Friday, August 11, 2017
Sepetang di muzium tentera darat port dickson
Dari tanjong agas aku bergerak port dickson balik semata mata nak singgah ke muzium tentera darat di port dickson kalau dah ke bandar tentera darat korang tak singgah ke muzium tentera darat memang tak lengkap pengembaraan korang ini kali kedua aku ke sini pasal pertama kali aku pergi
Muzium ni dah separuh tutup sebab dah petang sangat aku sampai jadi kali ni aku sampai lebih awal untuk teroka semua yang ada di dalam muzium ni banyaklah informasi sejarah berkaitan tentera darat yang boleh dapat kat sini kalau nak baca semua kena ambik masa seharian
Adalah beberapa jenis kenderaan alat alat yang digunakan oleh tentera darat yang di pamerkan di sini ada jugak replika terowong komunis yang betul betul terletak di laluan bawah tanah untuk penceritakan kronologi mengenai parti komunis malaya ada info sepanjang laluan
Banyak jugaklah aku dapat info tak dapat nak baca semua yang menariknya muzium ini di buka di bangunan lama kat sini boleh nampak beberapa pengaruh british dari senibina bangunan yang aku tangga naik ke muzium ini pun sama senibinanya dengan tangga ke rumah api tanjung tuan
Kat sini aku perasaan besar sungguh pengaruh british kat tanah melayu ni walaupun british dah balik kesan yang tinggalnya sangatlah mendalam dan generasi akan datang takan lupa pada senibina british yang masih kekal di tanah melayu ni selain teknologi british juga meninggalkan kesan seni
Kesan seni yang mendalam bagi aku sebab aku suka pada senibina bila aku melihat senibina british ia menimbulkan satu bacaan dalaman yang menarik siapakah buruh yang di kerah untuk membina mercu tanda british di seluruh malaya ? adakah orang melayu itu sendiri ?
Lagi banyak aku menjelajah lagi banyak benda yang lama baru aku jumpa ia menimbulkan banyak persoalan yang tidak terungkai walau ia terungkai dengan kunci kata yang lain hari semakin petang aku pun bergerak dari muzium tentera darat untuk ke kuala lumpur dengan melihat kem tentera
Bersusun dengan kampung kampung tradisional sepanjang perjalanan ke seremban ,tiba je di seremban terserempak dengan satu kemalangan ngeri inilah panorama ngeri yang aku tempuhi sepanjang bermusafir tak sangka penutup perjalanan di hiasi dengan melihat insan bermandi darah
Takziah untuk keluarga yang terlibat
Thursday, August 10, 2017
Sepetang di kota kuala linggi
Habis je mandi kat pantai tanjung biru aku terus bergerak ke kuala linggi mencari sebuah tempat bersejarah yang bernama kota linggi atau kota bukit supai boleh tahan cantik jugak kuala linggi ni tak tercemar sangat kuala linggi terletak di negeri melaka bersempadanan dengan negeri sembilan
Antara laluan ke rembau pada zaman dulu kala sedikit tersesat jugak nak cari tempat ni walau bagaimana pun perjalanan di permudahkan perjalanan ke kuala linggi adalah destinasi terakhir gerak musafir merentasi tiga negeri dari selangor,negeri sembilan dan melaka
Walaupun agak kepanasan dan kepenatan penerokaan tetap di teruskan sebelum berpatah balik ke port dickson dan terus ke kuala lumpur sampai je di kuala linggi keadaan agak sunyi biasalah tengah panas siapa nak keluar rumah macam perkampungan lain jugak suasananya
Dapat melihat beberapa nelayan tengah mencari rezeki di kawasan ini dapat di lihat dari jeti yang menghala ke sebuah restoran dan kota kuala linggi yang terletak di atas bukit masa kami tiba suasana agak sunyi tapi ada jugak orang di kawasan berhampiran
Kawasan kota kuala linggi atau lebih di kenali sebagai kota bukit supai ini di lihat agak sepi dari kunjungan keadaan jugak sedikit terabai mula mula cuak jugak nak masuk ke sini nak datang jauh jauh rugilahlah tak masuk akhirnya aku masuk jugak tengok kesan kesan sejarah yang ada kat sini
