku tak tahu sebab aku tengok kawasan ni hambar ada bangunan tapi usang

Tuesday, March 1, 2016

santai di pantai teluk chempedak







pantai teluk chempedak bukanlah pantai asing lagi antara pantai yang dikenali ramai di kuantan pahang ni sampainya aku di sini pada hari pertama

petang pada ketika itu aku melihat suasana meriah dan ramai dengan pengunjung  parking jangan cakap memang penuh kalau setakat nak pusing pusing tu ok lagi

cuma bila nak masuk dalam tu kena hadap jem baru aku tahu kat sini lagi nak malam lagi ramai kot bertambah waktu cuti biasalah waktu ini  pasti sesak

dan selepas berbincang di utuskan akan bersantai di sini pada waktu esoknya jadi bermusafirlah aku pada esoknya di waktu tengahari sebelum pulang ke arah kuala lumpur

macam macam aku dengar cerita pasal pantai teluk chempedak ni pantainya agak cantik dengan pasirnya yang putih infrastruktur yang lengkap

terpukau seketika melihat kebesaran ciptaan allah s.w.t merasa angin pantai timur dengan sungguh damai sekali memang sangat sesuai untuk bersantai











cuma tak di galakan mandi sebab aku tengok faktor geografi pantai dan ombak yang besar ikut musim jugak lah tapi aku tengok ramai je mandi

kau tak kaji sangat faktor pantai ni cuma aku dapat info pantai ni banyak kes lemas kalau nak mandi jugak jangan mandi jauh sangat mandi kat tepi sudah

aku paling suka bila meniti kat kawasan titian yang ada batu bata granit ni sungguh terpesona melihat ombak melambai lambai dari titian ini

kalau jadi tempat memancing ok rasanya kat belah hujung pulak memang ada kawasan mandi manda  siap dengan infastruktur sekali jadi tak perlu risau pasal tu

selepas puas menerokai persisiran pantai teluk chempedak terus  ke arah  pantai teruntum terasa agak  penat tapi itulah adat mereka yang bermusafir


Friday, January 22, 2016

santai di pantai bagan lalang













setibanya aku di sini pantai bagan lalang yang terletak di sepang selangor ini  waktu telah pun malam tak sempat nak tengok matahari terbenam sebab lepas magrib baru sampai inilah bila perjalanan yang tidak di rancang bergeraklah secara spontan

pendek kata main langgar je,kekadang bila kita bermusafir dengan keadaan tanpa merancang atau main redah  agak seronok dan mencabar walaupun keadaan agak sedikit kelam kabut kejap situ kejap sana dan bermacam macam transaksi yang terjadi


oleh kerana hari dah malam maka restoran makanan lautlah menjadi pilihan untuk makan malam aku cuba satu restoran makanan laut yang terletak kat tepi paling kanan pantai bagan lalang ni sambil menjamu selera boleh lah lihat laut malam macam mana

dapatlah aku tengok cahaya dari kapal dan resort avani yang terapung  berbentuk palma tu itulah yang menjadi tarikan kat pantai bagan lalang ni ada juga beberapa tempat penginapan kat sini jadi untuk tengok pantai ni waktu siang kena jugak tidur sini

cuma aku nak bagi tau restoran makanan laut kat pantai bagan lalang ni memang terbaik ada jugak spesis makanan laut yang aku pertama kali makan ada kat sini berbaloi kalau datang dari kuala lumpur semata mata nak makan makanan laut dengan angin pantai

sepanjang pantai bagan lalang ni pada waktu malam aku tengok ramai jugak pelancong yang buat khemah dan bermalam di sini siap ada yang buat bbq lagi perh memang syok aku tengok diorang ni bersantai dengan sungguh ekonomi sekali









cuma pantai bagan lalang ni tak macam kat port dickson malam pun ada lampu kat sini malam gelap gelita bab aktiviti peniagaan tu memang hiduplah sepanjang pantai ni cuma aku tengok pantai ni kualiti airnya kurang warna coklat kehitaman tapi pasir cantik

