Monday, September 17, 2018
Jelajah selangor:Sekilas ke sabak bernam
Siri penjelajahan aku ke sabak bernam hanya sekilas, kerana aku melalui sabak bernam untuk ke lumut. bagi melengkap siri jelajah selangor, aku lalui juga daerah sabak bernam. untuk mengembara melihat suasana setempat yang jarang jarang aku jejaki. walaupun perjalanan mengambil masa yang agak panjang, aku rempuhi jua semata mata mahu menjelajah sehingga ke sempadan negeri perak. sepanjang jalan ke sabak bernam, bermula dari sekinchan korang akan melihat sawah padi dan suasana yang pesat membangun, giat di penuhi industri peniagaan.
Perjalanan aku kali ini agak mencabar apabila aku melalui jalan yang sedang di naiktaraf, melalui jalan yang mempunyai kampung kampung tradisional dan ladang kepala sawit di sekelilingnya. terasa kedinginan bayu desa, sebuah suasana baru yang dapat aku rasakan apabila melalui sepanjang jalan ini. aku tak sangka daerah sabak bernam ini agak besar, sebenarnya banyak tempat tarikan di daerah ini yang tak kesempatan untuk aku singgah. selepas melalui pekan sabak bernam aku terus melintasi jambatan sungai bernam sebagai penutup perjalanan aku didaerah ini.
Sunday, September 16, 2018
Jelajah selangor:Mengharung ke kuala selangor part 2
Bukit jeram terletak dipantai jeram berhampiran muara sungai buloh korang akan nampak bukit jeram jika korang melalui jalan ke pekan kuala selangor. tapi aku tak banyak infomasi yang jelas mengenai bukit jeram,mungkin keadaanya tidak terurus dan bersemak samun. sumber yang aku terbaca mengatakan bukit jeram penah menjadi pusat pentadbiran semasa dizaman empayar kesultanan melaka. di sebalik geografi yang mendatar di sekitar jeram membuatkan bukit jeram jelas kelihatan antara tempat yang tertinggi, jadi aku teruskan perjalanan ke bukit malawati.
Setibanya di bukit malawati aku memilih untuk naik sendiri ke atas. kalau korang sampai dikaki bukit malawati korang boleh pilih untuk naik keretapi dan bayaran akan di kenakan, bagi aku lebih banyak dapat di terokai jika mendaki sendiri cuma terasa penatlah. di atas bukit malawati masih jelas kelihatan kesan kesan sejarah sebuah kota yang bernama malawati. antara pusat pentadbiran pertama setelah wujudkan kesultanan selangor, jadi inilah kota pertama bagi kerajaan selangor. di atas bukit yang berbatuan ini terdapat perbagai binaan sejarah termasuk sebuah rumah api.
Itulah istimewanya bukit malawati terdapat banyak kesan binaan bersejarah yang bercampur aduk termasuklah dari penjajah belanda dan british. mengikut catatan sejarah kota malawati antara kota yang menjadi perebutan ramai pihak, ada beberapa binaan lama yang masih boleh di lihat sehingga kini. antaranya adalah telaga tujuh, perigi beracun,rumah api dan bangunan binaan british yang kini dijadikan sebagai muzium daerah kuala selangor. ada juga beberapa pucuk meriam voc peninggalan belanda, selain itu ada juga gerbang kota malawati dan tangga seratus.
Terdapat juga binaan baru seperti baituhilal yang dijadikan sebagai balai cerap untuk melihat anak bulan, di atas puncak bukit malawati ini korang boleh melihat sebuah panorama muara sungai selangor menghala ke perairan selat melaka. terlihat juga bentuk geografi tanah yang mendatar disekeliling daerah kuala selangor, ini sebuah bukti yang kukuh mengapa bukit malawati di jadikan sebagai pusat pentadbiran bagi negeri selangor. di sini juga terdapat makam di raja bukit malawati yang boleh di lawati oleh pengunjung yang naik ke atas bukit ini.
Di sebalik serpihan kota ini dikatakan terdapat sebuah gua,tapi kunjungan aku di sini tidak menemuinya mungkin ia telah tersorok oleh semak samun. masih jelas beberapa kesan tangga binaan lama ke kubu kota dan ke busut malawati, walaupun ia hanya tinggal sejarah kota malawati masih menjadi tarikan ramai kerana mempunyai penghuni yang mesra dengan manusia.yang di maksudkan adalah monyet yang ada di sini bila korang sampai di atas bukit ini monyet monyet inilah yang akan sambut kedatangan korang ia sebuah terapi minda bila manusia dapat berinteraksi dengan haiwan.