Dari kota ni boleh nampak satu pemandangan yang indah menghala ke selat melaka jelas boleh melihat kapal kapal di tengah laut kawasan kota kuala linggi ini terletak di kawasan yang agak strategik jadi takdelah aku pelik mengapa kota ini di bina di sini
Kau carilah dalam buku teks sekolah takde pun cerita pasal kota kuala linggi ni walaupun cerita sejarah kuala linggi ini di lihat samar tetapi berdasarkan kesan yang ada ini membuktikan kuala linggi ini bukan sebarang tempat aku dapat rasa kota yang ada ini kemungkinan lebih besar
Dan menjadi persoalan adakah ini salah satu kota A famosa yang dikatakan besar itu ?jika di lihat binaan ini sama dengan kota duyong yang hampir terpadam tidak di pelihara kesan sejarahnya dan insyallah jika ada rezeki aku nak cuba ke kota duyong yang terletak berhampiran telaga hang tuah
Ceritanya tidak habis di sini berhampiran kota kuala linggi mempunyai pantai bercampur pasir dan berbatuan memang agak menarik pantai ni tak sibuk macam di pantai pengkalan balak tapi aku tak tahulah kawasan ni boleh mandi ke tak aku penah baca pasal kuala linggi
Kawasan kuala linggi ni ada buaya air masin tapi katanya buaya ni tak kacau orang walau bagaimana pun aku suka tempat ni sayangnya aku tak boleh lama kat sini penutup perjalanan yang menarik lepas tu aku bergerak ke tanjong agas singgah makan di sana sebelum kembali ke port dickson
Bersambung...
Sunday, August 6, 2017
Santai di pantai tanjung biru
Turun je dari bukit batu putih rehat dulu layan aiskrim sebab tengah panas kot dah nak masuk tengahari nak kata penat memang penat terus ke pantai tanjung biru atau lebih di kenali sebagai blue lagoon kalau korang nak tahu pantai tanjung biru ni terletak di antara persempadanan dua negeri
Antara negeri sembilan dan melaka aku pun jadi keliru jugak sebenarnya tapi layan jelah janji boleh mandi manda masa aku sampai sini air laut agak surut jadi nak mandi kena ke depan sikit bila keadaan macam ni korang kena peka bila masa air laut akan pasang
Walaupun aku ada baca mengatakan kawasan pantai tanjung biru ni mempunyai pusaran air aku fikir positif je tak pergi tempat dalam dalam sangat paras dada je aku pergi dah lama aku tak mandi laut dengan keadaan air laut yang jernih macam ni dulu kali terakhir mandi kat pantai cenang
Walaupun tak sejernih pantai cenang tapi kira jernih jugaklah luar nampak biru menyelam nampak hijau masa tu keletihan dan kepanasan hilang sebentar orang pun masa tu agak ramai jugak jadi beranikan diri jugak ke depan dah jauh kot rasanya dari pantai jadi bagi aku tempat ni best
Cuma kena letak papan tanda bila masa air laut pasang kalau mandi sampai tak ingat dunia bagi yang tak reti berenang memang resikolah kalau air laut tertiba pasang sebab jauh kot dari pantai jangan ingat boleh lari sebab larian dalam air tak sama dengan larian di darat
Yang best kat pantai tanjung biru ni kawasan ni tak sesak macam teluk kemang dan satu lagi resiko kena langgar bot itu korang kena hati hati jangan mandi kawasan yang ada dekat dengan bot atau laluan bot ini aku rasa pihak berwajib kena buat satu tanda kawasan bot dan kawasan mandi
Dah puas mandi matahari pun dah betul betul atas kepala sampai masa untuk bergerak infrastruktur kat sini oklah tempat nak bilas pun ada nak makan minum pun senang cakap pasal makam minum bila dah berendam ni rasa pulak lapar dah lah sebelum gerak ke tanjung tuan hanya makan roti
Agak terliur lah nampak orang buat bbq berkhemah bersantai kat tepi pantai bawah pokok pulak
perh dia punya rasa tu lain macam tapi tulah setiap orang cara musafirnya lain lain dengan keadaan panas terik tu aku bersiap bergerak pula ke kuala linggi untuk lengkapkan jadual perjalanan
Memang dah terbakar kulit bhai tapi itulah ia merupakan satu keseronokan pulak ia lebih elok dari tidur dan duduk di rumah sepanjang hari aku rasa pantai tanjung biru ni akan lebih meriah jika masuk waktu petang sampai aku terfikir mana datang kekuatan mandi laut di tengah panas
Bersambung...
