Monday, September 17, 2018

Jelajah selangor:Sekilas ke sabak bernam





Siri penjelajahan aku ke sabak bernam hanya sekilas, kerana aku melalui sabak bernam untuk ke lumut. bagi melengkap siri jelajah selangor, aku lalui juga  daerah sabak bernam. untuk mengembara melihat suasana setempat yang jarang jarang aku jejaki. walaupun perjalanan mengambil masa yang agak panjang, aku rempuhi jua semata mata mahu menjelajah sehingga ke sempadan negeri perak. sepanjang jalan ke sabak bernam, bermula dari sekinchan korang akan melihat sawah padi dan suasana yang pesat membangun, giat di penuhi industri peniagaan.





Perjalanan aku kali ini agak mencabar apabila aku melalui jalan yang sedang di naiktaraf, melalui jalan yang mempunyai kampung kampung tradisional dan ladang kepala sawit di sekelilingnya. terasa kedinginan bayu desa, sebuah suasana baru yang dapat aku rasakan apabila melalui sepanjang jalan ini. aku tak sangka daerah sabak bernam ini agak besar, sebenarnya banyak tempat tarikan di daerah ini yang tak kesempatan untuk aku singgah. selepas melalui pekan sabak bernam aku terus melintasi jambatan sungai bernam sebagai penutup perjalanan aku didaerah ini.


Sunday, September 16, 2018

Jelajah selangor:Mengharung ke kuala selangor part 2







Bukit jeram terletak dipantai jeram berhampiran muara sungai buloh korang akan nampak bukit jeram jika korang melalui jalan ke pekan kuala selangor. tapi aku tak banyak infomasi yang jelas mengenai bukit jeram,mungkin keadaanya tidak terurus dan bersemak samun. sumber yang aku terbaca mengatakan bukit jeram penah menjadi pusat pentadbiran semasa dizaman empayar kesultanan melaka. di sebalik geografi yang mendatar di sekitar jeram membuatkan bukit jeram jelas kelihatan antara tempat yang tertinggi, jadi aku teruskan perjalanan ke bukit malawati.






Setibanya di bukit malawati aku memilih untuk naik sendiri ke atas. kalau korang sampai dikaki bukit malawati korang boleh pilih untuk naik keretapi dan bayaran akan di kenakan, bagi aku lebih banyak dapat di terokai jika mendaki sendiri cuma terasa penatlah. di atas bukit malawati masih jelas kelihatan kesan kesan sejarah sebuah kota yang bernama malawati. antara pusat pentadbiran pertama setelah wujudkan kesultanan selangor, jadi inilah kota pertama bagi kerajaan selangor. di atas bukit yang berbatuan ini terdapat perbagai binaan sejarah termasuk sebuah  rumah api.






Itulah istimewanya bukit malawati terdapat banyak kesan binaan bersejarah yang bercampur aduk termasuklah dari penjajah belanda dan british. mengikut catatan sejarah kota malawati antara kota yang menjadi perebutan ramai pihak, ada beberapa binaan lama yang masih boleh di lihat sehingga kini. antaranya adalah telaga tujuh, perigi beracun,rumah api dan bangunan binaan british yang kini dijadikan sebagai muzium daerah kuala selangor. ada juga beberapa pucuk meriam voc peninggalan  belanda, selain itu ada juga gerbang kota malawati dan tangga seratus.






Terdapat juga binaan baru seperti baituhilal yang dijadikan sebagai  balai cerap untuk melihat anak bulan, di atas puncak bukit malawati ini korang boleh melihat sebuah panorama muara sungai selangor menghala ke perairan selat melaka. terlihat juga  bentuk geografi tanah yang mendatar disekeliling  daerah kuala selangor, ini sebuah bukti yang kukuh mengapa bukit malawati di jadikan sebagai pusat pentadbiran bagi negeri selangor. di sini juga terdapat makam di raja bukit malawati yang boleh di lawati oleh pengunjung yang naik ke atas bukit ini.