Saturday, September 15, 2018
Jelajah selangor:Mengharung ke kuala selangor part 1
Perjelajahan aku ke daerah kuala selangor bermula di sebuah tempat yang bernama jeram, kalau korang nak tahu kawasan ini dikatakan antara pusat pentadbiran terawal pada zaman empayar kesultanan melaka. ini bermakna jeram telah pun wujud sebelum zaman kesultanan selangor. walaupun disini tidak kelihatan kesan kesan sejarah,disepanjang laluan persisiran dari pantai remis sehingga pantai jeram jelas kelihatan jeram antara kawasan yang mempunyai kedudukan lojistik yang strategik bagi kapal kapal dagang ia juga terletak di antara klang dan kuala selangor.
Antara pantai yang sempat aku singgah adalah pantai remis, antara pantai yang agak popular juga di kawasan kuala selangor. selain dari itu di sebelahan ada sebuah pantai bernama pantai jeram, antara tempat popular kalau nak makan ikan bakar.kawasan pantai remis mempunyai infrastruktur yang sedang membangun kemudahan kedai makan,tandas awam dan pasar siang pun ada disini. jadi bawa duit jelah bila datang singgah ke pantai remis, nak berkelah pun boleh cuma pantai ini berlumpur dan berbatu tidak sesuai untuk bermandi manda tetapi sangat sesuai untuk bersantai.
Kalau korang tak bawak kemudahan untuk berkelah, jangan risau kat sini ada juga beberapa medan selera yang korang boleh singgah untuk makan dan minum sambil layan pemandangan laut. aku lebih suka singgah diwarung berdekatan yang terletak di kawasan agak terpencil, sambil tu korang boleh rasa suasana perkampungan nelayan walaupun kat sini ada beberapa je buah rumah. dari pantai remis korang boleh nampak beberapa buah pulau yang aku sendiri pun tak tahu apa nama pulau tu,yang pasni panorama dan suasana di sini memang mendamaikan sesuai untuk terapi minda.
Aku memenuhi masa yang ada untuk meneroka di sekitar pantai remis.kawasan pantainya agak panjang dan berbatu,aktiviti pantai yang aku lihat sesuai di lakukan di sini adalah bermain layang layang dan memancing itu pun jika air pasang.selain dari itu ada juga beberapa intrastruktur yang baru di bina mungkin sebagai kemudahan baru di pantai remis,tanpa membuang masa aku terus bergerak ke destinasi seterusnya, semasa dalam perjalanan aku ternampak sebuah bukit yang bernama bukit jeram yang dikatakan menyimpan sejarah tersembunyi.
Bersambung...
Tuesday, September 11, 2018
Jelajah selangor:Merintis ke petaling
Daerah petaling antara daerah yang dah sinonim dalam hidup aku.antara daerah termaju di negeri selangor, terletak bersebelahan dengan ibu negara malaysia. yang itu wilayah persekutuan kuala lumpur, di daerah petaling juga terletaknya ibu negeri bagi negeri selangor, yang itu shah alam. kalau nak cerita pasal siri jelajah di petaling,memang dah banyak kali dah. itu semua jelajah berkaitan dengan komitmen kerja, bukan jelajah santai seperti mana di daerah lain. untuk memenuhi slot catatan jelajah selangor aku singgah ke sebuah tempat yang boleh dikatakan popular di petaling, apa yang menyebabkan ia popular? mungkin satu je bandar seperti ini di malaysia.
Tempat yang aku maksudkan adalah I-city shah alam, sebuah bandar yang penuh dilimpahi dengan sinaran lampu pada malamnya. kalau korang nak tahu jarak I-city ni tak jauh dengan daerah klang, oleh kerana I-city terletak di seksyen 7 shah alam, maka ia termasuk di kawasan petaling. laluan jelajah aku di petaling, aku memilih singgah ke sini kerana I-city terletak disebelahan lebuhraya persekutuan. lokasinya yang strategik maka tidak sukar untuk mencari lokasi bandar bercahaya ini. aku dah biasa sangat dengan dunia bandar sekali sekala bila masuk ke sini terasa bezanya.
Apa yang bezanya di bandar I-city, adalah terlalu banyak cahaya lampu yang menyebabkan mata aku menjadi silau, tapi aku layankan jugak kerana itulah tarikan utama di I-city. ibarat fun fair moden itulah boleh aku katakan pada bandar ini,yang bergitu ceria terutamanya pada waktu malam.jadi bila sampai ke sini sediakan duit secukupnya kerana disini banyak tempat yang harus di bayar. sebenarnya kat petaling ni banyak lagi tempat yang menarik di kawasan sekitar shah alam,subang jaya,puchong,damansara,petaling jaya dan sungai buloh, kebanyakan tempat membabitkan kompleks membeli belah. jadi bagi aku petaling ini adalah sebuah kota rintisan pada zaman kini.