Saturday, August 5, 2017
Mendaki ke bukit batu putih tanjung tuan
Selepas mendaki ke rumah api tanjung tuan aku terus turun dan ikut laluan ke bukit batu putih sebenarnya aku pun bukan tahu laluan ke bukit batu putih tanya orang dan nampak orang keluar masuk sebelum laluan ke rumah api bukit batu putih laluannya bercampur tanah dan batu
Ada masa laluan di lihat agak bahaya apa pun langkah haruslah berhati hati supaya tak terjatuh di kawasan yang curam panorama di laluan ini pun agak santai nampaklah orang keluar masuk ikut jalan itu ikut jalan ini tapi janganlah turun ikut pantai sebab resiko amatlah tinggi
Kalau naik ikut laluan pantai kemungkinan pun berisiko jugak pendek kata memang ada resiko kalau nak naik puncak pun sama juga walau bagaimana pun hendaklah berhati hati tunggu giliran dan kita pulak jangan lama sangat kat atas puncak tu bagi laluan kat orang lain pulak
Perjalanan ke puncak bukit batu putih di permudahkan dalam ramai ramai orang senang pulak dapat naik ke atas menggunakan tali kat sini pun aku rasa ada resiko tapi tulah kena banyak berhati hati sebab bentuk bumi di puncak ini adalah batu jadi kenalah dengan namanya
Selepas tiba je di atas terkejut melihat masih ramai orang kat atas puncak macam shoping mall dapatlah rehat di celah celah batu sambil menunggu giliran bergambar bolehlah melihat dulu pemandangan yang indah selat melaka dari bukit batu putih
Yang paling gila aku tak bawa bekalan air semasa mendaki ke bukit batu putih sampai je atas hari semakin panas tapi segala kehausan dan kepanasan itu di abaikan kerana keindahan yang berada di puncak bukit batu putih dengan adanya burung burung helang berterbangan
Subahanallah itu saja boleh di ucapkan ketika berada di puncak bukit batu putih melihat laut yang membiru kapal dan orang hanya kecil saja di bawah lihat bertapa kerdilnya kita sebenarnya itu lah yang aku hayati semasa berada di puncak bukit batu putih pemandangan yang takde kat tempat lain
Di tanjung tuan ni mempunyai perbagai sejarah tersembunyi ada juga dikatakan makam ulama pun ada di sini jadi kalau nak teroka habis memang kena betul betul satu hari berada di sini selepas selesai ambik gambar aku pun siap turun sekali lagi terkejut kat bawah orang dah beratur panjang
Hari semakin terang orang pun semakin ramai aku pun mula turun satu je aku nak cakap tak di galakan bawak budak kecil kecualilah berani tanggung resiko kalau nak tengok view laut boleh bawak anak anak ke rumah api tanjung tuan,lepas dah turun apa lagi pergi mandi laut lah
Bersambung...