Di sebalik serpihan kota ini dikatakan terdapat sebuah gua,tapi kunjungan aku di sini tidak menemuinya mungkin ia telah tersorok oleh semak samun. masih jelas beberapa kesan tangga binaan lama ke kubu kota dan ke busut malawati, walaupun ia hanya tinggal sejarah kota malawati masih menjadi tarikan ramai kerana mempunyai penghuni yang mesra dengan manusia.yang di maksudkan adalah monyet yang ada di sini  bila korang sampai di atas bukit ini monyet monyet inilah yang akan sambut kedatangan  korang  ia sebuah terapi minda bila manusia dapat berinteraksi dengan haiwan.

Saturday, September 15, 2018

Jelajah selangor:Mengharung ke kuala selangor part 1




Perjelajahan aku ke daerah kuala selangor bermula di sebuah tempat yang bernama jeram, kalau korang nak tahu kawasan ini dikatakan antara pusat pentadbiran terawal pada zaman empayar kesultanan melaka. ini bermakna jeram telah pun wujud sebelum zaman kesultanan selangor. walaupun disini tidak kelihatan kesan kesan sejarah,disepanjang  laluan persisiran dari pantai remis sehingga  pantai jeram  jelas kelihatan jeram antara kawasan yang  mempunyai kedudukan lojistik yang strategik bagi kapal kapal dagang ia juga terletak di antara klang dan kuala selangor.






Antara pantai yang sempat aku singgah adalah pantai remis, antara pantai yang agak popular juga di kawasan kuala selangor. selain dari itu di sebelahan ada sebuah pantai bernama pantai jeram, antara tempat popular kalau nak makan ikan bakar.kawasan pantai remis mempunyai infrastruktur yang sedang membangun kemudahan kedai makan,tandas awam dan pasar siang pun ada disini. jadi bawa duit jelah bila datang singgah ke pantai remis, nak berkelah pun boleh cuma pantai ini berlumpur dan berbatu tidak sesuai untuk bermandi manda tetapi sangat sesuai untuk bersantai.






Kalau korang tak bawak kemudahan untuk berkelah, jangan risau kat sini ada juga beberapa medan selera yang  korang boleh singgah untuk makan dan  minum sambil layan pemandangan laut. aku lebih suka singgah diwarung berdekatan yang  terletak di kawasan agak terpencil, sambil tu korang boleh rasa suasana perkampungan nelayan walaupun kat sini ada beberapa je buah rumah. dari pantai remis korang boleh nampak beberapa buah pulau yang aku sendiri pun tak tahu apa nama pulau tu,yang pasni panorama dan suasana di sini memang mendamaikan sesuai untuk terapi minda.





Aku memenuhi masa yang ada untuk meneroka di sekitar pantai remis.kawasan pantainya agak panjang dan berbatu,aktiviti pantai yang aku lihat sesuai di lakukan di sini adalah bermain layang layang dan memancing itu pun jika air pasang.selain dari itu ada juga beberapa intrastruktur yang baru di bina mungkin sebagai kemudahan baru di pantai remis,tanpa membuang masa aku terus bergerak ke destinasi seterusnya, semasa dalam perjalanan aku ternampak sebuah bukit yang bernama bukit jeram yang dikatakan menyimpan sejarah tersembunyi.


Bersambung...

Tuesday, September 11, 2018

Jelajah selangor:Merintis ke petaling




Daerah petaling  antara daerah yang dah sinonim dalam hidup aku.antara daerah termaju di negeri selangor, terletak bersebelahan  dengan ibu negara malaysia. yang itu wilayah persekutuan kuala lumpur, di daerah petaling juga terletaknya ibu negeri bagi negeri selangor, yang itu shah alam. kalau nak cerita pasal siri jelajah di petaling,memang dah banyak kali dah. itu semua jelajah berkaitan dengan komitmen kerja, bukan jelajah santai seperti mana di daerah lain. untuk memenuhi slot catatan jelajah selangor aku singgah ke sebuah tempat yang boleh dikatakan popular di petaling, apa yang menyebabkan ia popular? mungkin satu je bandar seperti ini di malaysia.






Tempat yang aku maksudkan adalah I-city shah alam, sebuah bandar yang penuh dilimpahi dengan sinaran lampu pada malamnya. kalau korang nak tahu jarak I-city ni tak jauh dengan daerah klang, oleh kerana I-city terletak di seksyen 7 shah alam, maka ia termasuk di kawasan petaling. laluan jelajah aku di petaling, aku memilih  singgah ke sini kerana  I-city terletak disebelahan lebuhraya persekutuan. lokasinya yang strategik maka tidak sukar untuk mencari lokasi bandar bercahaya ini. aku dah biasa sangat dengan dunia bandar sekali sekala bila masuk ke sini terasa bezanya.