pada keesokan harinya aku pergi balik pantai bagan lalang ni barulah nampak segala galanya aku nak cakap macam mana pantai ni tak berapa syok untuk mandi pada waktu pagi,petang aku tak tahu lah macam mana keadaanya sebab aku tengok


keadaan masa aku pergi tu air semakin surut dan keadaan air berwarna coklat dan berlumpur mungkin keadaan air ini berpunca dari aliran muara sungai berdekatan sedih aku tengok dengan keadaan sampah sarap sana sini  hasil dari tangan  manusia yang tak bertanggungjawab


walau bagaimana pun pemandangan cukup mempersonakan aku yang melihatnya ternyata alam ciptaan manusia dengan allah s.w.t sangatlah berbeza aku tak pasti adakah pantai bagan lalang ni satu satunya pantai di selangor yang boleh mandi manda


sebenarnya aku belum terokai habis negeri selangor ni jadi aku tak berani nak mengesahkanya kadangkala tak guna jugak ada pembangunan tetapi alam sekitar ditarah dengam penuh rakus  aku  nak pesan kat sini  jagalah alam sekitar selok eloknya kesian sikit kat generasi mendatang

Thursday, January 14, 2016

sepetang di tanjung bidara






kali ini agak awal tiba di pantai tanjung bidara melaka mungkin dalam pukul tiga petang dengan cuaca yang agak panas terik tetapi dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa menyebabkan keadaan menjadi sedikit damai apabila di tiup angin

bertambah dengan langskap pokok yang masih terjaga menyebabkan terasa keaslian pantai ini di waktu terik mentari aku lihat ramai yang ligat bermandi manda terutamanya kanak kanak sedia maklum diwaktu cuti umum  ini memang ramai akan berkelah di sini

suasananya tak sesesak macam pantai port dickson kira tempat terbaiklah nak bermandi manda dengan kemudahan infrastruktur yang cukup dan lengkap di sini,aku tak mandi pun cuma bersantai melhat langskap semulajadi di pantai ini


sambil melihat selat melaka yang penuh dengan kapal,aku boleh tengok ada juga yang cuba memancing di sini di persisiran pantai yang mempunyai beberapa bentuk batu granit yang wujud di persisiran pantai ini mirip kawasan teluk chempedak di pahang



UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my








mungkin kawasan batu granit tempat memancing sebab aku tak nampak pun orang bermandi di sini cuma aku nak kata kawasan ni memang cantik untuk sesi fotografi sedang aku melakukan aktiviti fotografi dan videografi di tegur jugak dengan kaki pancing


di minta ambik gambar mereka kasi viral katanya,agak peramah kaki pancing di sini sambil bersantai di atas batu granit ini, korang bayangkan kali terakhir aku jejak ke pantai tanjung bidara semasa aku enam tahun aku hanya ingat pasir pantainya sahaja

yang lain lain memang aku tak ingat langsung cuma serba sedikit aku boleh imbas memori yang aku dah lupa lepas pada meronda di persisiran pantai ini sempat singgah ke medan selera yang terletak di atas bukit perkena abc sambil melihat laut


dari bersantai di atas batu granit dan di atas bukit ini aku tak rasa penat malah segala pemasalahan dan kekusutan itu hilang semuamya inilah  kelebihan alam ciptaan allah s.w.t yang mampu dijadikan sebagai terapi minda,di sini  memang menyeronokan

Monday, January 11, 2016

sepetang di kuala sepetang


                                           sumber gambar midichlorianschef.wordpress.com




sepetang di kuala sepetang memang kenalah dengan ayat sepetang bagi aku kat sini boleh di kira salah satu tempat lagenda yang misteri yang terletak di taiping korang nak tahu sampai aku di kuala sepetang ni memang betul waktu petang senja dah nak magrib,datang sini semata mata nak merasa mee udang mak jah katanya mee udang kat sini lejen salah satu tarikan untuk orang datang kat sini aku pun tak tau apa sebenarnya hanya mengikut je selepas penat beriadah di bandar taiping