Friday, August 4, 2017
Mendaki ke rumah api tanjung tuan
Pagi tu bangun tak buang masa terus gerak dari homestay di teluk kemang ke tanjung tuan misi aku adalah untuk mendaki ke bukit batu putih yang terletak di tanjung tuan masa mula nak gerak cuaca di dapati mendung dan selepas tu hujan oleh kerana tak nak masa terbuang aku redah jugak hujan tu
Semangat nak ke tanjung tuan belum lagi terpadam bila tengok minyak motosikal dah nak habis aku mula rasa tak sedap tapi aku yakin ada station minyak dihadapan sambil mencari dimana lokasi bukit batu putih aku cari juga station minyak bagi aku ia satu keutamaan
Bila sampai simpang ke bukit batu putih memang sah takde station minyak aku tetap yakin aku teruskan perjalanan aku sampai satu jalan aku rasa memang takde station minyak kat sini jadi aku berenti tanya akak yang jual nasi lemak tepi jalan tu katanya kena pergi ke pasir panjang
Katanya station minyak tu dekat pasir panjang lagi kalau nak patah balik ke teluk kemang masa tu aku ada rasa menyesal pasal tak isi minyak kat teluk kemang sebab tak nak buang masa patah balik akhirnya lagi banyak masa terbuang aku teruskan perjalanan ke pasir panjang
Aku tak tahu dan tak penah ambik tahu pasal pasir panjang masa dalam perjalanan ke pasir panjang hujan turun selebat lebatnya sambil guruh kilat menyambar di langit aku rasa tak sedap aku berenti di di bas stop walaupun keadaan dah basah kuyup dengan risau sempat ke station minyak
Jadi aku tanya lagi abang yang sekali berteduh kat mana station minyak dia kata kat pekan depan tu oh barulah aku tahu station minyak tu terletak di pekan pasir panjang aku bertambah yakin dengan doa minyak memang cukup untuk sampai ke station minyak pasir panjang
Aku pun apa lagi pakai baju hujan walaupun dah basah terus gerak ke station minyak rupanya station minyak di pekan pasir panjang tu tak jauh dari bas stop yang aku berteduh syukur alhamdulilah akhirnya berjaya isi minyak dengan penuh jayanya jadi cerita dia banyak masa aku terbuang
Kira sampai ke kaki bukit batu putih lewat dari apa yang di jadualkan dengan keadaan basah orang pun dah mula ramai, tiba je kat situ siap nak mendaki kena bayar RM1 rupanya tanjung tuan ni di bawah negeri melaka kat sini ada banyak laluan dan ada juga laluan pantai
Jadi aku ikut laluan biasa je sebelum tu singgah mendaki ke rumah api tanjung tuan atau lebih dikenali sebagai cape rachado kat sini lebih selamat jika nak bawa budak budak dan orang tua pemandangan pun cantik dan terpukau di buatnya kalau cuaca baik boleh nampak kot pulau rupat
Pulau rupat tu kat indonesia inilah gambaran yang dapat di ambil antara laluan selat melaka yang di kira kecil untuk laluan kapal sebenarnya dari kaki bukit sampai puncak rumah api tanjung tuan ni memang tak hujan yang hujan hanya di pasir panjang ia melancarkan perjalanan untuk mendaki
Masa aku mendaki aku dapat tengok ramai yang dah turun sedikit sebanyak aku tahu laluan untuk ke bukit batu putih sambil tu tanya tanya walaupun rumah api ni tak boleh masuk kawasan sekelilingnya cukup puas hati bila agak dah puas hati sambung balik mendaki ke bukit batu putih
Bersambung...
Thursday, August 3, 2017
Sepetang di pantai teluk kemang
Menyeberangi sungai sepang bermulannya kembali pengembaraan aku ke negeri sembilan selepas aku melalui nilai untuk ke sepang dan sungai sepang juga menjadi petanda aras pesempadanan antara dua negeri selangor dan negeri sembilan untuk ke port dickson aku melalui jalan ke bukit pelanduk
Bukit pelanduk ni popular pada ketika dulu sebenarnya dari bagan lalang takde terus jalan ke port dickson jadi kena patah balik masuk pekan sepang dan terus ke jalan bukit pelanduk dan terus keluar ke pekan lukut satu benda aku terlajak kat lukut ni untuk singgah ke kota lukut
Mungkin bukan rezeki untuk ke kota lama lukut yang sekarang dikenali sebagai muzium kota lukut,dari pekan lukut aku terus je ke bandar pork dickson memang aku tak penah pun pergi bandar port dickson bila nampak je laut aku dah rasa seronok sebab dah sampai port dickson walaupun sesat
Mula dari bandar port dickson barulah aku tahu bahawa kat port dickson ni banyak pantai yang dijadikan tempat bersantai jadi tak pelik port dickson menjadi pilihan ramai setiap kali hari cuti memang terpesona sepanjang perjalanan terutamanya di kawasan yang berbukit membiru je air
Hilang letih menunggang jauh bila dah sampai port dickson yang juga dikenali sebagai bandar tentera darat,sepanjang pantai masa tu penuh dengan orang almaklumlah hari cuti sebelum ke pantai teluk kemang aku singgah dulu masjid di bagan pinang untuk solat asar dan berehat sebentar di sana
Oleh kerana hari pun nak senja aku pun terus ke teluk kemang untuk cari lokasi untuk tidur selepas itu barulah aku ke pantai teluk kemang untuk melihat matahari terbenam agak luas juga pantainya ini pertama kalu aku pergi sebelum ni hanya lalu je jadi tak pelik mengapa kat sini ramai sangat orang
khemah khemah untuk di sewa biasalah orang cari duitkan tapi kawasan pantai ni memang sesak dengan orang ramai masa aku sampai pun orang dah mula nak balik sebab dah nak magrib ada beberapa kedai pun mula tutup jadi sebelum balik homestay aku ambik gambar yang indah ni dulu
Bersambung...