Apa yang bezanya di bandar I-city, adalah terlalu banyak cahaya lampu yang menyebabkan mata aku menjadi  silau, tapi aku layankan jugak kerana itulah tarikan utama di I-city. ibarat fun fair moden itulah boleh aku katakan pada bandar ini,yang bergitu ceria terutamanya pada waktu malam.jadi bila sampai ke sini sediakan duit secukupnya kerana disini banyak tempat yang harus di bayar. sebenarnya kat petaling ni banyak lagi tempat yang menarik di kawasan sekitar shah alam,subang jaya,puchong,damansara,petaling jaya dan sungai buloh, kebanyakan tempat membabitkan kompleks  membeli belah. jadi bagi aku petaling ini adalah sebuah  kota rintisan pada zaman kini.


Monday, September 10, 2018

Jelajah selangor:Mempelopori ke klang part 2






Perjalanan ke pulau indah  dari tanjung harapan melalui dua jambatan yang boleh dikatakan paling penting di daerah klang. sering kali korang akan berselisih dengan lori treler yang membawa kontena, ini perkara yang biasa, kerana di pulau indah juga mempunyai sebuah lagi pelabuhan yang di kenali sebagai  pelabuhan klang free zone (pkfz) dengan keadaan jalan yang kurang memuaskan. aku harungi jua untuk sampai ke pantai tanjung piai, selepas melalui lebuhraya pulau indah aku melalui beberapa perkampungan tradisional yang mempunyai tanaman kelapa sawit.





Sebelum itu aku menemui pelabuhan jeti nelayan, kemudian melalui sebuah  jalan raya yang agak kurang infastrukturnya.tapi tak mengapa itu bukan penghalang untuk aku sampai ke pantai tanjung piai,untuk sampai ke  sini korang akan melalui jalan tanah dan berpasir kerana  tidak ada turapan jalan raya yang lengkap sehinggalah ke persisiran pantai acheh, korang akan jumpa beberapa  kumpulan yang melakukan  aktiviti sukan udara paramotor. dipersisir pantai acheh ni agak cantik pemandanganya disebalik pokok paya bakau jelas kelihatan adalah  pulau carey.






Selain aktiviti sukan udara paramotor yang aktif di sekitar pantai acheh,terdapat juga tanah yang lapang  berhampiran pantai acheh.menjadikan sukan paramotor ini sesuai di lakukan di kawasan sekitar, sebelum ke pantai tanjung piai aku layan dulu aktiviti paramotor. kalau korang nak tahu di sekitar pantai acheh mempunyai pasir pantai yang putih dan pokok paya bakau, sesuai sangat untuk berkelah terutamanya yang suka pada privasi,boleh juga dijadikan sebagai pantai private cuma airnya agak berlumpur untuk mandi, dikawasan berdekatan ada juga sebuah  resort dan jeti.





Selepas meredah jalan berpasir yang berbukit, akhirnya sampai juga aku ke pantai tanjung piai. sebuah pantai yang kurang di kenali walaupun terletak di negeri selangor. tempat ni memang ada nilai sebab panorama kat sini cantik walaupun air lautnya berwarna coklat dan berlumpur, dari atas kawasan berbukit ni kelihatan ramai pengunjung yang beriadah kat sini, siap ada yang bermandi manda lagi.kemudahan awam memang takde kat sini jika nak banding dengan pantai lain di selangor, tapi terdapat juga penjual  menjual  makanan dan minuman ringan untuk pengunjung.





Jika nak  bawa anak anak main pasir atau berkelah melakukan aktiviti pantai.memang sini tempat terbaik, cuma infrastruktur memang langsung takde.yang hanya kelihatan beberapa pondok kemungkinan milik nelayan tempatan, jelas juga kelihatan pulau pintu gedong yang boleh di lihat  dari pantai tanjung piai.pendek kata  memang seronoklah jika bersantai disini.pantai tanjung piai betul betul menghadap selat melaka, kapal kapal laut pun memang banyak kelihatan. seperti mana yang dapat dilihat dari bukit jugra,kenalah pada nama pulau indah sebagai pusat lojistik.