Monday, September 10, 2018
Jelajah selangor:Mempelopori ke klang part 2
Perjalanan ke pulau indah dari tanjung harapan melalui dua jambatan yang boleh dikatakan paling penting di daerah klang. sering kali korang akan berselisih dengan lori treler yang membawa kontena, ini perkara yang biasa, kerana di pulau indah juga mempunyai sebuah lagi pelabuhan yang di kenali sebagai pelabuhan klang free zone (pkfz) dengan keadaan jalan yang kurang memuaskan. aku harungi jua untuk sampai ke pantai tanjung piai, selepas melalui lebuhraya pulau indah aku melalui beberapa perkampungan tradisional yang mempunyai tanaman kelapa sawit.
Sebelum itu aku menemui pelabuhan jeti nelayan, kemudian melalui sebuah jalan raya yang agak kurang infastrukturnya.tapi tak mengapa itu bukan penghalang untuk aku sampai ke pantai tanjung piai,untuk sampai ke sini korang akan melalui jalan tanah dan berpasir kerana tidak ada turapan jalan raya yang lengkap sehinggalah ke persisiran pantai acheh, korang akan jumpa beberapa kumpulan yang melakukan aktiviti sukan udara paramotor. dipersisir pantai acheh ni agak cantik pemandanganya disebalik pokok paya bakau jelas kelihatan adalah pulau carey.
Selain aktiviti sukan udara paramotor yang aktif di sekitar pantai acheh,terdapat juga tanah yang lapang berhampiran pantai acheh.menjadikan sukan paramotor ini sesuai di lakukan di kawasan sekitar, sebelum ke pantai tanjung piai aku layan dulu aktiviti paramotor. kalau korang nak tahu di sekitar pantai acheh mempunyai pasir pantai yang putih dan pokok paya bakau, sesuai sangat untuk berkelah terutamanya yang suka pada privasi,boleh juga dijadikan sebagai pantai private cuma airnya agak berlumpur untuk mandi, dikawasan berdekatan ada juga sebuah resort dan jeti.
Selepas meredah jalan berpasir yang berbukit, akhirnya sampai juga aku ke pantai tanjung piai. sebuah pantai yang kurang di kenali walaupun terletak di negeri selangor. tempat ni memang ada nilai sebab panorama kat sini cantik walaupun air lautnya berwarna coklat dan berlumpur, dari atas kawasan berbukit ni kelihatan ramai pengunjung yang beriadah kat sini, siap ada yang bermandi manda lagi.kemudahan awam memang takde kat sini jika nak banding dengan pantai lain di selangor, tapi terdapat juga penjual menjual makanan dan minuman ringan untuk pengunjung.
Jika nak bawa anak anak main pasir atau berkelah melakukan aktiviti pantai.memang sini tempat terbaik, cuma infrastruktur memang langsung takde.yang hanya kelihatan beberapa pondok kemungkinan milik nelayan tempatan, jelas juga kelihatan pulau pintu gedong yang boleh di lihat dari pantai tanjung piai.pendek kata memang seronoklah jika bersantai disini.pantai tanjung piai betul betul menghadap selat melaka, kapal kapal laut pun memang banyak kelihatan. seperti mana yang dapat dilihat dari bukit jugra,kenalah pada nama pulau indah sebagai pusat lojistik.
Ada juga sebuah bot nelayan yang berlabuh berhampiran pantai tanjung piai ni, sekali sekala bila dah sampai ke pantai tunggu apa lagi kasi layan desiran ombak untuk melepas rindu, walaupun warna airnya coklat dan berlumpur.aku dapat rasakan aktiviti laut memang aktif dikawasan ini.dari persisiran pantai acheh ke pantai tanjung piai jelas kelihatan menjadi tempat pilihan kaki kaki pancing,tak syak lagi mesti kawasan ni banyak ikan. walaupun kawasan sekitar agak hambar dengan kemudahan, pantai ini tetap menjadi tarikan pengunjung sesuai dengan suasananya yang strategik.