Wednesday, August 2, 2017
Sepetang di pantai bagan lalang
Assalamulaikum semua dah berabuk blog ni dah lama tak update nampak gayanya terbiar sejak bulan januari yang lalu apa boleh buat sibuk dengan komitmen semasa, ok kali ni aku nak cerita pasal gerak musafir melalui tiga buah negeri dari selangor,negeri sembilan dan melaka
Bermacam rasa bercampur bila melalui tiga negeri ni aku nak cukupkan pengembaraan sepanjang jalan pantai barat semenanjung jadi aku mulakan dari bagan lalang antara pantai yang terkenal di negeri selangor sampailah kuala linggi sebelum singgah port dickson tidur semalam di sana
Sepetang aku di bagan lalang dari kuala lumpur boleh tahan ramai jugak yang bersantai di sini ini kali ke 3 dan kali ke 2 untuk tahun 2017 aku pergi ke pantai ini aku singgah di sini sebagai syarat pemulaan pengembaraan dari negeri selangor sebab aku nak cuba lalu jalan lama
Jalan yang di maksudkan adalah jalan banting ke port dickson boleh tahan mencabar jugak jalan ni sambil melihat suasana ladang yang permai sebelum aku bergerak aku santai dulu kat pantai bagan lalang ni walaupun dah berkali pergi tapi kali ni antara waktu paling sesuai untuk mandi
Tapi aku tak berniat nak mandi kat sini jadi aku tak mandi kira nak banding dengan hari sebelum ni aku rasa ini suasana pantai yang paling best sebab air tengah pasang tak surut mengila sebab pantai ni kalau surut mengila dia jadi tak best kalau mandi sebab berselut nak pergi hujung
Pantai bagan lalang ni memang best kalau bersantai kedai sepanjang pantai ni pun banyak sayangnya aku kena berkejar pulak ke port dickson sebelum matahari terbenam jadi sebelum bergerak aku sempat ambik gambar signboard gergasi bagan lalang tak sangka pantai ni pesat membangun
Bersambung...