sinilah tempat singgah ,apa yang aku lihat masa perjalanan ke restoran mee udang mak jah aku nampak kilang arang kayu korang tahu arang kayu ???selama ni aku tengok kilang arang kayu  tu kat dalam tv je  ini baru aku nampak depan mata nak singgah memang tak dapat dah magrib manalah tahu boleh mintak keje part time cari pengelaman,barulah aku tahu selain nelayan kilang arang kayu salah satu sumber ekonomi kat kawasan ni  mungkin udang yang di masak oleh mak jah


bersama mee nya adalah udang yang segar sampainya di sini dapat tengok penuh dengan kereta orang yang makan kat sini agak ramai al maklumlah cuti umum aku memang dah lapar dapat makan yang sempoi pun takpa nak tunggu order sampai perh punyalah lama,sampai dah azan magrib tak sampai sampai jugak sampai aku rasa dah banyak buang masa lebih baik pergi cari surau dan solat magrib walaupun musafir macam aku boleh jamak,alang alang tu aku jamak sekali dengan


UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my


isyak kat sebuah surau ni aku rasa sayu je bila sampai kat surau ni suasana sangat berbeza dekat restoran mee udang mak jah aku nampaklah beberapa geng moto singgah solat kat surau ni nampak lah ramai sikit keadaan surau ni,tandas pun tak sesak infrastruktur surau ni berbeza bagi aku mungkin sebab kerana ini pertama kali aku singgah surau di perkampungan nelayan selesai semua hal di surau ini aku pun nak beredar keluar tiba tiba ada abang ni hulur plastik yang ada bungkusan



nasi dan air kotak aku tak dapat nak tolak sebab dia dah bagi jadi aku ambik dan ucap terima kasih, kira dia sedekah lah ni macam tahu tahu je aku tengah lapar pendek kata inilah rezeki allah s.w.t turunkan sedang aku bermusafir lepas pada tu jangan kata lah wei segala mee udang,abc semua sampai atas meja  kira aku bedal semua sekali termasuk nasi ayam yang abang tu sedekah
memang segala kenyang lah aku di kuala sepetang pendek kata misi kat kuala sepetang dah tercapai


dengan lengkap siap dapat bonus lagi moralnya sesuatu yang  kita minta pada manusia tak semesti dapat tapi kalau dengan allah s.w.t insyallah pasti di tunaikan yang penting kita jangan lupa dia di mana jua kita berada yang penting kita ucap syukur dan alhamdulilah

Thursday, January 7, 2016

sepetang di pantai bagan pinang



pantai bagan pinang yang terletak di pengkalan damai atau lebih di kenali sebagai port dickson ni cukup mendamaikan tambah tambah lagi tiba masa matahari terbenam itulah panorama yang di tunggu tunggu sebelum membuka tirai malam,selepas singgah di muzium tentera darat aku tengok dari pantai teluk kemang lagi dah penuh dengan pelancong memenuhi ruang sepanjang pantai di sekitar port dickson ini kebetulan cuti sekolah dan cuti am memang lah penuh

kalau hari biasa  aku ingat tak sesak dan jem macam ni kalau nak keadaan yang tenang dan tak sesak pergilah waktu biasa yang itu waktu bekerja dan persekolahan aku jamin keadaan mesti sunyi sepi dan lebih mendamaikan minda,cuma satulah korang tak boleh tengok gelagat orang kalau asyik tengok laut dengan kapal kat selat melaka aku ingat boring jugak ok masing masing ada pilihan macam aku datang sini bukan nak mandi manda hanya singgah dan relex


UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my


jadi aku tak kalut sangat nak cari  tempat sesuai untuk mandi sampaikan tempat yang ada kemudahan tandas penuh dengan orang ramai parking pun payah cari dengan jem lagi jadi aku nasihatkan elok datang awal kalau nak mandi kat sini,cerita sebenarnya aku pun tak tahu yang pantai aku snap dalam gambar ni adalah pantai bagan pinang sebab masa tu pakai redah je yang mana ada gerai makan dan senang parking pantai bagan pinang ni letak hujung sikit selepas sebuah masjid