Ada juga sebuah bot nelayan yang berlabuh berhampiran pantai tanjung piai ni, sekali sekala bila dah sampai ke pantai tunggu apa lagi kasi layan desiran ombak untuk melepas rindu, walaupun warna airnya coklat dan  berlumpur.aku dapat rasakan aktiviti laut memang aktif dikawasan ini.dari persisiran  pantai acheh ke pantai tanjung piai jelas kelihatan menjadi tempat pilihan kaki kaki pancing,tak syak lagi  mesti kawasan ni banyak ikan. walaupun kawasan sekitar agak hambar  dengan kemudahan, pantai ini tetap menjadi tarikan  pengunjung sesuai dengan suasananya yang strategik.




Kawasan yang tinggi dan berbatu itu adalah lokasi kaki pancing di sini pantai yang berpasir  lokasi untuk beriadah dan aktiviti fotografi kalau korang ke pantai ni dari jauh  jangan ingat itu jaring bola tampar itu sebenar adalah  jaring jala nelayan kemungkinan bila air pasang mesti memenuhi ruang pantai ini kesan kesan mendatar serapan air dapat di lihat di pantai ini oleh kerana hari dah nak malam aku terpaksa bergerak dari pulau indah secepat mungkin untuk elak dari melalui jalan yang gelap sebab di sini takde lampu jalan untuk menghindari  dari kesesatan malam aku terus beransur.

Saturday, September 8, 2018

Jelajah selangor:Mempelopori ke klang part 1



Perjalanan aku ke klang kali ini agak mencabar kerana cuaca hujan dan berselisih dengan lori treler  keadaan kualiti jalanraya  yang kurang memuaskan menambahkan lagi  cabaran untuk sampai ke tanjung harapan atau lebih dikenali sebagai tanjung gila untuk pengetahuan ini adalah kali pertama aku jejakan kaki di sini dan gambar di atas adalah replika kapal layar bugis sebuah mercu tanda di kawasan tanjung harapan dan juga daerah klang mungkin juga simbolik pada kesultanan selangor kena pada gelaran klang  bandar di raja




Klang juga banyak kesan kesan sejarah yang masih boleh di lihat sehingga ke hari ini macam biasa tak semua aku dapat terokai penah menjadi pusat pentadbiran bagi negeri selangor selepas berpindah dari kuala langat di kawasan tanjung harapan ini terdapat juga pelabuhan utara untuk kapal kapal kargo menghantar muatan kontena jadi ia salah satu gerbang dunia dan juga pintu masuk bagi negara malaysia jadi macam macam baranglah yang ada kat sini yang berkaitan import dan export





Kawasan  tanjung harapan tempat terbaik  untuk di jadikan sebagai tempat bersantai terutamanya aktiviti memancing kerana keadaan pantainya yang berbatu kalau korang nak tahu inilah kawasan berakhirnya sungai klang dan sungai gombak jadi jangan peliklah mengapa air kat sini keruh bagi aku tempat ni ada satu keunikan dan aura tersendiri boleh nampak bertapa sibuknya kawasan perairan di sini jarang aku dapat tengok  situasi macam ni  jelas kelihatan  pulau indah dan pulau klang





Dikawasan port klang juga mempunyai  jeti yang menyediakan kemudahan perkhidmat feri pergi ke indonesia jika ingin ke kawasan berhampiran boleh naik feri ke  pulau ketam oleh kerana  pulau indah mempunyai jambatan untuk di lalui aku memilih untuk ke pulau indah dari tanjung harapan korang boleh tengok pulau indah terdapat kapal cruise berlabuh di kawasan ini selepas selesai meronda sekitar  tanjung harapan aku teruskan perjalanan ke pulau indah

Bersambung...