Monday, January 16, 2017
Sepetang di pantai tanjung dawai
kali ni bermusafir di kedah jadual agak padat walaupun tak buat pun jadual perjalanan semua rancang saat akhir je walau bagaimana pun alhamdulilah semuanya berjalan lancar walaupun agak penat selepas ziarah singkat ke tapak arkeologi tamadun sungai batu terpaksalah batalkan niat
ke muzium lembah bujang kerana hari nak senja sempat jugak lalu pekan merbok dan singgah di masjid merbok seketika sebelum sambung perjalanan ke tanjung dawai tak sangka perjalanan kali ini memang menyeronokan apabila kita dapat melihat suasana yang jarang aku dapat di lihat
sampai je ke tanjung dawai boleh di lihat orang ramai memenuhi pantainya kelihatan pekan pekan lama yang masih hidup dengan aktiviti penduduk sempat jugak aku ke jeti tanjung dawai yang mana di sini ada bot tambang untuk ke pantai merdeka yang di katakan perjalananya agak singkat
jika nak di bandingkan dengan pengangkutan darat dari tanjung dawai ke pantai merdeka mungkin mengambil masa yang panjang dan di situ sebabnya pengangkutan air menjadi pilihan pendudukan tempatan dan para pelancong yang datang di sini
di pekan tanjung dawai juga menjadi tumpuan pengunjung yang ingin membeli hasil laut yang popular di sini adalah ikan bilis mata biru selesai je singgah di pekan ni untuk tempat persingahan terakhir adalah restoran makanan laut yang terletak di tepi pantai tanjung dawai
makan makanan laut sambil dengar hempasan ombak dengan tiupan angin yang merdu sungguh menambah selera memang sedaplah masakan kat restoran ni pendek kata memang puas hati ini menyebabkan aku nak bermusafir lagi ke tanjung dawai jika ada lagi rezeki
Sunday, January 15, 2017
Sepetang di tapak arkeologi sungai batu
Dalam perjalanan dari gunung jerai ke tanjung dawai aku singgah ke tapak arkeologi sungai batu antara tapak tamadun tertua di asia tenggara pada mulanya aku rancang nak ke muzium arkeologi lembah bujang bila aku buat kajian rupanya tempatnya berbeza jarak dan ketamadunan
Jadi aku pilihlah ke tapak arkelogi sungai batu kerana ini antara penemuan yang boleh di anggap terbaru jika nak di bandingkan dengan lembah bujang dan kerja kerja ekskavasi masih giat di jalankan oleh pihak usm sampai je aku kat sini agak terkejut jugak sebab tapak arkelogi ni besar
Kalau kita tengok dalam media tempat ni macam satu tempat yang kecik je aku tak sangka tempat ni besar dan aku sendiri pun tak habis berjalan kawasan ekskavasi ini sampai belakang dan seberang jalan pun masih ada lagi tapak ekskavasi ini membuatkan aku lebih kagum dengan penemuan ini
Sayangnya aku tiba kat sini agak lewat petang para petugas yang boleh terangkan infomasi mengenai ketamaduanan sungai batu sudah pun pulang walau bagaimana pun pak cik yang di tugaskan menjaga kawasan arkelogi ini sudi memberi infomasi serba sedikit mengenai ketamadunan sungai batu
Dapatlah jugak aku informasi dan beberapa anggapan teori mengenai ketamadunan sungai batu sempat jugak aku membuat rakaman serba sedikit tapak tapak runtuhan untuk dokumentari jejak bongkar yang sebenarnya luas dengan kesan tapak jeti dan sungai purba
Ini membuatkan aku bertambah kagum tapi aku tak sempat ke satu tapak industri besi yang luas di panggil relung yang membuktikan ketamadunan industri besi ini telah wujud 478 sebelum masihi memang dah lama tempat ni selain besi binaan batu bata atap di perbuat dari tanah jugak telah wujud
Selama ni kita di visualkan dengan tamadun terdahulu dengan binaan kayu dan atap rumbia tetapi tamadun sungai batu telah menafikan sama sekali visual itu sebagai peminat sejarah aku harap sungai batu di masukan dalam buku teks sekolah selama ni kita di tatap dengan sejarah tinggalan penjajah
Jadi tak salah kita jadikan sungai batu sebagai tatapan yang utama untuk generasi baru kerana aku tengok tempat ni macam hambar tidak seperti ramainya orang di pintu gerbang de santiago di melaka patutnya kita perlu bangga dengan sungai batu sebab negara kita mempunyai