Kawasan yang tinggi dan berbatu itu adalah lokasi kaki pancing di sini pantai yang berpasir lokasi untuk beriadah dan aktiviti fotografi kalau korang ke pantai ni dari jauh jangan ingat itu jaring bola tampar itu sebenar adalah jaring jala nelayan kemungkinan bila air pasang mesti memenuhi ruang pantai ini kesan kesan mendatar serapan air dapat di lihat di pantai ini oleh kerana hari dah nak malam aku terpaksa bergerak dari pulau indah secepat mungkin untuk elak dari melalui jalan yang gelap sebab di sini takde lampu jalan untuk menghindari dari kesesatan malam aku terus beransur.
Saturday, September 8, 2018
Jelajah selangor:Mempelopori ke klang part 1
Perjalanan aku ke klang kali ini agak mencabar kerana cuaca hujan dan berselisih dengan lori treler keadaan kualiti jalanraya yang kurang memuaskan menambahkan lagi cabaran untuk sampai ke tanjung harapan atau lebih dikenali sebagai tanjung gila untuk pengetahuan ini adalah kali pertama aku jejakan kaki di sini dan gambar di atas adalah replika kapal layar bugis sebuah mercu tanda di kawasan tanjung harapan dan juga daerah klang mungkin juga simbolik pada kesultanan selangor kena pada gelaran klang bandar di raja
Klang juga banyak kesan kesan sejarah yang masih boleh di lihat sehingga ke hari ini macam biasa tak semua aku dapat terokai penah menjadi pusat pentadbiran bagi negeri selangor selepas berpindah dari kuala langat di kawasan tanjung harapan ini terdapat juga pelabuhan utara untuk kapal kapal kargo menghantar muatan kontena jadi ia salah satu gerbang dunia dan juga pintu masuk bagi negara malaysia jadi macam macam baranglah yang ada kat sini yang berkaitan import dan export
Kawasan tanjung harapan tempat terbaik untuk di jadikan sebagai tempat bersantai terutamanya aktiviti memancing kerana keadaan pantainya yang berbatu kalau korang nak tahu inilah kawasan berakhirnya sungai klang dan sungai gombak jadi jangan peliklah mengapa air kat sini keruh bagi aku tempat ni ada satu keunikan dan aura tersendiri boleh nampak bertapa sibuknya kawasan perairan di sini jarang aku dapat tengok situasi macam ni jelas kelihatan pulau indah dan pulau klang
Dikawasan port klang juga mempunyai jeti yang menyediakan kemudahan perkhidmat feri pergi ke indonesia jika ingin ke kawasan berhampiran boleh naik feri ke pulau ketam oleh kerana pulau indah mempunyai jambatan untuk di lalui aku memilih untuk ke pulau indah dari tanjung harapan korang boleh tengok pulau indah terdapat kapal cruise berlabuh di kawasan ini selepas selesai meronda sekitar tanjung harapan aku teruskan perjalanan ke pulau indah
Bersambung...
Friday, September 7, 2018
Jelajah selangor:Menyusur ke kuala langat part 3
Dari pantai kelanang aku terus ke bukit jugra melalui beberapa kampung tradisional aku rasa aku dah terpusing jauh untuk ke bukit jugra akhirnya aku jumpa juga jalan ke sini sebelum sampai di sini aku melalui kawasan makam kesultanan selangor di zaman sultan abdul samad menandakan kawasan ini penah menjadi pusat pentadbiran negeri selangor kesan sejarahnya masih ada di sini tibanya aku ke aras rumah api satu pandangan yang menakjubkan dapat di lihat pandangan muara sungai langat
Ibarat sebuah lukisan itulah yang boleh aku katakan setibanya di sini dari rumah api bukit jugra jelas boleh di lihat pantai kelanang walaupun dah nak masuk magrib aku tengok agak ramai juga yang beriadah di bukit jugra ni kalau korang naik ke rumah api korang akan melalui beberapa jirat cina dan juga sebuah serpihan runtuhan bangunan lama dikatakan pejabat daerah zaman dulu kala tempat ni memang terbaik untuk pengkaji sejarah kerana kesan kesanya masih jelas kelihatan
Terpukau dengan panorama di atas bukit jugra sampai aku tak terfikir nak ambik gambar rumah api jelas kelihatan juga kat sini adalah pulau carey yang hanya terpisah dengan sungai langat ada yang mendakwa muara sungai langat ini adalah terusan buatan manusia ada juga mendakwa di sini adalah kawasan pelabuhan purba untuk kapal kapal dagang pada ketika dahulu kalau korang nak tahu pulau carey ni sebelah dengan pulau indah klang cuma pulau carey terletak di kawasan kuala langat