Friday, September 7, 2018

Jelajah selangor:Menyusur ke kuala langat part 3







Dari pantai kelanang aku terus ke bukit jugra melalui beberapa kampung tradisional aku rasa aku dah terpusing jauh untuk  ke bukit jugra akhirnya aku jumpa juga jalan ke sini  sebelum sampai di sini aku melalui kawasan makam kesultanan selangor di zaman sultan abdul samad  menandakan kawasan ini penah menjadi pusat pentadbiran negeri selangor kesan sejarahnya masih ada di sini tibanya aku ke aras rumah api satu pandangan yang menakjubkan dapat di lihat pandangan muara sungai langat






Ibarat sebuah lukisan itulah yang boleh aku katakan setibanya di sini dari rumah api bukit jugra  jelas boleh di lihat pantai kelanang walaupun dah nak masuk magrib aku tengok agak ramai juga yang beriadah di bukit jugra ni kalau korang naik ke rumah api korang akan melalui beberapa jirat cina dan juga sebuah serpihan  runtuhan bangunan lama dikatakan pejabat daerah zaman dulu kala tempat ni memang terbaik untuk pengkaji sejarah kerana kesan kesanya masih jelas kelihatan





Terpukau dengan panorama di atas bukit jugra sampai aku tak terfikir nak ambik gambar rumah api jelas kelihatan juga kat sini adalah pulau carey yang hanya terpisah dengan sungai langat ada yang mendakwa muara sungai langat ini adalah terusan buatan manusia ada juga mendakwa di sini adalah kawasan pelabuhan purba untuk kapal kapal dagang pada ketika dahulu kalau korang nak tahu pulau carey ni sebelah dengan pulau indah klang cuma pulau carey terletak di kawasan kuala langat





Huruf besar  tertulis jugra ni terletak didepan rumah api pada masa yang sama terdapat juga jabatan mufti negeri selangor mungkin dijadikan sebagai balai cerap anak bulan dan di atas puncak bukit juga terdapat kem tentera tinggal  jadi jelas bukit jugra adalah sebuah kawasan strategik yang mempunyai banyak kesan sejarah yang nyata atau pun  belum dinyatakan aku tak dapatkan lah terokai semua cuma yang aku tahu kawasan ini dijadikan kawasan untuk sukan udara paragliding





Sayup mata memandang melihat senja melabuhkan tirai dengan kapal kapal laut yang masih berlayar di perairan berdekatan mungkin ini kerana bukit jugra terletak  berhampiran dengan pelabuhan klang yang hanya di pisahkan dengan pulau carey  menyebabkan di sini kelihatan banyak kapal kapal laut  jelas terbukti  bukit jugra ada zaman kegemilanganya kerana ia adalah pusat pentadbiran kerajaan selangor selepas bukit malawati tetapi sejarahnya agak tersorok




Sebelum magrib tiba  aku turun dari bukit jugra untuk pulang aku singgah ke sebuah bangunan lama yang dikatakan pejabat daerah lama terdapat juga rumah pasong atau penjara lama dikaki bukit tapi aku tak sempat singgah kerana hari dah nak masuk  magrib maka tak sempatlah jugaklah aku ke istana bandar bagi aku dapat naik ke bukit jugra pun dah cukup buat puas hati kerana bukit jugra adalah sebuah kota purba yang dikenali sebagai  bandar termasya

Tuesday, September 4, 2018

Jelajah selangor:Menyusur ke kuala langat part 2




Oleh kerana hari semakin petang waktu asar pun sudah tiba aku terus  beredar dari pantai morib  untuk ke sebuah lagi pantai yang terletak di sebelahan yang itu pantai kelanang melalui jalan dalam yang dikelilingi  hutan paya bakau di sini aku dapat melihat sebuah panorama yang aku sendiri tak sangka mempunyai pemandangan yang indah memang sesuai sangat untuk melakukan aktiviti fotografi cuma ada beberapa lokasi jelas kelihatan musnahnya hutan paya bakau




Disebalik beberapa kemusnahan hutan paya bakau kelihatan banyak serpihan kain bermacam macam warna yang menghiasi kawasan pantai ini tak pastilah kain apa tapi ada yang mendakwa ia adalah serpihan kain dari aktiviti  pembuangan abu mayat adakah ini kawasan pembuangan abu mayat ?ini menjadi persoalan pada aku bagi aku apa jua aktiviti yang di lakukan hendaklah  menjaga kebersihan pantai kerana bukan kita sahaja yang mahu menikmati alam semulajadi