Satu kesan runtuhan sama seperti runtuhan greek dan rom jika di turki pula ada kesan runtuhan kota empayar ottoman yang paling tak sangka sungai batu lebih tua dari angkor wat di kemboja dan candi borobudur di indonesia antara binaan dalam dunia yang di kagumi teknologinya
Insyallah jika ada rezeki aku akan sekali lagi ke sungai batu kalau korang nak sumbang dana pun boleh sambil tu korang boleh sertai program yang di anjur oleh usm korang nak sertai aktiviti ekskavasi dan aktiviti yang lain bolehlah hubungi 04-6533357 untuk tempahan
Wednesday, January 11, 2017
Sepetang di gunung jerai
Gunung jerai juga mempunyai perbagai cerita dan sejarahnya tersendiri ada yang mendakwa ia dahulunya sebuah pulau kalau nak naik gunung jerai ni ada perbagai kaedah boleh jugak nak mendaki bawak naik kenderaan pun boleh tapi tak pasti lori boleh ke tak naik atas ni sebab jalanya kecik je dan bengkang bengkok setiap pusingan memang pusing habis silap silap
Boleh pening kepala ada jugak aku tengok kat kaki gunung jerai ada van di sediakan mana yang tak mahu bawak kenderaan sendiri naik atas boleh lah naik van dengan beberapa caj tambang kalau nak free pun boleh tapi kena jalan kaki best jugak rasanya kalau jalan kaki entah berapa lama nak sampai puncak kalau jalan kaki sebenarnya ada beberapa tempat kunjungan kat gunung jerai
Seperti padang tok sheikh,telaga tok sheikh,kapal batu,muzium perhutanan tapi tu aku tak singgah sebab masa mencemburi jadi target nak sampai atas nak tengok pemandangan dari puncak gunung jerai je jadi dapatlah santai kat atas sekejap dekat kawasan resort tu sampai je puncak gunung jerai
aku sempatlah singgah solat jamak kat masjid gunung jerai
Subanallah dari masjid ni punya pemandangan sungguh indah sekali dapat melihat sawah padi dan kawasan kampung para petani yang menghala di daerah yan dengan angin yang bertiup kencang kedinginan sampai panas membahang pun tak terasa seolah olah berada di alam kayangan pun ada korang boleh tengok langit berarak dekat dan di bawah korang
Kat situ korang boleh lihat kita ni kerdil sebenarnya dan mengapa mengapa perlu kita berasa angkuh apa yang kita ada sekarang itulah peringatan apabila sampai ke gunung jerai aku pasti gunung jerai ni mempunyai sejarah yang belum terungkai jadi bukanlah pelik apakah kaitan gunung jerai dengan cerita tok sheikh yang sebelum ni aku tak ambik tahu pun
itu tak termasuk cerita cerita rakyat yang lain yang tak tahu kebenaranya jika di lihat kawasan gunung jerai ini sangat strategik kerana kedudukanya yang menghadap laut yang menjadikan gunung jerai boleh di lihat pemandangan tiga dimensi seperti mana gunung mat cincang yang berada di langkawi jika ada rezeki lagi mungkin aku akan singgah di sini lagi
Boleh pening kepala ada jugak aku tengok kat kaki gunung jerai ada van di sediakan mana yang tak mahu bawak kenderaan sendiri naik atas boleh lah naik van dengan beberapa caj tambang kalau nak free pun boleh tapi kena jalan kaki best jugak rasanya kalau jalan kaki entah berapa lama nak sampai puncak kalau jalan kaki sebenarnya ada beberapa tempat kunjungan kat gunung jerai
Seperti padang tok sheikh,telaga tok sheikh,kapal batu,muzium perhutanan tapi tu aku tak singgah sebab masa mencemburi jadi target nak sampai atas nak tengok pemandangan dari puncak gunung jerai je jadi dapatlah santai kat atas sekejap dekat kawasan resort tu sampai je puncak gunung jerai
aku sempatlah singgah solat jamak kat masjid gunung jerai
Subanallah dari masjid ni punya pemandangan sungguh indah sekali dapat melihat sawah padi dan kawasan kampung para petani yang menghala di daerah yan dengan angin yang bertiup kencang kedinginan sampai panas membahang pun tak terasa seolah olah berada di alam kayangan pun ada korang boleh tengok langit berarak dekat dan di bawah korang