kira orait jugaklah nak layan matahari terbenam sambil relex makan makan sementara nak tunggu solat magrib itu pun ada yang masih mandi lagi walaupun hari dah gelap mana taknya siap ada sportlight lagi kat sini bila malam,infrastrukturnya baik dengan nama tempatnya cuma satu jelah gerai kat sini tak berpatutan dan kureng mungkin salah pilih gerai,gerai pun gerai pacak dari lori itu pun tak berpatutan,aku sarankan kalau nak pergi sini bawalah makanan dan tikar sendiri


kalau rasa ada duit banyak ada  gerai gerai berlori yang boleh korang pilih untuk bersantap sambil menlihat panorama alam ciptaan allah s.w.t yang takde kat bandaraya kuala lumpur,aku rasa nak berkhemah pun boleh jimat sikit tak payah sewa hotel terutamanya kalau waktu cuti am memang hotel akan penuh kat sini kebanyakanya yang datang sini aku tengok pelancong dari kuala lumpur dan johor jadi jika nak sini aku sarankan buatlah perancangan awal

Tuesday, January 5, 2016

sepetang di taman rekreasi empangan klang gate










sepetang  di taman rekreasi klang gate tempat ni bukan asing lagi pada aku dari kecik lagi penah bermandi manda di sini  naik basikal bersama kawan kawan, walaupun tempat ini sedikit berubah jika nak di bandingkan dengan era 90an dulu tempat ni memang best

cuma kawasan ni tak terjaga sangat macam tumbuh tumbuhan yang tumbuh di tebing sungai tidak dibersihkan supaya lebih terang macam tahun 90an dulu  lagi pun tempat ni percuma je takde bayaran akan dikenakan jika nak mandi disini aku harap ia  di teruskan sampai bila bila


aku harap pihak majlis pembandaran ampang jaya  bersihkan tempat ini dan peliharakan tempat ini dari tercemar,kalau korang nak tahu inilah ulu sungai klang yang mengalir dari empangan buatan manusia yang membekal air  di seluruh kuala lumpur dan selangor

UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my



airnya kekal jernih walaupun tak sejernih pada tahun 90 an dulu mungkin sebab lumut di pemukaan air,walaubagaimana pun ia tetap indah pada padangan aku harap tempat ni terpelihara pencemaran dari manusia tak bertamadun



walau bagaimana pun korang di larang memancing kat kawasan sungai ini mungkin kerana nak memjaga kehidupan  semulaajadi di kawasan ini dari kepupusan,bagus jugak larangan ini di buat sebab seekor ikan pun aku tak nampak berbanding dulu


jika aku kelapangan di sini destinasi yang akan kunjungi untuk terapi jiwa sebab tempat macam ni agak RARE yang masih wujud di pinggir kota  kuala lumpur,tempat ni sesuai bawa keluarga dan kawan kawan untuk bersantai pada waktu petang

Monday, January 4, 2016

sepetang di terowong replika komunis





merentasi replika terowong komunis mirip terowong di thailand dan vietnam tapi tak setinggi terowong yang jumpa kat gombak sebab kat dalam terowong ni boleh berdiri boleh muat dua buah motosikal lalu lalang dah dan telah naik taraf bagi nampak suasana sebenar

aku tak pasti mengapa pihak tentera darat buat replika terowong komunis dalam muziumnya yang terletak di port dickson ada perbagai cerita mengenai parti komunis malaya di dalam terowong ini kira nak buat macam kat betong lah


UNTUK PERBAGAI SERVICE DAN PERKHIDMATAN LAYARIhttp://airmieriodesign.blogspot.my

sebelum ni aku banyak terdengar cerita mengenai banyak terowong rahsia di dot dot ni mungkin ini salah satunya tapi komunis jugak dapat nama tak tau lah kalau diorang iktiraf pkm ??? kira ini salah satu khazanahnya yang terbuka pada umum 

mungkin ada banyak lagi monument monument unik yang ada dalam bumi malaysia ini,yang aku tahulah  yang buat terowong ni selain komunis,british jugak buat terowong ini semua strategi dalam peperangan tidak kira british atau komunis 

persoalan aku adakah yang membina terowong ini dari asas nusantara ??? sebenarnya masa tak cukup kalau nak baca semuanya kena lah datang sekali pada masa akan datang pendek kata muzium tentera darat memang  lokasi wajib  untuk singgah sebelum ke pantai