Kalau kita tak jaga siapa lagi yang nak jaga ? hargailah apa yang ada di sekeliling kita kerana ia akan dinikmati sepanjang zaman dari generasi ke generasi melihat kemusnahan paya bakau ini maka terhasilah beberapa seni yang untuk di alami sebagai pendoman pasir pantainya yang putih menambah lagi keindahan ada juga pasangan pengantin baru menjadikan kawasan ini sebagai kawasan untuk bergambar sebagai kenang kenangan




Walaupun air lautnya yang berlumpur ia sudah cukup menjadikan kawasan ini tenang dan damai dengan cuaca mendung yang menanti senja aku rasa berat nak tinggalkan kawasan ini  sebab ilham banyak kat kawasan ni tapi apakah daya masa terlalu singkat kawasan pantai paya bakau ni agak panjang dari pantai morib sampailah ke pantai kelanang ia juga menjadi kawasan tumpuan kaki pancing dan juga sesuai dijadikan sebagai tempat beriadah pada mereka yang suka pada privasi





Selepas puas melakukan aktiviti fotografi di persisiran pantai paya bakau aku teruskan perjalanan ke pantai kelanang jelas kelihatan sepanjang persisiran pantai ini mempunyai hakisan nampak tak apabila hutan paya bakau takde ? maka terjadilah hakisan walaupun dah letak batu bata di persisiran pantai hakisan masih berlaku maka nampaklah satu panorama buatan manusia membina benteng sebagai perisai pemecah ombak kemungkinan untuk mengelak hakisan lebih teruk



Pantai kelanang ni  tak jauh dengan muara sungai langat ia juga bersebelahan pulau carey  masa aku tiba kat pantai ni agak ramai jugak pengunjung kemudahan surau,tandas, medan selera sama yang ada di pantai morib kalau korang nak bawak kaum kerabat  mandi kat sini pun boleh cuma air keruhlah kawasan agak berlumpur tapi bolehlah untuk aktiviti pantai belum habis terokai pantai kelanang tak sedar hari dah semakin senja maka terus  aku berkejar ke bukit jugra

Bersambung...

Wednesday, February 21, 2018

Jelajah selangor:Menyusur ke kuala langat part 1



Aku menyusur ke kuala langat dengan cuaca yang agak baik melalui kesibukan pekan banting sebelum aku terus melalui kawasan  perkampungan dan ladang untuk menuju ke pantai morib kawasan kuala  langat ni lebih kurang kawasan  sepang di mana kat sini masih mempunyai banyak ladang yang luas kalau korang nak tahu daerah kuala langat ni penah menjadi pusat pentadbiran bagi negeri selangor selepas berpindah dari kuala selangor jadi kuala langat ni bukan tempat biasa




Banyak sejarah yang telah tercatat  di kuala langat sama ada yang  tersembunyi mahu pun tidak sebelum sampai ke pantai morib aku melalui kampung kanchong darat di mana terletaknya rumah bapa kepada lagenda badminton negara yang itu allahyarham haji sidek jelas kelihatan rumah dan gelanggang badminton tapi aku tak dapat nak ambik gambar kerana keadaan jalan yang agak sibuk aku melihat rumah  itu pun secara spontan kerana inilah kali pertama aku sampai di sini





Dari pekan banting untuk ke  pantai morib memang korang akan lalu kampung kanchong darat,sambil melihat panorama kawasan perkampungan yang indah setelah aku sampai ke pantai morib agak ramai jugak yang beriadah di sini tak sangka aku inilah pantai yang aku penah pergi masa kecik kecik dulu,kini dah maju dengan kemudahan ada bahagian untuk memancing,berkhemah, ruang beristirehat sambil melihat pandangan selat melaka yang jelas sibuk dengan kapal kapal dagang



Jadi tak peliklah kuala langat ni dulu antara tempat terpenting dalam hal perdagangan sebelum wujudnya pelabuhan klang,tiba je aku kat pantai morib terus aku cari medan selera agak mudah nak cari medan selera kat sini infastruktur tandas dan surau pun lengkap pantai morib ni ada dua bahagian satu kawasan bersimen dan satunya tidak yang kawasan tak bersimen tu jadi tempat mandi manda masa aku sampai sini aku tengok  ramai jugak orang bermandi manda





Walaupun airnya kelihatan keruh lebih kurang macam di pantai  bagan lalang ia tetap menjadi pilihan pengunjung untuk bermandi manda  tapi seingat aku masa kecik dulu pantai morib ni airnya jernih masa tu jelas kelihatan pasir di dasar tapi masa aku pergi ni memang tak nampak lagilah, lepas aku  berehat sambil minum aku layan dulu tengok orang memancing sambil ronda sekitar pantai morib  sebenarnya tak puas tapi terpaksa beredar untuk ke pantai kelanang dan bukit jugra


Bersambung...