Kat situ korang boleh lihat kita ni kerdil sebenarnya dan mengapa mengapa perlu kita berasa angkuh apa yang kita ada sekarang itulah peringatan apabila sampai ke gunung jerai aku pasti gunung jerai ni mempunyai sejarah yang belum terungkai jadi bukanlah pelik apakah kaitan gunung jerai dengan cerita tok sheikh yang sebelum ni aku tak ambik tahu pun
itu tak termasuk cerita cerita rakyat yang lain yang tak tahu kebenaranya jika di lihat kawasan gunung jerai ini sangat strategik kerana kedudukanya yang menghadap laut yang menjadikan gunung jerai boleh di lihat pemandangan tiga dimensi seperti mana gunung mat cincang yang berada di langkawi jika ada rezeki lagi mungkin aku akan singgah di sini lagi
Saturday, January 7, 2017
Sepetang di pantai merdeka
Dari kota kuala muda terus menyusur ke pantai merdeka perjalanan agak lancar tak sesak sangat jadi sempat jugaklah sampai ke pantai merdeka walaupun petang hampir melabuhkan tirainya boleh lah aku nampak matahari sudah jingga kemerahan di penjuru laut di pantai merdeka
Sampai je aku kat pantai merdeka tiupan angin agak kuat laut bergelora melambai lambai sampai ke tebing dapatlah berehat sebentar kat tembok batu sambil melihat alam ciptaan allah s.w.t seperti tanjung dawai dan gunung jerai aku rasa agak lewat tiba kat pantai merdeka
Sebab dapat rasa sekejap je sepetang di sini tak mengapalah mungkin rezeki aku nak bermusafir di sini hanya seketika infrastruktur di sini ok boleh jugak lah nak berkhemah nak tidur pun ada resort kemudahan lain seperti gerai semua ada kat sini jadi pantai merdeka memang ada tarikan
Sunday, January 1, 2017
sepetang ke kuala gandah
kali ni aku ke kuala gandah sebab rindu nak usha gajah tibanya di sini agak ramai jugak pengunjung dari luar negara pun ada nak kata pusat konservasi gajah memang international punya tempat tak payah nak pergi thailand sebab kat malaysia pun ada tempat manusia boleh bermesra gan gajah
nak masuk sini percuma je kalau nak mandi gan gajah tu tak pasti pulak kena bayar ke tak yang pasti kena daftar masuklah nak bagi sumbangan pun boleh mereka alu alukan sumbangan pengunjung gajah kat sini jinak memang mesra dengan pengunjung
tengok dua ekor tok guru fumakila ni makin dekat makin rapat nak bermesra kat sini pengunjung di benarkan memberi makanan kepada gajah patutlah dua ekor tok guru fumakila ni mesra rupanya nak mengepow makanan aku tengok je pengunjung lain bagi kacang
elok korang kalau nak datang sini datang sekitar 1:30 petang ke atas boleh tengok gajah mandi sekali yang tu paling menarik bukan main suka lagi gajah kat sini main air tak rugi bermusafir kat sini kita akan dapat rasa keterapian mahkluk bernama gajah ni kepada manusia
sepetang menaiki mrt
akhirnya projek mass rapid transit (mrt) jajaran sungai buloh ke kajang di buka kepada umum walaupun projek ini belum lagi siap 100% dikatakan laluan terowong bawah tanah di sekitar kuala lumpur belum siap dan laluan hanya di buka sehingga station semantan
sampai je aku kat station sungai buloh aku boleh nampak tempat ni tak sehambar semasa kawasan ini hanya ada station ktm sungai buloh dulu kira tempat ni semakin meriah sebab station mrt sungai buloh transit kepada ktm sungai buloh yang boleh berhubung sehingga ke tanjung malim
apa yang aku tengok sistem mrt ni lebih kehadapan teknologinya kemudahan dan keselamatan ruang dalam gerabak pun luas sesuai lah untuk jadi tin sadin boleh tampung penumpang yang ramai cuma satu je lah aku tengok ada beberapa station bila hujan kena tempias air
walau bagaimana pun mrt ni memberi kemudahan kepada penduduk sekitar jajaran sbk untuk ke pusat bandar kuala lumpur tanpa menghadapi kesesakan lalu lintas aku akan cuba lagi naik mrt apabila laluan terowong bawah tanah ke kajang siap nanti
Subscribe to:
Posts (Atom)