Huruf besar tertulis jugra ni terletak didepan rumah api pada masa yang sama terdapat juga jabatan mufti negeri selangor mungkin dijadikan sebagai balai cerap anak bulan dan di atas puncak bukit juga terdapat kem tentera tinggal jadi jelas bukit jugra adalah sebuah kawasan strategik yang mempunyai banyak kesan sejarah yang nyata atau pun belum dinyatakan aku tak dapatkan lah terokai semua cuma yang aku tahu kawasan ini dijadikan kawasan untuk sukan udara paragliding
Sayup mata memandang melihat senja melabuhkan tirai dengan kapal kapal laut yang masih berlayar di perairan berdekatan mungkin ini kerana bukit jugra terletak berhampiran dengan pelabuhan klang yang hanya di pisahkan dengan pulau carey menyebabkan di sini kelihatan banyak kapal kapal laut jelas terbukti bukit jugra ada zaman kegemilanganya kerana ia adalah pusat pentadbiran kerajaan selangor selepas bukit malawati tetapi sejarahnya agak tersorok
Sebelum magrib tiba aku turun dari bukit jugra untuk pulang aku singgah ke sebuah bangunan lama yang dikatakan pejabat daerah lama terdapat juga rumah pasong atau penjara lama dikaki bukit tapi aku tak sempat singgah kerana hari dah nak masuk magrib maka tak sempatlah jugaklah aku ke istana bandar bagi aku dapat naik ke bukit jugra pun dah cukup buat puas hati kerana bukit jugra adalah sebuah kota purba yang dikenali sebagai bandar termasya
Tuesday, September 4, 2018
Jelajah selangor:Menyusur ke kuala langat part 2
Oleh kerana hari semakin petang waktu asar pun sudah tiba aku terus beredar dari pantai morib untuk ke sebuah lagi pantai yang terletak di sebelahan yang itu pantai kelanang melalui jalan dalam yang dikelilingi hutan paya bakau di sini aku dapat melihat sebuah panorama yang aku sendiri tak sangka mempunyai pemandangan yang indah memang sesuai sangat untuk melakukan aktiviti fotografi cuma ada beberapa lokasi jelas kelihatan musnahnya hutan paya bakau
Disebalik beberapa kemusnahan hutan paya bakau kelihatan banyak serpihan kain bermacam macam warna yang menghiasi kawasan pantai ini tak pastilah kain apa tapi ada yang mendakwa ia adalah serpihan kain dari aktiviti pembuangan abu mayat adakah ini kawasan pembuangan abu mayat ?ini menjadi persoalan pada aku bagi aku apa jua aktiviti yang di lakukan hendaklah menjaga kebersihan pantai kerana bukan kita sahaja yang mahu menikmati alam semulajadi
Kalau kita tak jaga siapa lagi yang nak jaga ? hargailah apa yang ada di sekeliling kita kerana ia akan dinikmati sepanjang zaman dari generasi ke generasi melihat kemusnahan paya bakau ini maka terhasilah beberapa seni yang untuk di alami sebagai pendoman pasir pantainya yang putih menambah lagi keindahan ada juga pasangan pengantin baru menjadikan kawasan ini sebagai kawasan untuk bergambar sebagai kenang kenangan
Walaupun air lautnya yang berlumpur ia sudah cukup menjadikan kawasan ini tenang dan damai dengan cuaca mendung yang menanti senja aku rasa berat nak tinggalkan kawasan ini sebab ilham banyak kat kawasan ni tapi apakah daya masa terlalu singkat kawasan pantai paya bakau ni agak panjang dari pantai morib sampailah ke pantai kelanang ia juga menjadi kawasan tumpuan kaki pancing dan juga sesuai dijadikan sebagai tempat beriadah pada mereka yang suka pada privasi
Selepas puas melakukan aktiviti fotografi di persisiran pantai paya bakau aku teruskan perjalanan ke pantai kelanang jelas kelihatan sepanjang persisiran pantai ini mempunyai hakisan nampak tak apabila hutan paya bakau takde ? maka terjadilah hakisan walaupun dah letak batu bata di persisiran pantai hakisan masih berlaku maka nampaklah satu panorama buatan manusia membina benteng sebagai perisai pemecah ombak kemungkinan untuk mengelak hakisan lebih teruk
Pantai kelanang ni tak jauh dengan muara sungai langat ia juga bersebelahan pulau carey masa aku tiba kat pantai ni agak ramai jugak pengunjung kemudahan surau,tandas, medan selera sama yang ada di pantai morib kalau korang nak bawak kaum kerabat mandi kat sini pun boleh cuma air keruhlah kawasan agak berlumpur tapi bolehlah untuk aktiviti pantai belum habis terokai pantai kelanang tak sedar hari dah semakin senja maka terus aku berkejar ke bukit jugra
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)