Thursday, February 15, 2018

Jelajah selangor:Menuju ke sepang




Perjalanan menuju ke sepang ini hanya persinggahan untuk melengkapkan jadual jelajah selangor tempat yang aku tuju ni tidak asing lagi bagi aku lokasi yang di maksudkan adalah bagan lalang oleh kerana di sini mempunyai sebuah  pantai yang popular sering menjadi pilihan ramai dikala berhujung minggu, apa yang membuat aku tertarik untuk ke sini  ia antara lokasi paling selatan di negeri selangor ia juga terletak di persempadan dengan negeri sembilan


Selain itu bagan lalang  adalah sebuah gerbang bagi negara malaysia korang tidak akan putus putus melihat kapal terbang yang bersedia untuk mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur  situasi  ini jelas kelihatan jika korang ke bagan lalang melalui sungai pelek jadi jangan terkejut bila korang dengar bunyi yang kuat dan kapal terbang dekat je dengan korang itu bermakna kapal terbang sedia untuk mendarat,selain tu sepang terkenal dengan  litar lumba antarabangsa



Bila sampai musim moto gp ramailah yang akan turun sic masa aku lalu depan sic nampak macam sunyi sepi je entahlah tak tertarik pulak aku nak singgah ke litar lumba antarabangsa sepang apa yang aku lihat kat sini ada beberapa perkampungan cina dan juga melayu india pun ada rasanya,sepanjang perjalanan aku ke sini aku melihat sepang ni masih mempunyai banyak ladang yang luas terutamanya ladang sawit jangan lupa juga ladang babi juga turut ada kat sepang ni


Jadi aku tak galakan korang mandi kat pantai bagan lalang ni korang nak tahu sebab apa ?selepas aku teliti pantai bagan lalang mempunyai pasir yang putih dan cantik aku sendiri penah bermain air rendam kaki sewaktu air surut jadi aku pelik mengapa air laut kat sini coklat  berkeladak rupanya pantai ni di tengah antara dua muara sungai jadi faham faham jelah apa yang mengalir dari ladang berkenaan tak jauh dari itu juga ada stesen jana kuasa arang batu di sebelah negeri sembilan




Walau bagaimana pun pantai bagan lalang ni sesuai untuk bersantai makanan laut kat sini pun sedap memang banyak pilihan kat sini jadi tak perlu risau pasal makan minum kat sini pantai pun luas sesuai untuk aktiviti perkhemahan cuma ada waktu air laut kat sini surut jadi korang boleh berjalan sampai hujung dunia pantai bagan lalang ni sambil melayan anak ketam berjalan sebenarnya tak banyak maklumat  yang aku dapat pasal sejarah di sepang ni kalau ada pun  ia berunsul negatif


Yang aku tahu tempat yang indah selalu di rosakan oleh tangan tangan manusia dan akhirnya ia menjadi pudar jadi mohonlah jaga kebersihan sungai dan pantai mintak sangatlah natang haramjadah tu di proses dengan cara yang lebih tertib supaya kebersihan alam sekitar lebih terjamin,sebenarnya macam tak cukup masa tujuan aku kat sepang ni sedar tak  sedar dah nak masuk magrib jadi sebelum hari mulai gelap gelita aku bergerak dari sepang dengan penuh persoalan





Wednesday, February 14, 2018

Jelajah selangor: Melangkah ke hulu langat part 2








Walaupun beberapa kawasan di hulu langat dalam keadaan marabahaya masih ada lagi beberapa tempat yang masih terpelihara terutamanya di pangsun jadi aku memilih berjalan sehingga  ke pangsun di mana terletaknya empangan sungai langat dan kaki gunung nuang, kalau korang nak tahu pangsun ni terletak di tengah antara tiga buah negeri antara selangor,pahang dan negeri sembilan keadaan di sini agak sejuk dan mendamaikan walaupun cuaca agak panas


Aku tak penah tahu pun kawasan kaki gunung nuang ni ada  taman rekreasi aku sampai je ke hulu pangsun aku nampak tempat ni, jadi aku singgah berehat selepas aku tinjau kaki gunung nuang yang terletak di atas bukit, aku tak naik pun gunung nuang saja jalan jalan melihat situasi boleh kata ramai jugak orang kat kaki gunung nuang berbanding kat taman rekreasi ni aku pun tak tahu mengapa kat sini tak ramai berbanding tempat bersantai yang lain di hulu langat padahal kat sini percuma je




Pelik ada rasa sedikit seram pun ada iyalah walaupun cuaca ketika itu  panas terik tapi di kawasan taman rekreasi ni gelap je mungkin sebab hutan kat kawasan ni agak tebal pokok pokok kat sini melindungi dari panas mentari sebenarnya  agak risau jugak tempat tak penah pergi tak tahu unsul sejarah aku pun tak berani nak mandi walaupun ada dua orang pasangan tengah berendam tak tahulah dalam ke tidak paras air kat sungai ni yang aku lihat air sungai ni mengalir deras


Kawasan berhampiran ada loji rawatan air jadi aku agak sungai ni mengalir dari empangan sungai langat jadi kawasan ni lebih kurang taman rekreasi klang gate jadi ini antara hulu sungai langat yang penah aku jejaki bermacam rasa di rasai bila berada di sini ada juga terserempak dengan anjing hitam kemungkinan penjaga di kawasan ini tak ganggu orang pun anjing tu elok je dia usha usha line, sedar tak tak sedar aku kat sini hari pun dah  petang aku ingat nak pergi ke air terjun sungai gabai




Bila aku sampai je masjid pangsun untuk solat asar aku terpegun di sebalik masjid ni ada maahad tahfiz, kolah ambik wudhu di ambil dari sungai langat tadi barulah aku tahu air sungai kat sini  benar benar bersih tidak di cemari oleh wabak kencing tikus yang sebelum itu  heboh di kawasan hulu langat selesai solat di sini langit mula  nampak mendung macam nak hujan jadi aku batalkan niat untuk ke air terjun sungai gabai pasal takut nanti tak sedar hari  dah malam

Jadi aku tamatkan perjalanan aku di hulu langat dengan penuh rasa puas yang belum memadai aku tahu sebenarnya hulu langat ni menyimpan banyak sejarah tersembunyi yang belum di ketahui umum kerana ada beberapa kesan peninggalan sejarah yang aku dapat lihat di sini selain daripada rekabentuk pembinaan rumah tradisional melayu yang masih wujud di beberapa tempat kawasan disini jadi aku tak pelik mengapa kawasan yang di katakan pendalaman ini padat dengan orang







Friday, January 26, 2018

Jelajah selangor: Melangkah ke hulu langat part 1



Hulu langat bukanlah tempat asing lagi bagi aku, ia antara tempat yang penah aku  cari makan.tapi kali ni aku nak terokai di mana terletaknya hulu sungai langat yang berakhir di banting  kuala langat, kalau korang nak tahu inilah hulu sungai langat yang penamatnya boleh  korang lihat dari bukit jugra sebelum aku tiba ke pangsun aku sempat berjalan di kawasan persekitaran hulu langat ni di mana korang boleh lihat kampung tradisional melayu dan pekan lama yang masih wujud di sini





Boleh aku katakan kawasan hulu langat ni kawasan lembah di sebalik bukit bakau dan gunung ganang,banyak tempat yang menarik yang boleh di jadikan pilihan untuk beriadah. kawasan sungai  yang jernih masih terpilihara dan juga  tidak tercemar, boleh dikatakan sumber air yang bersih masih banyak lagi yang mengalir dari hulu langat, cuma beberapa pencemaran akibat penerokaan sedikit sebanyak menjejas ekosistem yang ada di kawasan  hulu langat yang menandakan marabahaya


Bersambung...